Hari ini sesi rakaman rancangan realiti We Are Dating diadakan di Taman Tema Everland . Taman tema yang sangat popular di Korea di samping Taman Tema Lotte World.Penerbit Bang serta beberapa orang staf yang lain tidak dapat berada di sini atas mempunyai sebab-sebab peribadi.
Penerbit Bang hanya meninggalkan dua orang jurukamera untuk merakam Baekhyun dan Jisoo.
Mereka berdua juga mempunyai kamera monopod sendiri. Perkara ini dapat memudahkan sesi rakaman nanti.
Baekhyun melihat keadaan sekitar taman tema ini. Nampaknya tidak ramai pengunjung yang bertandang di sini. Mungkin disebabkan hari ini adalah hari bekerja dan waktu pagi.
Baekhyun kemudian melihat Jisoo yang sedang berdiri di sebelahnya. Gadis itu mengenakan baju t-shirt berlengan pendek yang berwarna putih berserta seluar panjang yang berwarna hitam.
Seperti menyedari dirinya diperhati, Jisoo mendongakkan wajahnya memandang Baekhyun. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Baekhyun.
Tetapi senyuman Jisoo itu tidak dibalas oleh Baekhyun. Hanya pandangan yang dingin sahaja diberikan kepada gadis itu.
Ini menyebabkan Jisoo termangu sendirian. Dia berfikir sejenak, adakah dia telah membuat sebarang kesalahan sehingga menyebabkan Baekhyun berasa marah?
Rasanya tiada. Tetapi mengapa perangai Baekhyun boleh berubah secara drastik sekarang ini?
Mungkin, dia sakit perut. Jisoo cuba untuk menyedapkan hatinya.
❝ baiklah, kita akan memulakan rakaman sekarang ❞ kata salah seorang jurukamera yang dikenali sebagai Encik Han.
Encik Han terus menghidupkan kameranya lalu merakam aksi Jisoo dan Baekhyun.
Sebaik sahaja rakaman bermula, mereka berdua berjalan membelakangi kamera.
Jisoo mengambil tindakan berani dengan memeluk sebelah lengan Baekhyun.
Baekhyun hanya beriak biasa sahaja dengan perbuatan tersebut. Secara tiba-tiba Jisoo berhenti berjalan. Begitu juga dengan Baekhyun.
Jisoo mendongakkan kepalanya memandang Baekhyun. ❝ jom masuk ❞
Baekhyun merenung wajah Jisoo. ❝ rumah hantu?are you serious? ❞ soal Baekhyun. Dia seperti tidak percaya bahawa gadis ini secara sukarela mahu masuk ke dalam rumah hantu.
❝ you tak takut ke? ❞ soal Baekhyun lagi. Jisoo segera melepaskan pelukannya pada sebelah tangan Baekhyun. Wajah cemberut ditunjukkan kepada lelaki itu.
Lalu, Jisoo terus jalan menonong masuk ke dalam rumah hantu tersebut meninggalkan Baekhyun yang sedang dalam keadaan terpinga-pinga.
Apa, dia ingat semua perempuan takut kepada hantu ke?
°•°•°
Setelah selesai meneroka rumah hantu, mereka berdua berjalan ke arah food truck yang menjual corndog.
❝ corndog dua ❞ pesan Baekhyun. Kemudian mereka berdua menunggu pesanan yang sedang disiapkan.
❝ you ni berani juga eh? Siap cakap dengan hantu dalam rumah tu lagi ❞ kata Baekhyun secara tiba-tiba.
Semenjak masuk ke dalam rumah hantu tadi, perangai dingin Baekhyun semakin hilang secara perlahan-lahan. Dan ini membuatkan Jisoo lega.
Jisoo melihat wajah Baekhyun lalu tersengih. ❝ apa yang nak ditakutkan, semua tu kostum je ❞ balas Jisoo.
Pesanan corndog mereka disiapkan. Baekhyun mengambil makanan tersebut dan membayarnya.
Salah satu corndog dihulurkan kepada Jisoo. Kemudian mereka berdua melabuhkan punggung di tempat duduk yang berdekatan.
Corndog yang dipesan mereka nikmati. ❝ you nak naik permainan apa pula lepas ini? ❞ soal Jisoo. Baekhyun berfikir sejenak.
❝ I tak suka permainan yang tinggi especially roller coaster ❞beritahu Baekhyun.
Jisoo segera menolehkan kepalanya melihat Baekhyun. Matanya bersinar apabila mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Baekhyun sebentar tadi.
❝ eh samalah. I pun tak suka permainan yang tinggi sebab I takut ketinggian. I boleh jadi orang lain kalau naik permainan roller coaster ❞ balas Jisoo.
Sisa corndog yang terakhir dimakam dengan penuh nikmat oleh Jisoo.
Secara tiba-tiba Baekhyun bangun dari duduknya. Lengan Jisoo ditarik. ❝ eh nak pergi mana ni? ❞ soal Jisoo panik.
Dia terkejut apabila lengannya ditarik secara tiba-tiba. Sudahlah tadi dia benar-benar menikmati corndog itu.
❝ pergi naik roller coaster ❞
❝ what! Are you kidding me, Byun Baekhyun? ❞
Baekhyun menggelengkan kepalanya. Dia mengukirkan senyuman di wajahnya.
❝ you kata you akan jadi orang lain kalau you naik roller coaster. And I nak tengok di manakah kelainan tersebut ❞
Jisoo terbuntang mendengar alasan Baekhyun itu. ❝ you bergurau je kan? ❞
Baekhyun menggeleng lagi. ❝ I'm serious sweetie ❞
°•°•°
Tbc
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
Hayran KurguPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...