3 8

242 30 0
                                    

Note:

Italic : lirik lagu in korean
Bold+italic : lirik lagu in english

____

tepat jam 8.30 malam, jumpa I di hotel restoran ❞ pesan Baekhyun sebelum mereka berdua masuk ke dalam bilik hotel masing-masing.

Dan disebabkan itu, Jisoo kelam kabut mencari baju yang sesuai untuk dipakai.

Sehelai baju diletakkan pada tubuh. Kemudian dia menggelengkan kepala.

Sehelai baju lagi diletakkan pada tubuh dan mendapat gelengan daripadanya.

Perkara itu berterusan sehingga dia mencapai baju pertama tadi. Dia menganggukkan kepalanya tanda sesuai.

Nasib baik baju yang dibawanya tidak banyak. Dapatlah dia menjimatkan waktu padahal dia boleh sahaja memakai terus baju itu tanpa melihat bajunya yang lain.

Baju yang dipilih diletakkan di atas katil. Kemudian, dia terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri, dia memakai baju yang dipilihnya. Dress yang berwarna merah jambu yang mendedahkan bahunya.

 Dress yang berwarna merah jambu yang mendedahkan bahunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah diatur ke meja solek. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi meja solek.

Kemudian, Dia menepek bedak pada mukanya. Lipstick dioles pada bibir mungilnya.

Jisoo bangun dari duduknya dan memeriksa muka dan pakaian jika terdapat sebarang kekurangan.

It's perfect.

Langkah diatur keluar dari biliknya dan menuju ke hotel restoran.

°•°•°

Sebaik tiba di hadapan pintu restoran, Jisoo disambut oleh seorang pekerja restoran. Pekerja tersebut memberikan Jisoo sejambak bunga ros.

this is for you miss ❞ kata pekerja tersebut.

Jisoo mengambil bunga tersebut dari tangan pekerja restoran itu. Matanya kemudian tertacap pada kad yang terdapat di tengah jambangan bunga ros itu.

Kad tersebut diambil dan dibuka.

To: my Jisoo

I hope you like it :)

Jisoo tersenyum apabila membaca ayat yang tertulis di dalam kad tersebut. Kepalanya diangkat melihat pekerja restoran itu.

please come in ❞ arah pekerja itu.

Jisoo mula melangkah memasuki restoran itu. Keadaan restoran tersebut sungguh sunyi.

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now