Setelah berehat selama tiga hari selepas Jisoo pulang dari Perancis, kini mereka berempat sibuk melakukan persiapan untuk kemunculan semula.Comeback yang amat dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya dan mereka berempat sendiri.
Perbincangan tentang konsep, aturan lagu, tarian dan music video mereka lakukan bersama-sama staf YG Entertaiment yang lain.
Kemudian, sesi photoshoot diadakan sebagai teaser untuk kemunculan semula mereka berserta rakaman lagu dan mempelajari tarian.
Dan akhir sekali, penggambaran bagi music video baharu mereka. Penggambaran tersebut memakan masa hampir tiga hari.
Penat tapi berbaloi.
Berbaloi untuk membuat peminat-peminat mereka seronok melihat dan mendengar lagu baharu mereka.Kesemua sesi ini mengambil masa hampir empat bulan untuk selesai.
Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose merebahkan badan mereka di atas katil milik Rose. Mereka masing-masing penat dengan penggambaran music video mereka hari ini.
Rose tersenyum gembira. Akhirnya mereka akan melakukan kemunculan semua setelah setahun.
❝ unnie, jangan lupa esok kita ada event sebagai duta bagi pakaian Louis Vuitton ❞ pesan Lisa.
Mereka berempat mengeluh. Satu lagi acara yang memenatkan menanti mereka pada hari esok.
°•°•°
Keesokkannya
Event—Mereka berempat menuju ke tengah pentas apabila diperkenalkan oleh pengacara majlis.
Sorakan dan tepukan gemuruh daripada para peminat mula didengari.
Jisoo agak terkejut juga sebaik sahaja melihat Baekhyun berada di atas pentas tersebut. Dia baru tahu bahawa Baekhyun juga merupakan duta bagi jenama Louis Vuitton.
Peluh dingin mula menitik di dahi Jisoo apabila teringat mesej yang dia dapat pada pagi tadi.
unknown
+ Jisoo yahh
+ Saya akan hancurkan hidup orang yang dah buat hidup awak merana.
+ Please wait it
+ He will died infront of youJisoo memejamkan matanya apabila teringat mesej tersebut. Dia ingin segera melupakan mesej yang berbau ugutan itu.
Jisoo kemudian menolehkan kepalanya untuk merenung wajah Baekhyun yang berada di sebelahnya.
Betulkah pengintipnya itu akan membunuh Baekhyun hari ini?
Dia hanya mampu berdoa bahawa mesej itu sekadar ugutan semata-mata.
Jisoo menolehkan kepalanya memandang ke hadapan semula. Bibirnya mengukirkan senyuman untuk peminat dan kamera yang terdapat di hadapannya ini.
Secara tiba-tiba, matanya terpandang akan seorang lelaki yang berada di penjuru. Lelaki yang berpakaian serba hitam serta topeng hitam di mukanya. Pakaian lelaki itu sama seperti pakaian stalker yang berada di lapangan terbang tempoh hari.
Jantung Jisoo berdegup dengan pantas secara tiba-tiba. Dia menggelengkan kepalanya. Takkanlah lelaki itu orang yang sama.
Tak mungkin mesej yang dihantar tersebut adalah benar.
Jisoo mengecilkan matanya. Tumpuannya sekarang berada pada lelaki itu. Semua perbuatan lelaki itu dilihat tanpa berkelip.
Secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari dalam poket baju sweaternya.
Ianya adalah pistol!
Jisoo membulatkan matanya.
Dia pasti semua orang tidak perasan dengan kehadiran lelaki tersebut kerana asyik dengan acara yang sedang berlangsung pada ketika ini.
Pistol tersebut dihalakan tepat pada Baekhyun.
Jisoo memejamkan matanya. Kepalanya diggelengkan
Tak, tak.
Dia berharap semua ini mimpi.Matanya dibuka semula.
Badannya terus bergerak ke hadapan Baekhyun secara tindakan refleks dan—
BANG!
BANG!
Semua orang yang berada di situ bercangkung sambil menutup telinga mereka apabila mendengar bunyi tembakan itu. Keadaan mula kecoh buat seketika. Jeritan mula kedengaran.
Baekhyun dan ahli Blackpink yang lain terkaku apabila melihat darah mula memancut di bahu kanan dan juga kaki kiri Jisoo.
Jisoo menyentuh bahu kanannya. Tangannya terketar-ketar apabila melihat cairan yang berwarna merah pekat itu.
D–Darah.Secara tiba-tiba rasa sakit mula menyerang. Dia jatuh terduduk namun sempat disambut oleh Baekhyun. Air matanya mula bertakung di matanya. Ahli Blackpink yang lain mula mengerumuni dirinya.
❝ J–Jisoo ❞ jerit seseorang dari jauh. Lelaki itu segera berlari mendapatkan Jisoo.
Pistol yang berada di tangannya masih dipegang. Tetapi perbuatannya dihalang oleh pengawal dan polis yang berada di situ.
Tangan lelaki itu digari tetapi dia tetap mahu berjumpa dengan Jisoo. ❝ Jisoo. I–I'm sorry. K–Kenapa awak bergerak ke arah lelaki itu? ❞ soalnya sambil menjerit. Tetapi jeritan lelaki itu langsung tidak dipedulikan oleh Jisoo.
Jisoo merenung wajah Baekhyun. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.
❝ B-Baek— ❞ kata Jisoo tersekat-sekat.
❝ shhhh. J–Jangan bercakap ❞ kata Baekhyun. Air matanya mula bertakung. Pada bila-bila masa sahaja air matanya ini akan melimpah.
Jisoo mengangkat tangannya untuk menyentuh wajah Baekhyun.
Pandangannya mulai kabur.
Matanya mulai tertutup secara perlahan-lahan. Tangannya juga terkulai pada lantai.
Mungkinkah ini pengakhiran kisah cinta kita?
If I died today, I will not regret it
Because I can see your face for
the last time
Baekhyun–ahh°•°•°
Tbc
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanfictionPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...