"Aku okay, Ced. Aku okay."
Ayat yang sama aku ulangi. Begitu juga dengan darah yang memancut keluar dari mulutku.
Cedric menangis. Menangis kerana aku. Pertama kali aku melihat dia sesedih ini. Aku menguntumkan senyuman paling manis yang boleh aku berikan.
Pipinya disentuh.
"Jangan senyum! Kau tengah sakit ni, Wen! Kenapa kau boleh senyum lagi!" marah Cedric.
Aku tak mampu berkata apa-apa lagi.
Pandangan mata aku terpaku pada badan Chanyeol yang sedang terbaring bertentangan denganku. Kepalanya terhantuk pada patung kuda sewaktu pertarungan tadi.
Disisinya, adalah seorang wanita yang sangat dia cintai. Lebih dari segalanya didunia ini.
Bella.
Gadis yang selama ini dia lindungi kerana sesuatu bernama cinta.
Kesakitan diperutku tidak akan sama dengan sakitnya hati ini.
Air mata aku mulai bergenang dan hampir tumpah.
Tongkat sihir aku angkat.
"Ced..Ini semua..kehidupan ni..dah tak bermakna buat aku.." luah aku.
Cedric menggeleng perlahan.
"Jangan cakap! Kau akan hidup! Jangan. Jangan nak berangan mati demi Chanyeol! Dia tak pedulikan kau pun! Disaat kau hampir mati tadi, dia sibuk dengan perempuan lain Wen! Kenapa kau macam ni?" marah Cedric.
Betul. Memang betul apa yang Cedric kata. Chanyeol tak pernah sukakan aku. Chanyeol tak pernah beri perhatian dia pada aku.
Bahkan Chanyeol tak pernah menganggap yang aku wujud.
Jadi, aku akan tunaikan permintaan dia sekarang.
Mataku tertancap pada Chanyeol sekali lagi.
"Aku tak peduli kalau aku tak boleh dapatkan kau dekat sini, Chanyeol. Seakan-akan seekor burung yang terbang bebas diangkasa, aku akan pergi. Aku minta maaf sebab aku terpaksa buat macam ni,"
Tongkat saktinya diangkat tinggi ke angkasa.
Badan Cedric melayang ke udara saat sihir dikenakan keatasnya. Wendy sengaja melakukannya untuk menjauhkan Cedric daripadanya.
Mantera kuno mulai dibaca.
"Wen! Wen jangan tinggalkan aku Wendy! Jangan baca, Wen!"
Langit mulai mendung. Kilat menyambar antara satu sama lain.
"Mulai hari ini, Shon Wendy, tidak akan pernah wujud lagi dalam ingatan setiap pelajar di Hogwarts. Ingatan Park Chanyeol mahupun sahabat baiknya sendiri, Cedric Diggory. Termasuklah guru-guru dan penghuninya. Mulai hari ini juga.."
Mata Wendy redup memandang kearah Chanyeol. Air matanya tumpah. Menyaksikan bagaimana eratnya Chanyeol memeluk Bella, si cinta hati. Esakannya hampir merosakkan manteranya sendiri.
"Selamat tinggal.."
"Avada.. Kedavra.."
To be continued
Facts : Cerita ni adalah kisah saat sebelum terjadinya 'Potter Family'.Dalam cerita ni, Kim akan jelaskan siapa Bella (gadis yang pernah direbutkan oleh ChanDric), Wendy, Chanyeol dan Cedric (+ yang lain2) dan misteri macam mana Chanyeol, Irene dan Sehun jumpa 'Seungwan'.
Macam mana Irene tercedera sampai kena extend belajar dan lain-lain.
Habistu kenapa tak pernah ada orang mention Wendy dalam Potter Family? Seungwan tu siapa? Re-incarnate Wendy ke? Tak. Jauh sekali. Jangan buat conclusion awal-awal sangat. Man robbuka. Baca dulu.
Kalau confuse, baca lah Potter Family dulu ❤
Dari satu post, jadi satu cerita. 😂Dan maaf kalau ada yang lupa siapa Bella. Dan aku pun baru perasan yang aku cuma sebut nama dia dua kali je dalam Potter Family.
Pada part 'EGO' dan 'Deja Vu'. Aku sendiri pun tak ingat sampai kena baca balik 😂 Penat sia cari
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantastikAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12