1 8

331 41 1
                                    


Disebabkan Baekhyun, di sinilah Jisoo berada. Di tepi roller coaster yang akan mereka naiki sebentar nanti.

I tak nak naik benda ni Baekhyunnnn ❞ rayu Jisoo. Suaranya seakan-akan mahu menangis. Bibirnya juga dimuncungkan.

Baekhyun menggelengkan kepalanya. ❝ no no no. Kita kena naik juga benda ni. No matter what happens ❞ balas Baekhyun.

Jisoo terus memegang lengan Baekhyun. ❝ kita naiklah permainan lain ya? Banyak lagi yang boleh kita main ❞ pujuk Jisoo. Tetapi tetap mendapat gelengan daripada Baekhyun.

Jisoo rasa seperti mahu berputus asa dengan Baekhyun. Badannya juga mulai longlai. Bila-bila masa sahaja dia akan pengsan jika tangannya tidak berpaut pada lengan Baekhyun.

❝ kita naik sekali sahaja. Untuk dijadikan sebagai pengalaman. ❞ kata Baekhyun.

Seusai itu, lengan Jisoo ditarik agar menaiki roller coaster itu. Jisoo hanya menuruti setiap kehendak Baekhyun.

Dia sudah tidak punyai kudrat untuk melawan. Mukanya juga sudah pucat apabila melihat aras ketinggian antara tanah dengan dirinya sekarang ini.

Tali pinggang keselamatan dipakai. Baekhyun menolehkan kepalanya melihat Jisoo sebentar. ❝ I pun tengah takut juga sekarang ni. Tapi bila ada you dekat sebelah, ketakutan I hilang sedikit demi sedikit ❞ kata Baekhyun.

Kemudian roller coaster tersebut mulai bergerak. Pada permulaan, kenderaan beroda tersebut bergerak dengan sangat perlahan.

Tetapi apabila sudah sampai di puncak, roller coaster itu terus memecut dengan laju.

Jisoo menutup kedua-dua matanya dengan rapat. ❝ Byun Baekhyun, I hate you! ❞ jerit Jisoo.

Baekhyun mengukirkan senyuman apabila mendengar perkataan yang diucapkan oleh Jisoo. Kerana dia tahu kata-kata tersebut tidak dimaksudkan oleh Jisoo. Gadis itu cuma geram dengan dirinya kerana memaksanya menaiki kenderaan beroda ini.










°•°•°











❝ bluekk ❞ segala isi perut telah dimuntahkan oleh Jisoo. Penangan akibat menaiki roller coaster tadi.

Jisoo keluar daripada tandas dan Baekhyun terus mendapatkan dirinya. Mereka melabuhkan punggung di bangku yang terdekat.

Kemudian Baekhyun menghulurkan air mineral dan juga tisu kepada Jisoo. ❝ I'm sorry ❞ ujar Baekhyun kesal. Dia sepatutnya tidak memaksa Jisoo menaiki roller coaster tadi jika gadis tersebut tidak mahu. Tidak adalah gadis ini akan muntah teruk sebegini.

Jisoo minum beberapa teguk air yang diberikan oleh Baekhyun lalu mulutnya dilap.

Dia mengukirkan senyuman hambar kepada Baekhyun. ❝ tak apa. I boleh jadikan perkara tadi sebagai memori ❞ perli Jisoo. Dia kemudian menyandarkan kepalanya pada bahu Baekhyun.

kepalanya agak pening dan sakit selepas sahaja menaiki roller coaster tadi.Kedua-dua belah matanya dipejamkan. Dia berharap agar kesakitan ini akan menghilang.

❝ apa akan terjadi lepas hubungan kita berakhir? ❞ soal Jisoo secara tiba-tiba.

Baekhyun memerhati keadaan sekeliling untuk melihat adakah selamat jika mereka berbicara tentang isu tersebut.

Tiga orang jurukamera sedang menukar bateri kameranya dari jauh. Dan nampaknya mereka beredar sebentar untuk mencari makanan. Jadi situasi sekarang adalah selamat untuk mereka berdua berbicara tentang hal tersebut.

❝ kita akan ikut haluan masing-masing dan perkara akan menjadi normal. You as an idol and I as business man ❞ balas Baekhyun. Keluhan dilepaskannya. Mengingatkan tentang perkara ini pun sudah menjadikan dadanya sebak. Ini belum lagi dia berada dalam situasi tersebut.

D-Dia seperti tidak boleh melepaskan gadis ini.

what if I tersuka you? ❞ soal Jisoo lagi.

Pertanyaan daripada Jisoo menyebabkan jantung Baekhyun berdegup dengan kencang.

Takkan gadis ini sudah terjatuh hati pada dirinya? Sekejap ini?

❝ rancangan mesti diteruskan. Lagipun I dah janji dengan CEO you ❞ jawab Baekhyun dengan tenang.

Selepas itu dia tidak mendengar lagi soalan daripada Jisoo. Hanya dengkuran kecil sahaja yang keluar daripada mulut gadis itu.

Jisoo-
-dia tertidur.

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now