3 7

248 31 0
                                    


❝ Baekhyun, are you serious? Benda ni bukan kebetulan kan? You yang rancang kan?❞ soal Jisoo berulang kali apabila kereta yang dipandu oleh Baekhyun tiba di Jeju Best Hill Hot Air Balloon.

Baekhyun menjongketkan kening dan mengangkat bahu. Dia melangkah keluar daripada kereta.

Jisoo keluar daripada kereta dan segera mendapatkan Baekhyun. ❝ you terus terang dengan I. you memang rancang pergi ke tempat yang I dah pergi dengan Jennie, Lisa dan Rose waktu penggambaran Blackpink House kan? ❞ soal Jisoo lagi.

Dia tidak puas hati selagi Baekhyun tidak memberikan jawapan. Jisoo memeluk tubuhnya.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Baekhyun melepaskan keluhan kecil. Dia mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah. ❝ ok. I mengaku. I memang sengaja bawa you pergi ke tempat-tempat yang you pernah pergi. Adakah salah tindakan I ni? ❞

Kini Jisoo pula disoal. Baekhyun merenung wajah Jisoo.

Kemudian Jisoo tersengih. Pipi milik Baekhyun dicubit. ❝ jadi, you dah lama jadi peminat I sampai dah tengok Blackpink House ? Or you baru tengok cerita tu? ❞ gembira sahaja Jisoo berbicara.

Pertanyaan Jisoo dibiarkan tanpa jawapan. Dia memegang lengan Jisoo lalu melangkah ke padang tersebut.

❝ Baekhyun. Jawablah soalan I ❞ soal Jisoo semasa mereka berjalan. Dia menggoncangkan lengan Baekhyun apabila lelaki itu tidak mengendahkan dirinya.

❝ Baekhyunnnn ❞

❝ ya, sayang ❞

❝ jawablah soalan I

Meleret Jisoo berkata. Baekhyun tersenyum melihat perangai Jisoo itu.

❝ hari ni kita tak boleh naik belon udara panas tu. Cuaca tak elok ❞ ujar Baekhyun. Dia melihat Jisoo yang sedang memuncungkan bibirnya.

Pipi milik Jisoo dicubit. ❝ ingat comel lah tu? ❞

❝ jawablah soalan I–

Blackpink road ❞ ujar Baekhyun sepatah. Dia kemudian melangkah menjauhi Jisoo. Sambil-sambil itu, dia melihat langit yang kebiru-biruan di atasnya.

Manakala Jisoo masih berdiri di situ memikirkan ayat yang disebut oleh Baekhyun tadi.

Blackpink road?
Blackpink r—

Oh. Jalan yang dia dan tiga ahli Blackpink yang lain cipta untuk peminat mereka melawat Pulau Jeju.

Jisoo tersenyum nipis. Nampak sangat Baekhyun sudah melihat Blackpink House.

Dia segera berlari mendapatkan Baekhyun. Lengan milik Baekhyun dipeluk.

Baekhyun melihat Jisoo. ❝ lepas ni kita nak ke mana? ❞ tanya Jisoo.

Baekhyun melihat jam yang berada di pergelangan tangannya.

Jam 5.30.

Ada lagi 2 jam sebelum matahari terbenam.

Baekhyun berfikir buat seketika. Perjalanan dari sini ke pantai memakan masa hampir 1 jam.

❝ jom masuk kereta. Kita kena pergi ke satu tempat ❞

Jisoo mengeluh.
Banyaknya tempat yang mereka pergi pada hari ini!
Dia sudah penat!

°•°•°

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now