❝ demam Jisoo unnie datang balik ❞ beritahu Rose sebaik sahaja Jennie dan Lisa menjejakkkan kaki ke dalam rumah.Lisa dan Jennie segera melangkah menuju ke bilik Jisoo. Wajah Jisoo yang pucat itu dilihat. Ditambah dengan matanya yang sembab itu membuatkan Jennie rasa sedih.
Siapa sahaja yang tak sedih apabila rakan yang dianggap ahli keluarga sendiri melalui perkara sebegini?
Jennie kemudian keluar daripada bilik Jisoo. ❝ Baekhyun ada beritahu apa-apa ke? ❞ soal Rose kepada Jennie.
Jennie mengeluh. Dia menggelengkan kepalanya. ❝ dia cuma cakap yang Jisoo unnie salah faham ❞ jawab Jennie.
Rose mengerutkan dahinya.
Tetapi salah faham apa yang membuatkan Jisoo menangis sebegitu teruk sekali?
°•°•°
Jisoo membuka matanya secara perlahan-lahan apabila menyedari seseorang masuk ke dalam biliknya.
❝ B-Baekhyun? ❞ ujar Jisoo dengan suara serak basahnya.
Baekhyun segera mendekati Jisoo. Dahi milik Jisoo disentuh.
❝ I cuma bermimpi je kan? ❞ soal Jisoo. Namun pertanyaan daripada Jisoo tidak dijawab.
Dia mengambil tempat duduk di sisi katil. Tangan milik Jisoo digenggam.
❝ memandangkan ni cuma mimpi, I nak beritahu you sesuatu ❞
Baekhyun hanya menanti kata-kata yang keluar daripada mulut Jisoo.
❝ I suka you ❞ ucap Jisoo. Dia merenung wajah Baekhyun dengan pandangan mata yang redup. Wajah Baekhyun agak kabur di pandangan matanya. Mungkin disebabkan ini hanyalah mimpi.
❝ I buat pengakuan ni sebab I dah tak boleh pendam seorang diri. Biarlah I luahkan pada you walaupun dalam mimpi ❞ ujar Jisoo. Kemudian, matanya mulai tertutup secara perlahan-lahan.
Ya, semua ini hanyalah mimpi.
°•°•°
❝ demam unnie dah kebah ke? ❞ soal Lisa teruja apabila melihat Jisoo keluar daripada biliknya. Pada ketika ini, dia sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen.
Jisoo hanya membalas pertanyaan tersebut dengan senyuman. Dia kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Lisa.
Kepalanya disandarkan pada bahu Lisa. Matanya dipejamkan.
Panas badannya sudah berkurangan tetapi pening kepalanya masih ada.
Demamnya pada kali ini sekejap sahaja. Mungkin demamnya ini kerana dia banyak menangis tempoh hari.
Rose menyertai mereka berdua sambil membawa semangkuk buah epal yang sudah dipotong. Dia melabuhkan punggungnya di atas lantai.
Sepotong epal diberikan kepada Lisa. Manakala sepotong epal lagi disuapkan pada mulut Jisoo.
Beberapa potong epal yang lain selamat masuk ke dalam mulutnya sehingga habis. Hanya dua potong sahaja yang diberikan kepada Jisoo dan Lisa.
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanficPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...