"Kesiannya kau," ujar Mr.Ethan.
Dia keluar dari tempat gelap dan terus menghampiri Wendy. Gadis itu bangun dan menjauhinya.
"Kau nak apa?" soal Wendy. Dia mengelap air matanya.
"Belum apa-apa, kau dah menangis. Agaknya kalau aku cederakan kawan kau, kau mati ke?"
Terbeliak mata Wendy mendengarnya. Dia menggeleng laju.
"Tolonglah jangan apa-apa kan diorang!" rayunya.
Wendy diangkat ke udara. Badannya dihempas ke dinding dan diikat dengan tali. Gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan.
"Kau menangis sebab perempuan tu kan? Bella?" soal Mr.Ethan. Wendy diam.
Air matanya masih tak berhenti jatuh. Mr.Ethan mengeluh.
"Aku boleh tolong kau," ujarnya.
"Aku boleh tolong bunuh perempuan tu supaya kau dapat bersama Chanyeol,"
Mata Wendy terbeliak. Dia menggeleng, tidak bersetuju.
"Jangan..Jangan buat Chanyeol sedih.."
Suaranya menjadi serak. Mr.Ethan ketawa. Gadis dihadapannya ini aneh. Dia lagi suka menderita daripada mendapatkan kebahagiaan. Yang mana mengingatkan dia kepada dirinya dulu.
"Apa kau dapat dengan menangis macam ni, Wendy?" soal Mr.Ethan.
Wendy tak menjawab. Dia tak tahu jawapannya. Mr.Ethan menurunkan Wendy.
"Jangan bazirkan masa kau untuk cinta. Banyak lagi benda yang kau boleh buat," nasihatnya.
"Kenapa kau tak serang aku?" tanya Wendy.
Mr.Ethan tersenyum sinis.
"Sebab kau mengingatkan pada diri lama aku. Si bodoh. Dan aku akan bagi kau peluang kedua untuk sedar apa yang kau buat ni tak bermakna langsung.."
Mr.Ethan menurunkan Wendy dan mengunci kaki Wendy pada tanah. Dia tak akan biarkan sesiapa mengacaunya.
"Dekat dalam sana. Ada seorang anak yang datangnya dari wanita yang aku suka. Perempuan tu yang tukar aku kepada makhluk mengerikan ni dan seksa aku. Jadi aku perlu bagi pembalasan pada dia,"
"Tapi itu bukannya salah Bella.."
"Kau masih nak membela perempuan yang rampas orang yang kau cinta? Manusia macam apa kau ni? Apa kau dapat dengan mempertahankan dia?"
Wendy diam. Ya, memang dia tak dapat apa. Kenapa dia begitu bodoh? Wendy tak boleh jawab soalan tersebut.
"Duduklah sini dulu ye. Aku nak pergi habiskan kawan-kawan kau."
"Sir jangan buat macam ni.."
"Duk diam je.."
Mr.Ethan terus masuk ke dalam dewan untuk membuat kacau. Wendy memanggil nama lelaki itu tapi mulutnya dikunci.
Tiba-tiba, sebuah letupan terjadi. Serpihan dinding terkena kepala Wendy sehingga membuatkan dia pengsan.
Wendy rebah. Sebelum dia betul-betul pengsan, dia ternampak Chanyeol yang sedang melindungi Bella seperti gadis itu adalah nyawa terakhirnya.
...
Wendy tersedar saat ada habuk-habuk dinding yang terkena pada mukanya. Dia bangun sambil memegang kepalanya yang sakit. Wendy terkejut saat melihat keadaan sekelilingnya.
Hogwarts tak nampak seperti Hogwarts sekarang. Ada ramai pelajar yang terbaring lemah setelah darah mereka disedut oleh Mr.Ethan.
Mereka bagaikan nyawa-nyawa ikan sekarang. Wendy bangun dan berjalan disekeliling mereka. Dia menyeret gaunnya yang sedikit terkoyak itu. Nampaknya, tak ada siapa yang membawa posyen pelindung bersama mereka.
Tongkat sakti yang disimpan dibawah kainnya diambil. Wendy menunduk, lemah. Ini sama seperti yang dia lihat sewaktu didalam bilik Mcgonagall. Semuanya sama seratus-peratus.
Tiba-tiba, Mr.Ethan muncul dari atas atap sekolah. Lelaki itu terjun kearahnya. Lidahnya terjulur keluar sehingga menyentuh lantai.
Mr.Ethan mengelilingi Wendy. Lelaki itu tahu hanya Wendy satu-satunya ahli sihir yang mampu melawannya. Agak seronok kalau dapat mencabar Wendy.
"Seranglah aku.. Apa lagi?" soal Mr.Ethan.
Wendy menggeleng, tak mahu. Dia perlu mengelak daripada menggunakan sihir terlarang itu. Dia perlu ubah masa depan. Dia tak akan mengalah. Tak boleh percaya dengan tilikan.
"Kenapa? Takut dengan aku?" soal Mr.Ethan lagi.
"Sir tak boleh buat macam ni. Diorang semua tak bersalah.."
"Jadi aku pun tak bersalah! Aku pun tak bersalah! Tapi kenapa perempuan tu kejam sangat?! Apa salah aku?! Salah ke aku cintakan dia sampai dia buat aku macam ni?!" marah Mr.Ethan.
Jangan terpedaya Wendy. Kata gadis itu dalam hati.
"Aku akan siat-siat anak kesayangan dia macam apa yang dia buat pada aku. Kau tak boleh halang."
Mr.Ethan menyerang Wendy dengan memanjangkan tangannya. Kuku tajamnya terkena pada bahu Wendy sehingga mencederakan dia.
Wendy mengelak dengan pantas. Dia terjatuh namun dengan pantas dia berdiri. Dia akan mengelak selagi dia boleh.
Mr.Ethan melompat kearah Wendy dan sekali lagi, Wendy mengelak.
Mr.Ethan mengeluarkan cebisan kain daripada mulutnya. Ianya sebahagian kain daripada baju Cedric. Tongkat sakti ditangan Wendy hampir terjatuh.
Tak mungkin Cedric dah kena makan.
"Kenapa? Kau dah marah sekarang?" Mr.Ethan perasan akan perubahan air muka Wendy.
Dia berjaya mempengaruhi Wendy nampaknya.
"Kau tak boleh sentuh Cedric tanpa kebenaran aku!" jerit Wendy.
Mr.Ethan ketawa.
"Tapi aku dah sentuh.." balasnya sambil mengusap perutnya.
Mata Wendy berapi. Tangannya dikepal. Rahangnya mengeras. Tak ada siapa dibenarkan untuk mencederakan sahabat baiknya selagi dia hidup.
Angin menerpa kearah Wendy sehingga mengerbangkan rambutnya. Dia kelihatan seperti pahlawan berbaju puteri sekarang.
Tongkat saktinya diangkat. Mr.Ethan bersedia menerima serangan.
Wendy terpaksa juga menggunakan sihir terlarang itu. Tak kisah lah kena masuk Azkaban pun nanti. Dia akan membalas jasa Cedric yang selama ini telah menjaganya seperti seorang abang yang baik. Senyuman Cedric terngiang-ngiang dimindanya.
"Kita kawan selamanya, Wendy."
Dan ini masa yang sesuai untuk membalasnya.
"Kau pergi mati! Avada kedavra!!!"
"WENDY JANGAN!!"
to be continued
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantasyAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12