OST : Taeyeon-If (Mohon baca sambil dengar lagu ni sampai menangis)
Chanyeol menarik Wendy agar kekal didalam kelas sebaik sahaja semua pelajar keluar.
Wendy menunggu Chanyeol untuk berbicara. Mereka kekal diam walaupun sudah tiga puluh minit berlalu.
"Ada apa ni?" tanya Wendy tanpa memandang kearah Chanyeol. Mereka ditemani oleh cahaya matahari sahaja ketika ini.
Chanyeol menunduk. Entah kenapa dia nak ceritakan semua ini pada Wendy. Rasanya, cuma Wendy orang yang sesuai untuk mendengarnya. Tapi dia gementar.
Flashback
Chanyeol curi-curi keluar dari Hogwarts tanpa sesiapa yang tahu lagi kali ini. Lelaki itu menutup dirinya dengan Invisibility Cloak dan menuju ke Hogsmeade untuk bertemu seseorang.
Di pub The Hog's Head, Chanyeol hampir tertangkap kerana masih dibawah usia 18 tahun. Seorang gadis terus menariknya masuk ke dalam dan mengenakan sihir Confundus kepada penjaga disana.
Mereka duduk ditempat tersorok dan memesan Firewhisky. Ini bukan kali pertama Chanyeol bertindak nakal sebegini. Semuanya sejak dia berusia sebelas tahun lagi, sampailah dia bertemu kekasihnya yang turut sama boleh dikatakan sebagai liar, iaitu Rose. Mereka berciuman disebalik Invisibility Cloak.
Akan tetapi, ciuman kali ini terasa kosong bagi Chanyeol. Dia bahkan tak fokus dengan cerita Rose seperti selalu. Fikirannya menerawang kepada kata-kata rakan-rakannya. Mereka semua tidak suka dengan gadis ini.
Sedang Chanyeol dan Rose berbual sebentar, Chanyeol terpandang guru mereka yang memasuki pub itu juga. Mr. Ethan kelihatan mencurigakan.
Beberapa kali lelaki itu menggeletar seperti lupa meminum ubatnya. Sebaik sahaja Mr. Ethan pergi, Chanyeol terus pergi meninggalkan Rose untuk mengejar Mr. Ethan.
Lama juga Chanyeol mengekori sehinggalah sampai dihutan larangan. Saat itu, dia nampak sesuatu yang amat mengejutkan. "Wendy.."
Dan elaki itu terus melarikan diri.End flashback.
"Mianhae," ujar Chanyeol. Dia bermain-main dengan jarinya.
"Untuk apa?" soal Wendy.
"Atas apa yang aku buat pada kau," jawab Chanyeol. Dia memandang kaki Wendy.
Rasa bersalah mulai menebar dalam dirinya.
Wendy tergelak sinis.
"Tiba-tiba je. Kita kan musuh," jawab Wendy. Chanyeol merenung Wendy. Gadis itu nampaknya tidak mahu memandangnya langsung.
Wendy betul-betul nak jadi musuhnya ke sekarang? Tak seronok lah macam ni.
"Maaf. Aku lukakan leher kau. Aku cuma rasa dikhianati sebab aku ingat kau nak cederakan keluarga aku. Kau, faham kan?"
"Aku faham, Chanyeol," Wendy mendongak.
"Aku pun dikhianati tiap-tiap hari," sambungnya.
'Dan dikhianati perasaan aku sendiri. Perasaan pada kau,' luah Wendy dalam hati pula."Aku tak berniat untuk cederakan kau. Aku ingatkan nak tolak kau sikit je. Aku takut kau nak lukakan Bella je sebab apa yang aku buat pada kau. Aku layan kau dengan teruk," jelas Chanyeol.
Wendy menggeleng perlahan. Dia memejamkan matanya lantas mengeluh. Jahat sangat ke dia?
"Dahlah, jangan buat macam ni, Park Chanyeol," rayu Wendy.
Kening Chanyeol terjongket. Mata mereka kini bertaut.
"Jangan buat hati aku rasa macam ni. Tolong jangan baik dengan aku. Aku mohon sangat," rayu Wendy. Anak matanya bergetar.
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
ФэнтезиAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12