Perlawanan Quidditch dilangsungkan hari ini. Hari agak mendung dan sepertinya akan hujan ditengah-tengah perlawanan.Wendy bersedia dengan penyapu berkuasa tingginya yang diberikan oleh McGonagall. Wanita itu tidak teragak-agak menghadiahkan penyapu terbang mahal itu memandangkan Wendy merupakan salah satu pemain Quidditch terbaik didalam pasukan Hufflepuff. Nak dia ulang sekali lagi ke yang dia pelajar terbaik di Hogwarts?
Wendy melihat Bella yang sedang masuk ke dalam padang bersama-sama dengan Chanyeol. Mereka berpisah kerana berbeza rumah. Hari ini, Hufflepuff akan berlawan bersama Slytherin.
Cedric terbang menuju kearah Wendy dan disisinya sebelah lagi adalah Bella. Wendy tersenyum melihat peningkatan dalam hubungan Cedric dan Bella. Keduanya sudah boleh menyapa satu sama lain sekarang.
"Wen, chaser ya? Bella, jaga gol," arah Cedric.
Wendy memberikan pandangan paling pelik yang dia tak pernah buat selama dia hidup. Budak pendiam dan lemah-lembut macam Bella jaga gol?
CEDRIC CUBA NAK BUNUH DIA KE?!
Masing-masing pemain bergerak ke tempat mereka. Wendy masih runsing akan Bella. Posisi Bella sepatutnya chaser sepertinya tapi kenapa Cedric tiba-tiba mengubah posisi ni?
"Ced, tukar aku dengan Bella!" arah Wendy.
Cedric tak mendengar jeritan Wendy. Para penyokong mulai bersorak dengan kencang.
Wendy memandang ke tempat khas untuk guru-guru. Dia nampak Mr. Ethan disana dan lelaki itu sedang merenung Bella dengan fokus sekali. Tangannya yang berada didalam kot dikeluarkan dan dia nampaknya sedang memegang tongkatnya. Ini membuatkan Wendy semakin risau.
Permainan dimulakan. Slytherin bergerak dengan lincah sambil diarahkan oleh Chanyeol yang merupakan kapten pasukan.
Lelaki itu merenung Wendy dengan pandangan bengis. Mereka bertentang mata seperti seekor singa dan kancil.
Chanyeol memukul bola dengan kuat menuju kearah Wendy secara tiba-tiba. Dia nampaknya sengaja menyasarkan Wendy agar gadis itu keluar dari permainan dalam keadaan tercedera.
Wendy mengelak dan melarikan diri daripada Chanyeol.
Bola-bola lain terus dimasukkan ke dalam gawang oleh pasukan Slytherin. Penyokong Hufflepuff tidak berpuas hati kerana gawang mereka sering ditembusi oleh pasukan Slytherin.
Mata diperoleh sekarang adalah 5-0.
"Jangan kejar aku lah mamat tak guna!" ujar Wendy pada dirinya sendiri.
Chanyeol sepertinya dalam mood memburu sekarang. Dia fokus pada Wendy sahaja sekarang.
Dari arah pukul 10, satu bola menuju kearah Bella yang dalam keadaan tidak berjaga-jaga. Wendy ternampak dan terus terbang untuk melindungi Bella.
Kan dia dah berjanji untuk melindungi Bella demi Chanyeol.
Bola tersebut disepak olehnya kearah bertentangan. Bella hampir sakit jantung dibuatnya.
"Thanks, Wendy." ujar Bella.
Wendy mengangguk. Dia berkerut menahan sakit pada kakinya. Dia memandang kearah Mr. Ethan yang nampaknya tidak berpuas hati.
Wendy pasti bola tadi telah dijampi. Kakinya terasa berdenyut-denyut sekarang.
"Wendy! Kejar bola!" arah Cedric.
Wendy mengikut arahan. Dia terbang melepasi kawanan Slytherin yang seperti serigala kelaparan itu. Wendy menolak pemain Slytherin agar jatuh dari penyapu ajaib mereka. Pedulilah, lagipula Slytherin selalu main kasar.
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantasyAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12