Part 2 : I Wish To Be Her

489 50 23
                                    


"Good job, Bella!"

Bella disambut dengan meriah saat berjaya menamatkan latihan dengan penyapu terbangnya. Gadis itu menyisir rambut perangnya dengan jari-jemarinya dengan sungguh anggun.

Kebanyakkan orang mungkin menyampah tapi tidak dinafikan Bella agak menawan.

Wendy memandang dari belakang. Bella sudah pun menghampiri Chanyeol untuk mendapatkan pujian daripada lelaki itu. Semua orang tahu yang Bella dan Chanyeol adalah sepupu.

Mungkin agak pelik kalau mereka bercinta, tapi dalam keluarga pureblood, mereka lebih rela percintaan antara sepupu daripada mencampurkan darah tulen mereka yang suci.

Bella nampaknya bagaikan didalam dunia tersendiri meskipun Chanyeol cuma melawan acuh tidak acuh sahaja.

"Diorang sesuai kan?" ujar Cedric sambil menyiku lengan Wendy.

Wendy berdecit.

"Kalau kau suka kenapa kau tak dapatkan dia?" soal Wendy.

"Supaya kau tak boleh dapatkan Chanyeol?" Teka Cedric pula.

"Maksud kau?"

"Kalau aku tak dapatkan Bella, maknanya dia ada Chanyeol. Bila dia ada Chanyeol, kau tak boleh lah nak dapatkan Chanyeol,"

"Wait. What? No! Bila masa aku nak Chanyeol pula?!" marah Wendy. Dia mengawal nada suaranya agar tidak didengari sesiapa. Cedric tersenyum. Sengaja ingin mengusik sahabatnya itu.

"Kau dah gelabah lagi. Sepatutnya kau kena kawal diri Wendy. Jangan bagi nampak sangat," ujar Cedric sambil menuju kearah tengah padang sambil membawa penyapu terbangnya.

"Cik Shon! Giliran kamu?" Tegas Madam Hooch kepada Wendy.

Rupa-rupanya sekarang giliran dia dan Cedric untuk mengelilingi Hogwarts sambil mengumpul bendera-bendera yang telah pun diletakkan diatas sana.

Wendy berlari mengejar Cedric sambil diperhatikan rakan sekelas.

"Apa maksud kau nampak sangat?" soal Wendy.

Cedric sudah pun bersedia untuk terbang.

"Cuba pandang kanan kau," arah Cedric.

Wendy menoleh. Matanya bertaut dengan mata Chanyeol. Serta-merta dirinya kaku.

Madam Hooch menggunakan sihirnya untuk menaikkan penyapu terbang Wendy kerana gadis itu nampaknya masih leka. Wendy tersentak dengan perbuatan Madam Hooch dan terus mengejar Cedric. Dia diketawakan seisi kelas lagi. Layaknya seorang badut.

Cedric menghampirinya sambil ketawa.

"See?"

"See my level lah! Kenapa tak cakap awal-awal yang dia pandang?!" marah Wendy.

"Wendy tengok depan!" jerit Cedric.

Hampir-hampir sahaja Wendy melanggar tiang kecil yang berada diatas bumbung kerana ralit merenung Cedric demi mendapatkan penjelasan. Cedric terus menyambut bendera yang hampir-hampir terbang itu.

"Kalau aku cakap awal-awal, nanti kau sakit jantung pulak," jawabnya. Cedric membuat pusingan pada bangunan tertinggi Hogwarts diekori oleh Wendy.

"Habistu aku kena buat apa?" tanya Wendy lagi.

Dia bukannya pakar dalam hal percintaan. Yang dia tahu, berkhayal dengan Chanyeol je. Macam budak-budak.

"Ambil bendera tu," arah Cedric. Wendy menurut perintah.

"Kejap! Bukan pasal ni! Tapi pasal Chanyeol lah!" Marah Wendy. Cedric ketawa.

"Cubalah pikat dia," jawab Cedric dan terbang turun semula ke darat. Setelah mereka sampai diatas permukaan tanah, Wendy mengejar Cedric kerana belum selesai berbual.

(C)The Lost Witch |Wenyeol|Where stories live. Discover now