5 1

251 33 0
                                    


[ BREAKING NEWS]

Salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Kim Jisoo ditembak sewaktu berlangsung sebuah acara penting. Kami mendapat tahu penembak tersebut merupakan stalker dan sasaeng fan kepada Kim Jisoo.

Malah lelaki tersebut pernah mengekori Jisoo ke Pulau Jeju samasa penggambaran rancangan realiti ' We Are Dating '. Sasaeng fan tersebut juga pernah menghantar surat berbaur ugutan kepada CEO YG Entertaiment iaitu Hwang Bo Kyung.

YG masih tidak merilis kenyataan rasmi berkaitan dengan kecederaan yang dialami oleh Kim Jisoo sehingga sekarang. Mungkinkah gadis itu mengalami kecederaan yang serius?

Dan adakah comeback Blackpink akan ditangguhkan kerana kejadian ini?

°•°•°

Tit tit tit

Hanya kedengaran bunyi mesin sahaja di dalam wad vip Jisoo. Luka tembakan pada bahu kanan dan kaki kirinya sudah dirawat dan dibalut.

Dua butir peluru yang menembusi dirinya juga sudah selamat dikeluarkan. Sekarang hanya menunggu Jisoo sedar dari lenanya akibat ubat bius yang diberikan semasa pembedahan tadi.

Rose, Lisa dan Jennie tidak jemu menunggu Jisoo untuk sedar dari tidurnya. Sudah hampir 8 jam berlalu sejak pembedahan Jisoo. Perhatian mereka bertiga kini tertumpu badan Jisoo yang terbaring kaku.

Secara tiba-tiba jari jemarinya Jisoo mula bergerak diikuti dengan matanya yang dibuka secara perlahan-lahan.

Rose dan Lisa segera bergerak mendekati Jisoo. ❝ doktor! ❞ jerit Jennie. Dia segera keluar daripada wad untuk memanggil doktor yang bertanggungjawab merawat Jisoo.

°•°•°

she's okay. So don't worry to much. Tapi awak mungkin akan rasa sakit sedikit selepas kesan ubat bius hilang ❞ beritahu Doktor Song.

❝ kalau ada apa-apa masalah, just call the nurse ❞ arahnya. Dia menundukkan badannya sedikit kepada Jisoo dan ahli Blackpink yang lain.

❝ terima kasih doktor ❞ kata Rose, Jennie dan Lisa serentak. Mereka juga menundukkan badan kepada Doktor Song.

Doktor perempuan itu membalas dengan senyuman. Kakinya melangkah keluar daripada wad yang menempatkan Jisoo.

Jisoo kemudian memandang satu persatu wajah ahlinya. Dia kemudian tersenyum.

Secara tiba-tiba pintu bilik wadnya dibuka dengan kasar. Terpapar wajah omma, appa, abangnya, Jiseok serta kakak iparnya, Hayoon.

o-omma ❞ ucap Jisoo takut-takut. Dia takut sekiranya ommanya marah di atas tindakannya melindungi Baekhyun daripada ditembak.

Mereka berempat segera mendapatkan Jisoo.

Rose, Jennie dan Lisa bergerak ke belakang untuk memberikan ruang kepada keluarga Jisoo.

Puan Kim terus memukul bahu kiri milik Jisoo. ❝ ahhh, omma waeyo? ❞ soal Jisoo. Dahinya dikerutkan. Sakit apabila dipukul secara tiba-tiba.

Sudahlah sakit yang dia dapat, tidak hilang lagi. Kini ditambah pula sakit dipukul oleh ibu sendiri.

Tuan Kim segera memegang lengan Puan Kim untuk menghalang Puan Kim daripada memukul Jisoo lagi. ❝ dahlah. Jangan pukul Jisoo tu lagi. Dia sakit tu ❞ lembut sahaja nasihat yang diberikan oleh Tuan Kim.

Puan Kim terus menghentikan perbuatannya itu. Muka milik Jisoo disentuh.

Hatinya sebak sebaik sahaja melihat wajah pucat Jisoo itu. Tangannya ditarik kembali.

Kemudian datang pula Jiseok mengetuk kepala Jisoo. Jisoo mengusap kepalanya sambil menjeling lelaki itu.

Kepala Jiseok diketuk oleh Puan Kim sebagai balasan Jiseok mengetuk kepala Jisoo. ❝ kenapa ketuk kepala adik kamu tu? Tahu tak dia sakit? ❞ marah Puan Kim. Jisoo menjelirkan lidahnya pada Jiseok. Dia puas hati apabila Puan Kim membela dirinya.

❝ dia tula nak mati awal sangat. Pergi lindungi orang lain. Ingat badan tu kebal? ❞ perli Jiseok.

Puan Kim membulatkan matanya apabila mendengar kata-kata Jiseok. Dia tak suka dengan perkataan yang keluar daripada mulut anak sulungnya itu.

Tangannya terus bergerak memukul Jiseok.

❝ ah, omma waeyo? Apa salah Jiseok? ❞

❝ mulut tu jaga sikit boleh tak? Dah kahwin tapi mulut tu tak reti nak jaga. Kamu nak sangat ke Jisoo mati? ❞ marah Puan Kim lagi. Manakala Jiseok melindungi badannya daripada dipukul oleh Puan Kim.

Jiseok mula melarikan diri daripada dipukul oleh Puan Kim. Berbisa sungguh pukulan ommanya itu.

Manakala Jisoo hanya tergelak melihat perbuatan abang dan ommanya itu.

Sudah lama rasanya semenjak dia ketawa kuat sebegini.

Omma... Omma...

Dia menggelengkan kepalanya.

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now