Part 31

295 42 35
                                    


Wendy, Chanyeol dan yang lain-lain mulai keluar ke Hogsmeade lagi hari ini. Mereka sedang menuju ke kedai pizza yang dicadangkan oleh Junmyeon.

Obelia's Pizza.

Chanyeol sengaja menggenggam tangan Wendy tanpa meminta izin gadis itu sehingga membuatkan Wendy malu. Tiba-tiba sahaja crushnya yang satu ni buat baik macam ni.

Manakala Cedric, dia memasang muka menyampah sambil memerhati Chanyeol dan Wendy dari belakang. Dia mengumpat keduanya kerana sengaja berpegangan tangan dihadapannya.

Tak hormat orang single.

Cedric terus melanggar Chanyeol dan Wendy dengan sengaja sehingga membuatkan pegangan tangan mereka terlepas. Wendy hampir tersadung sebelum ditangkap oleh Chanyeol.

Chanyeol memegang pinggang Wendy dengan kemas supaya tidak jatuh. Itu membuatkan Cedric ternganga. Plan rosak pula.

Kawan baiknya sedang dirampas oleh lelaki gatal sekarang ni! Mana boleh dia biarkan!

Sampai sahaja di kedai pizza, mereka memesan sebanyak mungkin menu yang terkenal. Wendy duduk menghadap Chanyeol dan bukan ditepinya kerana telah ditarik oleh Cedric.

Apabila pizza sampai, Chanyeol mula membahagikan potongan yang rangup kepada Wendy. Cedric memerhati sahaja untuk menjaga Wendy.

Wendy menikmati pizza tersebut sampai tidak sedar yang ada kesan comot pada bibirnya. Chanyeol mengelap kesan comot tersebut dengan ibu jarinya dan menjilatnya sambil diperhati Cedric.

Dengan marahnya Cedric mengambil tisu dan mengelap mulut Wendy.

"Makan tu elok-elok!" bentak Cedric.

Nampak sangat tak suka bila Chanyeol layan Wendy sebegitu.

Saat Chanyeol mahu menyuap Wendy, Cedric menolak Wendy dan menerima suapan tersebut. Pipi Chanyeol diusapnya dengan tangan berminyak.

"Terima kasih sayanggg~" ujar Cedric kepada Chanyeol sambil tersenyum.

Chanyeol terkejut dan terus melempar potongan pizza tersebut pada muka Cedric. Mereka beradu tangan sekarang.

Wendy cuba untuk tidak menghiraukannya. Dia ternampak Seulki yang berada diluar kedai seperti sedang menunggu seseorang. Wendy melihat pula pada Jongin yang nampaknya tidak tahu akan kehadiran Seulki disini.

Tak lama selepas itu, Wendy nampak dua orang gadis yang berpakaian mewah mendekati Seulki. Mereka pergi dari sana dalam keadaan mencurigakan.

"Jennie dengan Krystal tu kan?" bisik Wendy pada dirinya sendiri.

Dia meninggalkan meja makan tanpa memberitahu yang lain.

Dia mulai mengekori Seulki dan kedua gadis yang tidak dikenali itu. Mereka masuk ke sebuah lorong gelap di Knockturn Alley.

Wendy menyorok agar dapat melihat apa yang sedang mereka lakukan.

Seulki nampaknya sedang memarahi kedua manusia itu. Mereka membuka kain yang menutup muka dan juga topi.

Jennie dan Krystal.

Betul tekaan Wendy.

Kedua gadis itu sedang menolak Seulki seperti gangster. Mereka bergaduh sekarang.

Seulki sedang menyumpah sekarang melihatkan keadaannya. Rambut kedua gadis itu ditarik sehingga mereka menjerit kesakitan minta dilepaskan.

Tiba-tiba, mereka mengeluarkan tongkat sakti untuk menyakiti Seulki.

"Wendy!!"

Suara Cedric bergema disekitar lorong tersebut membuatkan Seulki, Jennie dan Krystal berhenti daripada bergaduh.

Mereka mulai melarikan diri agar tidak tertangkap. Sementara Wendy, dia keluar dari tempat persembunyian.

"Ya, aku dekat sini!" jawab Wendy.

"Kau buat apa sini? Jom lah balik?" ajak Cedric, semacam kalut.

Dia memegang pergelangan tangan Wendy dan cuba menariknya pergi.

"Tapi Chanyeol dengan yang lain-lain? Kesian diorang tunggu kita pulak," ujar Wendy.

"Tak payah risau. Nanti pandai-pandai lah diorang tu.." Cedric sedaya-upaya cuba untuk membawa Wendy pulang.

Tapi Wendy menolak.

"Kenapa ni? Sekejap je. Aku pergi beritahu diorang. Kau tunggu kat luar," kata Wendy, yakin.

Dia kembali ke kedai pizza tadi bersama Cedric. Cedric sudah pun mengeluh kesah. Habislah kena pujuk Wendy lagi kejap lagi.

Masuk sahaja ke sana, Wendy menerima kunjungan yang tak disangka-sangka.

Senyuman diwajah Wendy pudar. Kekasih Chanyeol daripada Durmstrang ada disini sedang bermanja dengannya.

Bukan itu sahaja, mereka masing-masing bersama dengan pasangan sendiri. Chanyeol dan kekasihnya itu sedang seronok berciuman seperti tak ingat dunia.

Perlahan-lahan, dia ditarik keluar dari kedai pizza oleh Cedric. Cedric menutup mata Wendy dan memeluk Wendy untuk menenangkannya.

"Kan aku dah kata," ujar Cedric.

Wendy menangis.

Baru sebentar tadi dia dihiburkan oleh Chanyeol. Sekarang Chanyeol menghancurkan kegembiraan itu dalam masa yang begitu singkat.

Pelukan Cedric diperketatkan.

"Shuu.. Jangan nangis.. Aku dah kata kan jangan nangis sebab lelaki lain.."

...

Wendy membaling batu-batu kecil kearah patung yang dianggap sebagai Mr.Ethan.

Dia mengelamun sendiri sekarang. Masih patah hati lagi.

Cedric dan Hargrid memandang dari jauh dengan wajah kesian. Dah serupa perempuan ditinggal suami pula dimata mereka.

"Nak saya kerjakan Chanyeol ke?" soal Hagrid kepada Cedric. Cedric menggeleng.

"Tak payah. Nanti Wendy marah pulak," jawabnya.

"Haih. Kesian anak aku jadi macam tu. Kenapa bukan kamu je yang Wendy sayang?" luah Hagrid.

Cedric tersentak. Dia merenung belakang Wendy, lama. Cedric pun terfikir akan hal yang sama.

Dari tahun pertama, dia lah satu-satunya kawan baik Wendy. Kawan sepermainan. Kawan waktu Valentine. Kawan waktu perayaan kesyukuran. Kawan waktu majlis prom. Kawan Halloween. Kawan Christmas.

Semuanya mereka buat bersama. Tapi kenapa Wendy masih sukakan orang lain? Dan kenapa dia pun suka orang lain?

"Yelah. Kenapa bukan saya ya?"

to be continued

Cedric ni tragic betul hidup dia. Dua2 pompuan tinggalkan dia.. campur si Seungwan lagi..

Tiga kali jatuh cinta, tiga kali kena tinggal KAHKAH 😂 XDD

Oh ya.. maafkan si Chanyeol.. Dia memang tak konsisten sikit.. crocodile land lah katakan..

Aku rasa mesti korang stress dgn cerita ni sebab baru mood happy² part sebelum ni, terus down episod seterusnya sebab chanyeol 😂

(C)The Lost Witch |Wenyeol|Where stories live. Discover now