Tiga tahun kemudian-Buku novel yang berjudul 'The Truth Behind' secara tiba-tiba terjual dengan laris. Hampir semua rakyat Korea membeli dan membaca novel tersebut.
❝ novel tersebut sangat bagus ❞
❝ ianya seperti kisah cinta yang agak menyayat hati ❞
❝ saya teringin nak tahu kesudahan novel ini. Penulis tolong terbitkan siri yang kedua!❞
Begitulah temu ramah yang pihak kami lakukan terhadap beberapa orang pembaca novel tersebut.
Ramai mengatakan novel tersebut tidak mempunyai penamat. Kami ingin menemu bual penulis novel tersebut tetap kami tidak berkesempatan melakukan perbuatan tersebut.
Lagipun, syarikat penerbitan masih merahsiakan identiti penulis novel tersebut. Penulis tersebut hanya dikenali sebagai ' soochu ' sebagai nama penanya. Kesemua maklumat peribadi penulis tersebut tidak dapat dibongkarkan oleh pihak kami.
Sekian itu sahaja, saya Choi Ji, wartawan yang bertugas.
°•°•°
❝ kau betul-betul sure nak teruskan perjumpaan peminat secara peribadi ini?❞ soal Jinhyuk kepada seorang gadis
Gadis itu menganggukkan kepalanya. ❝ kau tak menyesal. Lepas kau buat perjumpaan ni, ada sesetengahya akan membongkarkan identiti kau sebagai penulis novel tu. Kau tak kisah? ❞ soal Jinhyuk lagi menginginkan kepastian.
Gadis itu menjongketkan keningnya. ❝ dah tiga tahun aku bersembunyi di Perancis. Dan bila kau tolong terbitkan novel aku di Korea tahun ni, maknanya aku dah bersedia untuk tampilkan diri aku sebagai penulis Kim Jisoo ❞
❝ ok. Kalau itu yang kau nak ❞ balas Jinhyuk. Dia tidak berdaya mahu berperang mulut dengan Jisoo lagi.
Buat apa nak bergaduh? Pada akhirnya gadis itu yang akan menang juga nanti.
Sudah tiga tahun dia mengenali Jisoo dan sudah tiga tahun dia bekerjasama dengan gadis itu bagi mempersiapkan novel tersebut.
Disebabkan minat menulis novel yang agak mendalam, Jiyoon menyuruh Jisoo menulis novel bagi melupakan kerjayanya sebagai seorang artis. Nasib Jisoo baik kerana Jinhyuk mempunyai sebuah syarikat penerbitan novel yang agak terkenal di Korea dan Perancis.
Berkata tentang perihal Jisoo, semenjak dia keluar daripada BLACKPINK dan YG, dia terus menuju ke rumah Jiyoon yang terletak di Perancis. Dia tinggal di sana sehinggalah novelnya diterbitkan.
Novel 'The Truth Behind' yang berkisarkan tentang kisah cinta tragis antara dirinya dengan Baekhyun. Kesemua perkara yang terjadi diluahkan di dalam novel tersebut. Novel tersebut sudah diibaratkan sebagai diari kehidupannya semasa bercinta dengan Baekhyun.
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanfictionPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...