Part 8 : Alasan

341 43 8
                                    

"Itu apa?"

"TV,"

"Itu apa?"

"Telefon,"

"Itu apa?"

"Remote tv,"

"Itu apa?"

"Chanyeol! Itu.." Wendy cuba menahan dirinya daripada memarahi Chanyeol.

"Itu cumalah, ipad.." jawabnya, lemah-lembut.

Chanyeol mengambil remote tv dan duduk berbaring diatas sofa dan menonton drama yang sedang ditayangkan.

Wendy turut sama mengambil tempat di sofa berdekatan dengannya.

"Woah. Macam mana manusia boleh masuk dalam tu? Hebat lah!" puji Chanyeol.

Wendy menggeleng perlahan. Dia nampak yang Chanyeol seolah-olah sedang mengalihkan fikirannya daripada sesuatu. Persoalannya, apa?

Dan kenapa Chanyeol memilih dia?

Adakah kerana dia sasaran paling mudah? Adakah dia sedang bermain permainan Truth or Dare dan sekarang dia sedang melakukan salah satu dare tersebut?

Susah betul ingin membaca fikiran Chanyeol. Kalaulah dia ada kuasa Baekhyun. Nah, Baekhyun cuma hebat dalam legilimency, bukannya ada kuasa pun.

"Kau tengah cuba buat apa ni, Chanyeol?" tanya Wendy, cuba mengorek rahsia. Chanyeol pura-pura tidak mendengar. Dia berlagak seperti orang bodoh lagi saat melihat gambar-gambar bergerak didalam tv.

"Chanyeol, aku tahu dekat rumah kau pun ada tv lah! Or kalau tak ada pun kau mesti pernah nampak! Cepat bagitahu aku, kenapa kau datang sini?!" Desak Wendy.

Gadis itu merampas alat kawalan dan menutup tv serta menyembunyikan alat kawalan itu dibawah tempat duduknya. Chanyeol meraup wajahnya perlahan.

"Tak boleh bagitahu," jawab Chanyeol.

Dia menghulurkan tangannya untuk mengambil semula remote tv tapi sebaliknya, Wendy menampar tangan tersebut seolah-olah memberi hi-five.

"Kenapa? Sebab aku sasaran mudah korang ke?" soal Wendy lagi.

Chanyeol tak menjawab. Dia mengambil ipad dan cuba untuk mengalih perhatiannya pada skrin besar itu namun ianya dirampas oleh Wendy.

"Tell me, atau kau keluar dari rumah ni!" ugutnya.

Chanyeol mengalah. Dia bangun sambil mengusutkan rambutnya.

"Fine! First of all, memang kau sasaran mudah!" Jujurnya.

Wendy terkejut. Dia membaling bantal ke muka Chanyeol kerana bengang dengan jawapan Chanyeol.

"Second, ini hal sulit!" Sambung Chanyeol.

Dia menerima lemparan bantal kedua daripada Wendy.

"You pervert!" Marah Wendy.

"Huh?"

"Kau baru je cakap pasal alat sulit!"

"I said! Hal sulit! Korek telinga kau lah!"

Pap!

Chanyeol menerima lemparan ketiga.

"Hal sulit apa? Kenapa libatkan aku? Aku nampak je macam nerd tapi tak senang untuk kau gunakan!" Ujar Wendy, cuba untuk tidak terjebak dengan permainan pelajar Slytherin yang satu ini.

Chanyeol berfikir sejenak. Entah alasan apalah yang dia nak gunakan untuk mengaburi fikiran Wendy. Sejujurnya lagi, Chanyeol tak tahu pun tujuan kenapa dia datang ke sini. Yang berada difikirannya pula adalah Wendy sehingga menyebabkan dia yakin untuk keluar dari rumah.

(C)The Lost Witch |Wenyeol|Where stories live. Discover now