4 3

226 31 0
                                    


2 weeks later—

Malam ini merupakan tayangan episod terakhir rancangan realiti ‘We Are Dating’ antara Jisoo dan Baekhyun.

Tetapi Jisoo tidak mempunyai perasaan mahu melihat rancangan tersebut. Hanya Jennie, Rose dan Lisa sahaja yang melihat rancangan itu di ruang tamu.

Dia mengambil keputusan untuk mengurungkan diri di dalam bilik.

Jisoo duduk di atas katil sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Telefon pintar yang berada di tangan dihidupkan skrin.

Aplikasi whatapps dibuka. Nombor Baekhyun ditekan.

Jisoo mengeluh. Banyak mesej yang dihantar kepada Baekhyun tetapi Baekhyun langsung tidak membalas walau sepatah perkataan pun.

Jari jemari Jisoo mula menari di papan kekunci telefon. Walaupun Baekhyun tidak membalasnya, ada kemungkinan Baekhyun membaca mesejnya ini.

You
+ I tahu you takkan balas mesej I ni.
+ Tapi I tetap ambil keputusan untuk mesej you
+ Bodohkan I?
+ Tapi I nak you tahu yang I still love you
+ How about you?

Jisoo meletakkan telefonnya ke tepi. Kemudian secara tiba-tiba dia terdengar jeritan Rose, Jennie dan Lisa di luar.

UNNIE SWEETNYA BAEKHYUN!!

OMG OMG UNNIE KISS LAH!❞

UNNIE!!!

Jisoo tersenyum dan hampir tergelak mendengar pekikan ahlinya yang lain. Dia kemudian menggelengkan kepala dengan telatah tiga orang gadis itu.

Jisoo kemudian merebahkan badannya di atas katil. Matanya ditutup.

°•°•°


❝ Berita tergempar. Encik Byun Baekhyun daripada syarikat The B's Holdings secara tiba-tiba mengadakan sidang media untuk memberitahu sesuatu yang penting. Mari kita saksikan ❞ kata seorang wartawan wanita di sebalik kaca televisyen.

Lisa menumpukan perhatiannya pada berita yang hendak disampaikan. Dia berseorangan menonton televisyen memandang ahli Blackpink yang lain masih berada di bilik mereka.

Kaca televisyen terus menayangkan muka Baekhyun. Wajah lelaki itu kelihatan amat serius sekali.

❝ pertama sekali terima kasih kerana hadir ke sini walaupun sidang media ini diadakan secara tiba-tiba ❞ Baekhyun memulakan ucapannya. Matanya memandang tepat pada kamera.

❝ Di sini saya nak buat pengakuan. Hubungan antara saya dan salah seorang ahli Blackpink iaitu Kim Jisoo adalah palsu semata-mata. ❞ ucap Baekhyun. Keadaan di dalam bilik tersebut terus hingar bingar dengan suara wartawan.

Nampak gayanya kesemua wartawan agak terkejut dengan berita tersebut.

❝ Dan saya nak buat satu pengumuman— ❞ ucap Baekhyun lagi. Wartawan-wartawan kembali senyap.

❝ saya akan berkahwin dengan anak pemilik syarikat Bae's iaitu Bae Irene dalam masa yang terdekat ❞

Pengumuman yang secara tiba-tiba itu mengejutkan semua wartawan yang berada di situ sekali lagi.

Lisa yang melihat sidang media tersebut daripada kaca televisyen juga agak terkejut dengan pengumuman Baekhyun itu.

Matanya kemudian melihat ke belakang. apabila berasa seseorang berada di belakangnya. Ianya adalah Jisoo. Lisa agak terkejut dengan kehadiran Jisoo. ❝ u–unnie ❞ kata Lisa tersekat-sekat.

Jisoo hanya berdiri kaku di situ. Dia tidak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana.

Dia keliru.

Tempoh hari Baekhyun memberitahu pada dirinya yang hubungan mereka bukan palsu dan sekarang Baekhyun memberitahu pada wartawan bahawa hubungan mereka palsu.

unnie tahu tentang benda ini? ❞ takut-takut sahaja Lisa bertanya.

Jisoo memandang Lisa. ❝ ani ❞ balas Jisoo perlahan. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam biliknya kembali. Pintu biliknya dikunci.

Mukanya ditekupkan pada bantal. Dia menangis semahu-mahunya.

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now