Hogwarts dikejutkan dengan satu berita. Semalam, ada pelajar yang diserang sewaktu sedang belajar sendirian di perpustakaan. Memandangkan peperiksaan O.W.L semakin hampir, mereka dibenarkan untuk berjaga lewat malam. Sebab itu ada yang belajar sampai lewat malam.
Khabarnya, pelajar tersebut terpaksa mengambil cuti disebabkan cedera parah. Separuh darahnya disedut oleh sesuatu. Sekiranya lambat diselamatkan oleh seseorang pada malam kejadian, dia mungkin mati.
McGonagall memberikan ceramah keselamatannya hari ini. Wendy dan Cedric mendengarnya dengan khusyuk.
"Pihak Kementerian Magik meminta kita untuk lebih berjaga-jaga mulai sekarang. Lebih-lebih lagi, mangsa yang berkemungkinan besar akan diserang perlu dilindungi seketat mungkin," ujar McGonagall dan memandang kearah Bella, sekilas agar tidak ada yang perasan akan jelingannya.
Mangsa pertama adalah salah seorang anak perempuan dari kementerian magik.
Ibu bapanya merupakan ahli utama dalam penangkapan Vendigo dahulu. Bella menggenggam rantai miliknya yang diberikan oleh Chanyeol. Dia semakin takut sekarang.
Cedric membisikkan sesuatu pada Wendy.
"Okey. Hati-hati," ujar Wendy kepada Cedric.
Mereka diarahkan untuk pulang ke dorm dan duduk didalam sana sepanjang malam dan hanya keluar untuk ke kelas sahaja. Tidak dibenarkan untuk merayau-rayau selepas jam sembilan malam bersendirian tanpa pengawasan pengawas sekolah.
Keadaan menjadi semakin tegang disekolah Hogwarts.
Wendy berjalan bersama Seulki sekarang. Mereka nampaknya sudah begitu rapat.
"Kenapa pipi kau tu?" soal Wendy kepada Seulki. Nampaknya, pipi Seulki luka.
"Ni ke? Jatuh bilik air," jawab Seulki. Wendy mengangguk kecil. Kalau jatuh bilik air, kenapa tercalar dan bukannya lebam?
Hm.
"Aku lupa la dekat mana aku letak posyen tu. Agaknya dah terbuang kot." Wendy mendengar perbualan Olivia, kawan Bella.
Olivia adalah anak kepada setiausaha di Kementerian Magik. Salah satu orang penting juga.
"Serius lah? Macam mana boleh terbuang ni?" soal Bella, risau. Olivia menjongket bahu.
Bella mengeluarkan rantai lama miliknya dan menyerahkannya kepada Olivia.
"Ambil ni, nasib baik aku ada lebih." ujar Bella. Olivia mengambilnya dengan senang hati.
"Thanks! Habis, kau?"
"Tak apa. Aku ada lagi. Chanyeol yang bagi," ujar Bella.
Olivia menyenggol bahu Bella sambil membuat muka mengusik.
"Cik boyfriend bagi ye? Patutlah tak lepas pun lagi. Sweet juga Chanyeol tu. Kenapalah dia tak terima je kau jadi girlfriend dia lagi?" kata Olivia.
Bella tersenyum malu.
"Patut ke?" soalnya.
"Eh mestilah! Kau dengan dia kalau duduk sebelah-sebelah, sepadan woi! Lagipun aku tahu dia memang suka kau. Kau tak ada tandingannya," Olivia memuji-muji Bella, berlebihan.
"Nanti aku fikirkan lagi," kata Bella.
Wendy memandang lurus ke depan. Dia sakit hati lagi. Kata-kata Olivia seolah-olah sedang menyindir seseorang dan entah kenapa dia yang terasa.
Dia naik keatas tangga dengan mata berair. Sewaktu tangga mulai berubah arah, dia ternampak Chanyeol yang sedang melambai-lambai ceria kearahnya.
Wendy tak membalasnya dan terus turun ke dorm. Chanyeol mengerutkan dahinya.
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantasíaAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12