Part 29 : Berbaik

343 38 24
                                    

"Malam semalam Chanyeol ada dengan Wendy,"

"Aku dengar diorang dah buat lebih dari tu,"

"Kesian Bella kena tikam belakang,"

Wendy memekakkan telinga saat mendengar umpatan rakan sekelasnya. Entah bila masa dia ada dengan Chanyeol pun dia tak tahu. Dan sejak bila pula dia dan Chanyeol dah lebih dari itu?

Bangun pagi tadi, dia sudah pun berada didalam bilik. Jadi siapa yang sebar khabar angin ini? Nak cari pasal betul.

Kebetulan, Chanyeol masuk ke dalam kelas dengan wajah bengang. Mereka yang mengumpat Wendy tadi kembali diam.

Chanyeol menghempas bukunya keatas meja dengan kasar. Wajah perempuan-perempuan yang menyebarkan khabar angin itu dipandang.

"Kenapa tak teruskan? Aku nak dengar lagi," arah Chanyeol dengan wajah tegasnya.

Perempuan-perempuan itu terdiam dan berpura-pura tidak tahu apa-apa. Chanyeol berdiri.

"Kalau ada sesiapa buka mulut cakap benda sesuka hati macam tu lagi, datang jumpa aku depan-depan dan aku nak tengok samaada korang boleh berjalan ke tidak lepas ni," ugut Chanyeol.

Perempuan-perempun yang bersalah itu meneguk liur mereka, takut. Siapa yang suruh cari pasal dengan Chanyeol sangat.

"Jangan sebab Wendy ni jenis yang tak melawan, korang boleh senang-senang buli dia! Kalau ada yang ambil kesempatan lagi waktu aku tak ada, bawak orang tu datang jumpa aku!"

Selesai memberi ugutan, Chanyeol kembali duduk dan membuka bukunya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Wendy mendongak memandang sekeliling.

Dia memandang Chanyeol tapi nampaknya lelaki itu tidak mempedulikannya langsung sekarang. Chanyeol dah bersedia untuk mengikuti permintaannya haritu ke?

Kenapa dia rasa sedih pula bila dipulaukan oleh Chanyeol?

...

"Wendy, tolong kemaskan bilik posyen ya?" pinta Profesor Snivellus. Wendy mengangguk faham.

Dia lekas bergegas ke bilik posyen untuk membereskan apa yang patut. Masuk sahaja ke dalam bilik posyen, dia ternampak Chanyeol yang sedang menilik botol-botol posyen yang digunakan oleh kelas sebelumnya.

Wendy berhenti daripada meneruskan langkahnya. Dia mengundur untuk pergi tapi sempat dicegah oleh Chanyeol.

"Aku dah nampak kau. Masuk sekarang!" arah Chanyeol.

Wendy mengepal penumbuknya. Dia menutup pintu bilik dan mendekati Chanyeol. Begnya diletakkan disebelah beg Chanyeol.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Wendy.

"Mancing. Tak nampak?" balas Chanyeol, sarkastik. Wendy berdecit.

Dia mengambil botol-botol yang mengandungi posyen untuk dibuang ke dalam bekas pembuangan sisa. Chanyeol memerhati dari hujung ekornya. Dia tersenyum tetapi cepat-cepat mengekalkan wajah bengisnya.

"Pasal benda yang budak-budak tu cakap, aku akan uruskan diorang," kata Chanyeol.

Dia mengintai lagi, mahu lihat bagaimana Wendy bereaksi.

"Wendy, kau dengar tak?" panggil Chanyeol.

Akhirnya, Chanyeol dah pandai menyebut nama Wendy dengan betul. Eh, bukan selama ni dah sebut Wendy ke?

(C)The Lost Witch |Wenyeol|Where stories live. Discover now