Part 16 : Ugutan

332 36 6
                                    


Beberapa jam berlalu setelah penerbangan daripada Scotland ke Perancis, mereka akhirnya tiba juga. Sesampainya di sekolah Beauxsbaton, mereka berkumpul didewan utama, disambut oleh Madam Maxime.

Mereka menikmati makan malam terlebih dahulu sebelum beredar ke asrama. Disini, dewannya terlihat lebih cerah daripada di Hogwarts. Ianya dipenuhi dengan emas dan perak serta cahaya yang keluar daripada manusia sihir separuh Veela. Noice.

Tak lama kemudian, pelajar Hogwarts dan pelajar Durmstrang berkumpul bersama dibahagian asrama mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain seperti seorang musuh tatkala terserempak.

Seulki sudah pun memasang mata ninjanya pada Jongin. Lelaki itu sedang bermain mata dengan gadis-gadis dari Dumstrang.

Kim Jennie dan Jung Krystal. Dua gadis kembar, lain bapa yang mungkin menjadi sasaran Jongin. Apa yang Seulki tidak tahu adalah, kedua gadis itu sememangnya teman wanita Jongin, sejak lama lagi.

Seulki mengepal tangannya. Dia geram. Terus dia beredar dari sana dalam keadaan marah. Entahlah ke mana dia nak pergi. Dia sudah tidak peduli lagi.

Wendy pula perasan akan kehilangan Seulki. Dia cuba untuk mengejar namun dihalang oleh Chanyeol. Lelaki itu menolaknya supaya mengambil air buatnya.

"Palliwa!" arah Chanyeol. Wendy hampir-hampir sahaja menumbuk Chanyeol.

Kebetulan, Rowoon, teman pena Wendy daripada Durmstrang ada disana. Rowoon juga adalah pemain Quidditch kedua terhebat untuk Durmstrang. Lelaki itu tinggi, gagah dan kacak. Crush Wendy yang kedua, mungkin?

Wendy mengawal air mukanya. Nanti imejnya tercalar pula.

Dia tidak membantah arahan Chanyeol dan terus pergi mengambil air yang berada dihujung koridor. Tempat dimana house-elves menyediakan makanan buat pelajar-pelajar yang datang melawat.

Wendy menghadiahkan senyuman pada Rowoon yang turut sama memerhatinya. Wajah Wendy hampir merah sepenuhnya sekarang.

Tak boleh! Tak boleh! Ingat Chanyeol!

Terus wajah Wendy kembali normal kerana teringat akan kekasaran Chanyeol kepadanya. Musnah terus emosinya.

"Wendy! Nak pergi mana?" jerit Cedric sambil mengekori Wendy. Dia merengek tidak seperti kebiasaannya. Macam sengaja pun ada.

"Ambil air—"

"Jom teman aku kejap! Palli-palli!"

"Tapi—"

Cedric membawa Wendy pergi jauh dari sana. Dia memandang ke belakang sekilas kearah Rowoon. Senyuman kemenangan dihadiahkan kepada lelaki dari Dumstrang itu. Rowoon jelas tidak suka dengan pandangan Cedric.

"Ced, baik kau cakap sekarang kenapa kau tarik aku jauh dari sini?" pinta Wendy. Cedric merampas gelas berisi pumpkin juice itu.

"Nah, aku cuma nak buat budak Rowoon tu marah. Keke—" ujar Cedric sambil tergelak. Wendy berdecit. Macam-macam betul lah Cedric ni.

...

Pelajar-pelajar mengelilingi sekolah Beauxsbatons. Ramai diantara mereka, lelaki, yang terpukau dengan kecantikan Veela sementara pelajar perempuan mengorat pelajar lelaki.

Wendy sempat perasan yang Bella seolah-olah dipinggirkan oleh Chanyeol—erm, seperti biasa. Gadis itu berjalan bersendirian tidak ditemani sahabat baiknya, Olivia.

Dia sengaja pergi berdekatan Bella agar gadis itu tidak bersendirian.

"Hai?" sapa Wendy pada Bella.

(C)The Lost Witch |Wenyeol|Where stories live. Discover now