Part 25 : Prediction

319 39 12
                                    

"Majlis prom tiga minggu lagi. Kamu yakin kamu boleh hadir Cik Son?" soal Trelawney sambil memeriksa kaki Wendy. Risau.

Gadis itu mengangguk sambil tersenyum.

"Cedric kata, orang-orang cuma akan pandang muka saya je nanti dan bukannya kaki. Katanya, kalau tak ada orang buat macam tu, dia akan jadi satu-satunya orang yang buat demi saya," jawab Wendy sambil tersenyum gembira.

"Mr.Diggory memang baik orangnya," pujinya.

Trelawney tersenyum mendengar cerita Wendy. Dia selalu mengajak Wendy untuk bercerita diwaktu tengah hari sebegini memandangkan Wendy petah bercakap. Banyak juga cerita menarik yang selalu Wendy ceritakan. Lagipula, gadis itu pelajar terbaik dalam kelas Divination. Wendy pun tak peduli saat orang lain mengatakan bahawa Professor Trelawney itu aneh.

Dia mengeluarkan bebola magik yang terletak diatas almari sementara Wendy bercerita. Selesai sahaja Wendy bercakap, gadis itu fokus pula pada Trelawney

"Ada apa ini, Prof?" soal Wendy.

Trelawney mulai menayangkan wajah risaunya. Dia membacakan sesuatu pada bola tersebut untuk menunjukkan sesuatu.

"Saya ada buat sesuatu haritu. Dan saya tak sengaja tertengok masa depan kamu," jelas Trelawney.

Dia membawa Wendy duduk dihadapan bola tersebut. Terhinjut-hinjut Wendy cuba untuk ke sana. Dia merenung dirinya didalam sana.

"Saya nampak sesuatu yang mengerikan. Sesuatu yang saya tak pernah bayangkan boleh terjadi. Dan ianya disebabkan oleh kamu," ujar Trelawney, risau.

Wendy terdiam. Dia merenung ke dalamnya dengan fokus.

Dia nampak beberapa adegan yang berlaku. Matanya bagaikan dipukau. Entah kenapa, matanya mulai bergenang dengan air mata.

"Kalau boleh, saya nak minta untuk batalkan majlis prom tu. Tapi-"

"Andwae. Jangan. Jangan ubah masa depan," arah Wendy. Dia tak akan membenarkan sesiapa pun untuk mengawal dirinya.

Trelawney merenung Wendy. Gadis itu menghadiahkan senyuman manisnya.

"Kalau itu yang betul-betul berlaku. Biarkan sahaja. Saya tak kisah," jelas Wendy. Trelawney terasa seperti dihimpit sesuatu.

"Kamu pelajar terbaik yang saya ada. Tak akan ada penggantinya. Tolonglah jangan buat macam tu. Walau sesakit mana pun kamu," pinta Trelawney.

Wendy tak dapat janjikan apa-apa. Semuanya sudah tertulis. Dia memeluk salah satu guru kesayangannya itu dan terus bangun.

Wendy bergerak meninggalkan pejabat Trelawney dalam keadaan sebak. Apa yang dia baru sahaja lihat itu cukup dasyat buat dia dan ibu bapanya.

Dia menyandar pada dinding dan menekup wajahnya. Tangisan mulai kedengaran.

Sepasang tangan mulai menariknya ke dalam pelukan.

"Aku tak nak tinggalkan sesiapa. Omma. appa.. Cedric.. semua orang yang aku sayang.." ujar Wendy tanpa mengetahui siapa yang sedang memeluknya.

Orang itu cuma diam dan tak memberi apa-apa respon pun.

"Kenapa.. Kenapa sekali je.. sekali je aku tak boleh untuk rasa gembira? Kenapa tak boleh? Kejam sangat ke apa yang aku lakukan pada masa lalu? Apa salah aku?" luah Wendy.

Dia tak boleh bayangkan kalau ramalan itu betul. Berapa ramai hati yang dia patahkan nanti. Bagaimana dengan nasib ibu dan bapanya?

Appa sedang menanti dia dirumah. Menanti kepulangannya tanpa disakiti.

"Tolonglah cakap.. Ramalan itu tak betul.."

...

"Hagrid, kenapa kita ada dekat sini?" soal Cedric kepada Hagrid. Mereka dipaksa datang ke pondoknya tadi.

Wendy murung. Dia merenung Hagrid yang ke hulu ke hilir seperti cacing kepanasan. Wendy masih teringat akan kehangatan badan lelaki yang memeluknya tadi.

Dia tak tahu siapa tapi yang pasti, dia suka. Lelaki itu hanya mendengar sahaja luahannya tanpa menyampuk. Dia lebih suka lelaki sebegitu daripada lelaki yang suka memberi kata-kata menyakitkan terhadap perasaannya.

"Kita dah dekat dengan benda tu. Bulan mengambang dah dekat," ujar Hagrid.

Tingkap dan pintu rumahnya telah dilindungi daripada anasir-anasir luar. Mereka yang diluar tidak akan dapat mendengar apa-apa yang dibincangkan dari dalam.

"Siapa?"

"Makhluk tu. Makluk mengerikan tu," jawab Hagrid, memberi petunjuk kepada makhluk bernama Vendigo.

"Dia dah ada dekat sini?" soal Cedric. Hagrid mengangguk.

"Saya tak tahu macam mana dia masuk, tapi dia dah lepas semua pintu keselamatan. Semua pelajar Hogwarts dalam bahaya. Tapi jangan beritahu sesiapa. Saya tahu ni sebab dia dah bunuh beberapa unicorn didalam hutan sana. Dan saya cuma percayakan kamu berdua sahaja," ujar Hagrid.

Cedric memandang Wendy. Kalau betullah apa yang Hagrid katakan, mereka betul-betul perlu berhati-hati dengan Mr. Ethan.

Mereka tak mahu menuduh melulu tapi keadaan yang membuat mereka menjadi begitu.

"Wendy, kamu okey?" soal Hagrid. Wendy nampak tak bermaya dimatanya. Gadis itu tersedar dari menungannya. Dia mengangguk perlahan.

"Ya," jawabnya, lemah.

Wendy bangun dan berdiri diantara kedua lelaki itu.

"Malam majlis prom. Waktu bulan mengambang. Kita kena bersedia," ujarnya.

"Apa? Kenapa kena malam tu jugak?" soal Cedric, geram.

Wendy tersenyum lemah.

"Tak boleh buat apa. Ini majlis prom untuk senior-senior. Kita tak boleh tangguh atau ganggu. Terpaksalah kita buat sehabis mungkin untuk selamatkan Hogwarts.." jelas Wendy.

"Kita dah terjebak dengan makhluk tu tanpa kita sedari. Walau apa pun yang terjadi, jangan lari. Kita kena hapuskannya," tegas Wendy.

"Kaki kau belum sembuh sepenuhnya, Wen," ujar Cedric.

"Pernah nampak Son Wendy mengalah ke?"

Cedric menggeleng. Dia mengeluh perlahan. Ini yang dia geram.

Wendy tak tahu bila dia patut berhenti.

to be continued

(C)The Lost Witch |Wenyeol|Where stories live. Discover now