Part 33 : Ulgo sipgi anha

333 37 28
                                    


"Wen, jadi kan harini nak berlatih?" soal Cedric.

Wendy yang sedang mencari sesuatu dibawah kerusi membalas dengan deheman sahaja. Dia langsung tidak fokus dengan kata-kata Cedric.

"Kau dengar tak ni?" soal Cedric, lagi.

"Hmm.."

Wendy membalas acuh tidak acuh sahaja. Itu membuatkan Cedric geram. Dia menarik tangan Wendy yang sedang menjulur ke bawah sofa.

"Jumpa!" jerit Wendy dengan gembiranya.

"Jumpa apa?"

"Pin rambut. Kau cakap apa tadi?"

Cedric menayangkan wajah pokernya. Betul lah Wendy tak dengar pun. Sekarang dia sibuk menilik dirinya di dalam cermin pula.

"Aku ingat nak bagitahu kau pasal apa yang aku nampak dalam cawan masa kelas menilik haritu. Kau ingat lagi tak?"

"Hmm.. Wah nampak cute tak aku?"

Wendy tersengih-sengih memandang Cedric yang sedang bercakap seorang diri seperti orang gila.

"Kau ni kenapa? Aku bercakap dengan kau tadi kan?!" bentak Cedric.

Wendy terkejut. La ye ke? Manalah dia tahu. Dia sibuk buat hal sendiri tadi.

"Hehe. Ulanglah balik?" pinta Wendy.

"Malas aku!"

"Tak nak ulang sudah. Aku keluar dulu ya? Annyeong!"

Cedric menarik pergelangan tangan Wendy. Menghalang sahabatnya pergi.

"Kau dah janji kan?"

"Sorry, Cedric. Aku nak jumpa Chanyeol ni,"

"Tapi—"

Wendy melepaskan pegangan Cedric dan terus pergi. Cedric yang berasa diduakan terus terduduk diatas sofa. Hujung bajunya diremas kasar.

Tak habis-habis Chanyeol!

Chanyeol ini! Chanyeol itu! Semua Chanyeol! Tak serik-serik betul si Wendy ni!

Lepas apa yang Chanyeol buat dekat dia, dia boleh lagi suka pada lelaki tak guna itu. Chanyeol pujuk sikit, main ayat terus dia meleleh. Cedric sakit hati.

Rahangnya mengeras. Dia membaling lampu meja yang berada disebelahnya dan terus keluar.

"PECAH LAMPU AKU! KAU NAK GANTI KE CEDRIC?!" jerit Taeyeon.

Pondok Hagrid dituju. Dia mulai berlatih sendiri dalam keadaan bengang. Habis hancur orang-orang jadian yang dibina oleh Hagrid. Hagrid yang berada didalam rumah melihat dengan ekspresi bingung. Cedric ada masalah negara ke? Period?

Selepas melepaskan geram, Cedric memijak pula kepala orang-orang jadian tersebut sehingga lenyek. Ianya diperbuat daripada labu yang belum masak lagi.

Sebelum tanah dikawasan rumahnya berlubang, Hagrid terus menghalang Cedric. Dia mengangkat Cedric yang lebih kecil daripadanya itu. Cedric meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepaslah!" marah Cedric.

Cedric melepaskan sihir tanpa sengaja dan ianya terpantul semula mengena pada mukanya. Pipi Cedric lebam.

Kepalanya dipegang oleh Hagrid dan disimbah air.

"Kau ni kenapa? Kot ye pun marah janganlah sampai merosakkan kawasan rumah aku!" ujar Hagrid pula. Cedric diam.

"Bila Wendy tak ada, menjadi-jadi ya kau? Ini hah! Ambil buku Wendy ni bagi dekat dia. Dia tertinggal haritu," arahnya dan menyerahkan buku kecil itu kepada Cedric.

(C)The Lost Witch |Wenyeol|Where stories live. Discover now