Part 14 : Silly

316 41 7
                                    


"Aku dengar yang kau bercuti dekat rumah girlfriend kau. Betul ke?" soal Sehun saat mereka sedang makan didewan. Kesemu ahli EXO mendongak memandang Chanyeol.

"Kenapa?" tanya Chanyeol semula.

"Tak adalah. Aku ingatkan kau dah putus dengan dia," jawabnya. Chanyeol mengerutkan dahinya.

"Kenapa aku nak putus?"

"Dude, perempuan tu annoying. Kau tak nampak macam mana dia bergedik dengan kau sebab nak buat kawan-kawan dengan perempuan lain cemburu sebab dia dapat kau?" celah Jongdae, menggulingkan bebola matanya, menyampah.

"Dia baik,"

"Ye, dengan kau je," kata Jongin pula.

"Aku dengar kau bercuti dengan Wendy jugak. Betul ke?" Soal Junmyeon. Kesemua ahli EXO memandang Chanyeol lagi.

"Khabar angin tersebar cepat, Chanyeol," kata Baekhyun sambil tersengih.

"Itu ke sebab kau tak pedulikan dia? Sebab perempuan tu?"

"Korang jangan nak bermusuh dengan Rose boleh tak? Dia tak ada kaitan dengan semua ni,"

"Oh really? Habistu kenapa kau abaikan Wendy Mas dia tegur kau? Rose ancam kau tak bagi kau dekat dengan perempuan lain?" Sehun menyoal lagi dan lagi. Akibat tak dapat menahan perasaan marah, Chanyeol bangun dan beredar. Lama-lama berada disana, boleh buatkan dia hilang timbangan.

Apa-apa pun yang rakan-rakannya cakap, dia tetap yakin yang Rose seorang perempuan baik-baik.

Ini tiada kaitannya dengan Wendy.

...

"Kau tahu? Hujung minggu ni kita akan buat lawatan dekat Beauxsbaton! Dumstrang pun akan ikut kita!" ujar Jongin, teruja.

Rakan-rakan lain mendengar dengan penuh khusyuk. Seulki pula menjelingnya. Lain macam teman lelakinya punya excited ni.

"Korang nak pergi tak? Aku tolong daftarkan nanti," soal Jongin.

"Rajin kau nak tolong? Ada apa-apa ke ni?" soal Seulki, sedikit marah. Macam dia tak tahu yang Beauxsbaton dipenuhi Veela.

Jongin menggaru belakang kepalanya lantas menggeleng.

"Takdelah," jawabnya sepatah dan laju.
Dia nampak gugup.

"Okey. Masukkan nama aku," ujar Cedric.

Jongin tersenyum gembira. Dia menghulurkan kertas dan pena khas yang dibuat daripada bulu helang untuk dibuat menulis.

Cedric terus menulis namanya disitu. Dia memandang kearah Wendy. Gadis itu turut sama mengangguk. Bersetuju untuk ke sana.

"Chanyeol! Nak ikut tak?! Bukan Bella je ada dalam ni kitorang pun ada lah!" jerit Jongin, tidak berpuas hati kerana sejak tadi Chanyeol tidak mempedulikan mereka.

Chanyeol menjelingnya, tajam.

"Chanyeol, awak nak ikut?" tanya Bella, lembut. Chanyeol menoleh kearah lain dan sekarang matanya berpaut dengan seseorang.

Lama dia berfikir, dan tidak lama selepas itu dia mengangguk.

"Okey, ikut! Letak nama aku sebelah Bella," ujar Chanyeol kepada Jongin namun matanya menunduk sekarang.

Jongin tidak menghiraukan kata-kata Chanyeol. Sebaik sahaja nama rakan-rakannya siap ditulis didalam satu kertas, dia memasukkannya ke dalam poket dan pergi ke pejabat guru, meninggalkan Seulki disana.

Wajah Seulki berubah. Bukunya dihempas kerana tidak berpuas hati. Para lelaki sudah pun berasa takut. Mereka yakin Seulki sedang dalam mood ingin meletup.

(C)The Lost Witch |Wenyeol|Where stories live. Discover now