Wendy dan Cedric duduk bersama di meja makan menikmati sarapan. Keadaan di Hogwarts masih terkawal dan pelajar-pelajar nampaknya tidak tahu menahu pun akan ancaman yang bakal mereka hadapi.
Chanyeol memerhati Wendy yang sedang menunduk membaca sesuatu sambil makan. Kaki gadis itu nampaknya semakin pulih. Dengarnya, hari ini dia akan membuka simen pada kakinya.
Wendy nampak khusyuk dengan buku yang sedang dibacanya manakala Cedric sibuk berbual dengan rakan-rakan lelakinya yang lain.
Selesai sahaja makan, mereka keluar dari dewan serentak. Chanyeol mengekori Wendy secara senyap. Gadis itu nampaknya ingin ke suatu tempat tanpa Cedric.
Dengan pantas, Chanyeol berlari mendapatkan Wendy. Gadis itu terkejut dengan kehadirannya.
Hanya mereka berdua sahaja yang berada di koridor ini sekarang. Wendy dan Chanyeol merenung satu sama lain untuk masa yang agak lama.
"Kenapa kau nak mengelak dari aku lagi ni?" soal Chanyeol, tak habis-habis lagi dengan soalan yang sama.
Wendy melepaskan pegangan tangan Chanyeol. Dia berpeluk tubuh.
"Mana ada," jawabnya, tegas.
Chanyeol menghalang Wendy daripada melarikan diri dengan mengunci pergerakan gadis itu. Dia menolak Wendy ke dinding sehingga menyukarkannya untuk bergerak.
"Aku minta maaf banyak-banyak. Aku cuma nak kita berbaik semula. Boleh?" pinta Chanyeol, lagi dan lagi. Wendy menggeleng.
"Kau nak aku buat apa supaya kau terima aku semula?" ujar Chanyeol.
"Pergi. Jangan dekat dengan aku," jawab Wendy.
"Tak nak!"
"Yang kau tiba-tiba nak berbaik dengan aku kenapa? Mereng?" balas Wendy.
"Aku cuma rasa bersalah. Aku sedar aku tak patut layan kau macam tu," jelas Chanyeol.
"Kau rasa aku akan percaya cakap Slytherin macam kau?" balas Wendy, sinis. Chanyeol tak menjawab. Wendy cuba untuk menghidupkan semula tanggapan buruk orang ramai kepada Slytherin tapi Chanyeol tidak terpedaya.
"Kali ni kau kena percaya," ujarnya, cuba untuk meyakinkan Wendy.
"Aku tak nak,"
"Jadi bagitahu aku sebab sebenar kau tak nak dekat dengan aku-"
Wendy mencium bibir Chanyeol secara tiba-tiba dan merangkul leher lelaki itu dengan pantas. Chanyeol kaku awalnya tapi dia turut membalasnya. Pipi Wendy dipegang. Dia nampaknya sedang hanyut sekarang.
"Ehem! Ehem!"
Suara seorang guru menghentikan hanyutan Chanyeol. Dia menoleh ke belakang dan ternampak Mr.Ethan yang sedang merenung tajam kearahnya.
Lelaki itu datang mendekat kearah mereka.
Wendy terus merangkul lengan Chanyeol dan bersembunyi dibelakangnya. Pegangannya terlalu kuat sekarang.
"Kamu berdua buat apa dekat sini?" soal guru lelaki tersebut.
Chanyeol hilang ingatan buat seketika. Dia masih teringat akan ciuman Wendy tadi. Bibirnya menguntum senyuman.
"Err.. Bercium?" jawabnya. Bodoh.
Wendy jadi malu.
Mr. Ethan berdehem dengan sungguh kuat. Dia tak sangka pula itu jawapan yang akan diberikan oleh Chanyeol.
"Kamu jangan macam-macam! Pelajar sepatutnya berada dalam kelas sekarang!" marah Mr. Ethan. Chanyeol mencebik.
"Betullah! Saya dengan dia tengah bercium tadi macam ni!"
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantasyAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12