1 2

391 51 0
                                    

Baekhyun termenung sendirian di pejabatnya. Mulai pada hari esok, rancangan realiti ' We Are Dating ' memulakan sesi rakamannya. Dan pada hari esok juga dia akan pulang ke Korea.

Nafas berat dihela. Kemudian mukanya diusap.

Dia masih berfikir adakah semua perkara yang dia lakukan adalah betul?

Dia tidak mahu Jisoo tersakiti dalam pada masa yang sama dia mahu gadis tersebut sentiasa berada di sisinya.

Secara tiba-tiba insiden dia bertemu dengan Jisoo buat pertama kalinya bermain di fikirannya.

•°•°•

maafkan saya s-sunbae ucap gadis yang berada di hadapan Baekhyun dan juga Taehyung. Gadis tersebut menundukkan kepalanya.

Tidak berani mahu melihat wajah seniornya yang mungkin agak kemerahan akibat menahan amarah.

Badannya juga menggigil ketakutan apabila minumannya tertumpah di atas baju milik seniornya, Kim Taehyung.

Pelajar-pelajar yang lain mula berkerumun di sekeliling mereka. Mereka cuba untuk mengetahui perkara apakah yang telah terjadi.

Taehyung memegang bajunya yang basah itu. Agak melekit kerana air tersebut air manis.

Taehyung melihat sejenak nametag gadis tersebut. ❝ Jisoo Kim ❞ ucap Taehyung perlahan. Rahangnya diketap.

Jisoo mengangkat mukanya melihat wajah Taehyung apabila namanya disebut. Taehyung senyum sinis.

Baekhyun hanya berdiri di tepi melihat situasi tersebut. Matanya hanya tertumpu pada wajah Jisoo. Wajah yang cantik dan kelihatan suci itu.

❝ kau dah kotorkan baju aku. Rasanya kau perlu bayar ganti rugi kata Taehyung.

❝ s-sunbae cakap je b-berapa. Saya akan bayar ❞ balas gadis itu. Taehyung tersenyum sinis.

Manakala Baekhyun pula melihat Taehyung. Dia cuba untuk membaca fikiran rakan baiknya ini tentang perkara yang akan berlaku.

❝ jadi hamba aku❞

Mata Jisoo terus membulat apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Taehyung. Begitu juga dengan Baekhyun.

Baekhyun memegang lengan Taehyung. ❝ Tae, aku rasa perkara ni tak perlu kot sampai macam ini.❞ Baekhyun cuba untuk memujuk Taehyung.

Taehyung menepis lengan Baekhyun. ❝ Baek, ni hal aku dengan perempuan ni. Kau jangan masuk campur ❞ kata Taehyung pula. Badan Baekhyun ditolak secara perlahan.

Baekhyun menggiggit bibirnya. Kemudian kakinya kembali melangkah mendekati Taehyung. Tae, benda boleh selesai elok-elok kan? Kenapa perlu buat macam ni? ❞ kata Baekhyun.

Taehyung menjeling Baekhyun. Sudah kenapa pula rakan baiknya ini secara tiba-tiba menghalang perbuatannya? Selalunya Baekhyun tidak kisah langsung tentang perkara jahat yang dia lakukan. Sekarang ini, Baekhyun kisah pula?

❝ kenapa kau menyibuk sangat hal aku sekarang ini? Dulu kau tak kisah pun ❞ kata Taehyung secara tiba-tiba.

Baekhyun terdiam. Muka milik Taehyung direnung lama. Kemudian wajah milik junior yang bernama Kim Jisoo dilihat sekilas.

Sebenarnya, dia pun tidak tahu mengapa dirinya berkelakuan sebegini. Cuma hatinya kuat mengatakan bahawa gadis ini tidak bersalah dan perlu dilindungi.

❝ A-Aku❞

❝ shhhh. Aku tak perlukan penjelasan dari kau. Jumpa aku nanti ❞ potong Taehyung. Kemudian, kakinya segera melangkah menjauhi tempat kejadian.

Baekhyun menarik nafas lega.

Pelajar-pelajar yang lain mula menyambung aktiviti mereka yang tergendala sebentar tadi.

ermmm. Sunbae, gomawo

Baekhyun memusingkan badannya ke belakang. Gadis yang bernama Kim Jisoo itu sedang tersenyum kepadanya.

Dan perkara itu membuatkan Baekhyun mengukirkan senyuman.

•°•°•

Baekhyun tersedar daripada lamunannya. Kemudian dia mengukirkan senyuman sekilas.

Semua perkara yang sedang dia lakukan ini adalah perkara yang tepat.

Dengan perkara ini sahaja, dia dapat mengikat Jisoo agar sentiasa berada di sisinya.

Dia berharap gadis itu masih ingat akan dirinya. Dirinya yang pernah menyelamatkan Jisoo daripada menjadi hamba Taehyung.

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now