Hari untuk lawatan telah pun tiba. Para pelajar yang telah mendaftarkan dirinya berkumpul tak jauh daripada Hogwarts. Pengangkutan mereka akan sampai tidak lama lagi.Hagrid akan bersama sebagai tour guide diikuti oleh Headmaster Mcgonagall. Para pelajar memegang tiket masing-masing. Mereka menunggu kereta kuda untuk datang menjemput.
Sebaik sahaja kereta kuda tiba, mereka diarahkan untuk menunjukkan terlebih dahulu tiket supaya tidak tertukar kerusi. Bella pergi terlebih dahulu diikuti oleh Chanyeol.
Bella memeluk lengan Chanyeol dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya. Dia naik dibantu oleh seekor elf. Tiba giliran Chanyeol, dia tidak dibenarkan naik bersama Bella. Katanya, kereta kuda miliknya adalah ke-dua belakang sekali.
Chanyeol menayangkan wajah tidak berpuas hati.
Dia merenung Jongin yang berada dihadapan kereta kuda didepannya. Lelaki itu nampak cemas dan terus masuk ke dalam kerana takut.
Elf tua itu dijeling Chanyeol menayangkan wajah berpuas hati. Bukan apa, dia malas nak bertukar tempat banyak kali.
Mahu tak mahu, Chanyeol terpaksa mengalah. Dia bertembung dengan Cedric yang turut sama tertukar kereta kuda. Chanyeol mahu menukar tiket tapi daripada dia merumitkan keadaan, bagi dia follow the flow sahaja.
Sampai dikereta kudanya, Chanyeol menyerahkan tiketnya. Dia masuk ke dalam dan menghempas punggungnya dengan kuat. Elf yang menjaga tiket memarahinya kerana telah membuat kudanya sakit.
Chanyeol memandang ke hadapan. Dia menjegilkan matanya saat berpaut mata dengan Wendy.
"Engkau lagi," ujarnya. Baekhyun yang berada disebelah Wendy menggeleng kecil kerana kelakuan kurang ajar Chanyeol.
"Yeon, cubit Chanyeol," arah Baekhyun.
Taeyeon menjeling Baekhyun.
"Kau ingat aku mak kau, kau nak arah macam-macam?!" marah Taeyeon. Baekhyun terasa seolah-olah dia menjadi kecil sekarang.
Dia nak duduk disebelah Taeyeon tapi gadis itu tidak membenarkannya. Terpaksa dia duduk disebelah Wendy.
"Aku berdendam lagi dengan kau pasal kes dalam perpustakaan tu eh?" kata Chanyeol kepada Wendy, sekadar nak mencipta senario.
"Diamlah lelaki yang makan free dekat rumah orang tapi tak ucap terima kasih pun," balas Wendy.
Baekhyun yang mencuri dengar perbualan tersebut mulai menunjukkan minatnya.
"Fuyoo ada apa ni? Chanyeol makan free? Bila Chanyeol pergi rumah kau Wendy?" tanya Baekhyun, penyibuk. Padahal dia sudah tahu tentang hal itu.
Wendy tidak menjawab pertanyaan Baekhyun.
Manakala Chanyeol, dia terus menyepak kaki Baekhyun agar tidak masuk campur dalam urusannya dengan Wendy.
"Kan aku dah letak terima kasih dalam nota!"
"Yelah lepastu letak dekat mangkuk tandas! Ikhlas sangat lah kan?!" balas Wendy.
"Bersyukurlah aku ingat nak ucap terima kasih!"
"Tak ucap lagi baguslah!"
"Tadi macam beria sangat nak orang hargai!"
"Kau bagi balik segala lobster, kerang, sotong gurita dengan daging lembu yang mak aku masakkan demi kau tu!"
"Haa ambik-ambik! Uweekk uwekk!!"
Chanyeol dan Wendy mulai bergaduh. Wendy menolak wajah Chanyeol yang mendekat kearahnya kerana lelaki itu sedang berpura-pura memuntahkan semula makanan yang telah dimakannya. Chanyeol pula membalas dengan menampar tangan Wendy dan menampar mukanya.
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantasíaAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12