Wendy diangkat oleh Cedric untuk menuju ke bilik mereka. Kakinya disimen oleh kerana patah. Namun tulangnya telah pun dibetulkan oleh jururawat. Bella menunggu dihadapan dorm Hufflepuff kerana risau dengan keadaan Bella.Gadis itu risau kalau-kalau keadaan Wendy menjadi lebih teruk. Nampak sahaja Cedric dan Wendy kembali, dia menolong membuka pintu dengan memberikan kata laluan kepada wanita didalam lukisan.
Cedric merenung Bella sekilas. Wendy telah pun tertidur didalam dukungannya.
Bella memegang tangan Cedric, menghalangnya daripada masuk sebentar."Wendy. Dia okey?" soal Bella.
Cedric mengangguk dengan wajah seriusnya. Dia terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan Bella. Nampaknya, keadaan Wendy lebih penting buatnya sekarang. Bella sedikit tersinggung sekarang.
Dia merenung Cedric dan Wendy yang semakin menghilang saat pintu tertutup. Entah kenapa, baru kali ini dia dapat rasa sesuatu dalam hatinya. Rasa seperti, patah hati.
Bella memusingkan badannya untuk beredar. Dia nampak Chanyeol disana seperti sedang menunggu seseorang dihadapan koridor sana. Gadis itu menuju kearah Chanyeol dengan langkah yang lemah.
Lantas badan Chanyeol dipeluk. Chanyeol terkesima.
Dia menepuk-nepuk belakang Bella. Bukan ini ke yang dia mahu? Kenapa dia rasa serba-salah pula?
...
Sepanjang minggu tersebut, Wendy tidak berpisah langsung dengan Cedric. Mereka bersama ke mana-mana sehinggakan boleh dianggap bagai isi dengan kulit.
Ada rumor yang mengatakan senior Rowoon, daripada Durmstrang melawat gadis itu. Kecoh juga kerana lelaki itu boleh tahan terkenal seperti ahli EXO yang lain.
Banyak yang mengatakan mereka nampak Rowoon bersama Wendy dibelakang sekolah. Rowoon membantu Wendy dalam proses pemulihan kakinya. Memang nampak mesra sekali.
Walau apa pun, hanya Wendy dan Rowoon sahaja yang tahu. Biarlah ianya menjadi rahsia. Lelaki itu cuma mahu berteman sahaja.
"Kau tak rasa kita menonjol sangat ke?" soal Wendy kepada Cedric. Lelaki itu sedang membantu Wendy berjalan. Walaupun kaki Wendy dipulihkan dengan mudah dengan posyen Madam Pomfrey, namun Wendy tetap perlu berlatih berjalan semula. Kecederaan terlalu parah tempoh hari.
"Tak apa lah. Aku suka perhatian orang," jawab Cedric. Wendy tersenyum kecil. Rambut Cedric digosok kasar.
"Aku pula suka perhatian dari kau je. Bukan orang lain," kata Wendy pula.
"Kau dengan Chanyeol macam mana?" soal Cedric, menukar topik.
Wendy berpaut pada leher Cedric, lantas berdecit perlahan.
"Meh. Entah apa yang dia tak puas hati dengan aku lagi," jawabnya. Wendy nampak sedih sekarang.
Cedric mengelus rambut Wendy seperti adik kecilnya.
"Maaf sebab tak dapat tolong kau waktu dia buat macam tu," ujar Cedric.
"Hurm? Buat apa?"
"Waktu dia sakitkan hati kau. Sepatutnya, aku ada untuk pertahankan kau," jelas Cedric.
Wendy ketawa tapi tidak ceria. Dia masih sendu.

YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantasyAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12