Malam ini merupakan malam untuk mengulang kaji. Wendy dan Cedric sedia menjadi guru sementara buat sahabat-sahabat mereka yang masih tidak memahami apa yang dipelajari selama ini.Wendy ralit mengajar Sehun yang nampaknya begitu rajin belajar sekarang. Ada perubahan nampaknya dalam diri Sehun.
Jongin pula masih dengan perangainya yang suka membuat Seulki kesal. Mereka bergaduh lagi nampaknya. Wendy nampak bibir Seulki yang luka. Takkan lah dia dipukul Jongin?
Tak mungkin. Jongin tak akan sesekali melukakan seorang gadis walau sebenci mana pun dia. Misteri betul.
"Seulki gaduh lagi dengan Jongin," ujar Sehun, sedar yang Wendy sedang merenung kearah Seulki dan Jongin.
"Haritu Seulki pergi jumpa girlfriend-girlfriend baru Jongin," sambungnya lagi.
"Eh? Girlfriend-girlfriend?"
Sehun mengangguk.
"Dia tengah curang pada Seulki dengan dua gadis sekaligus?" soal Wendy, terkejut. Sehun mengangguk lagi.
Wendy mengepal penumbuknya. Lelaki macam apa si Jongin ni? Baru sahaja dia ingin bangun dan meneriaki Jongin, Sehun terlebih dahulu menghalang.
"Kita putus lah!" Jerit Seulki sambil melempar bukunya kepada Jongin. Jongin tak mempedulikannya.
Dia sibuk membaca buku sehingga teriakan Seulki pun tidak dia hiraukan. Seulki mengalirkan air mata saat melihat bagaimana kelakuan Jongin sekarang.
Seisi dewan senyap. Mereka takut mendengar teriakan Seulki. Tak ada yang berani untuk bernafas pun.
"Aku menyesal.. Menyesal pernah sukakan lelaki tak ada pendirian tetap macam kau!" luah Seulki.
Dia berlari meninggalkan dewan.
Wendy merenung Seulki dan Jongin bergilir-gilir.
"Korang patut nasihatkan kawan lelaki korang yang tak guna ni. Jadi lelaki buat apa kalau tahu nak sakitkan hati perempuan je,"
Wendy menampar meja dengan kedua belah tangannya secara kasar.
Jongin mulai menoleh setelah terdengar suara Wendy tadi.
"Oh ya? Kalau macam tu, kau jelah yang jadi teman lelaki dia kalau kau nak!" balas Jongin. Wendy mendengus kasar.
Dia menutup buku dan meninggalkan dewan untuk mencari Seulki.
Wendy berpusing-pusing disekitar bahagian luar dewan dan akhirnya bertemu juga dengan gadis itu.
"Seul?" panggilnya.
Seulki menoleh dan seraya itu memeluk Wendy. Dia menangis sekuat hati sehingga boleh didengari disekitar koridor.
Wendy menepuk belakang Seulki. Cuba untuk menenangkannya.
"Dia jahat..Dia jahat dengan aku.." luah Seulki.
"Ya, Seul. Menangislah dulu. Keluarkan semua air mata tu dulu," arah Wendy.
Chanyeol memerhati dari dalam gelap. Dia terpesona melihat bagaimana Wendy melayan Seulki dengan sebaik mungkin.
Mungkin dia patut ajar Jongin supaya tak menyakiti Seulki lagi.
Dua jam berlalu. Seulki tertidur saat sedang bercerita akan kelakuan Jongin pada Wendy.
Habis air matanya dek kerana lelaki tidak berguna itu.
Jongin datang dan bercangkung dihadapan Seulki dan Wendy. Dia merenung Wendy dan menunduk seperti ingin meminta maaf.
Jongin mengangkat Seulki dan membawanya dalam bridal style.
"Aku akan bawa dia ke bilik. Terima kasih jagakan Seulki untuk aku. Erm, Wen, aku minta maaf pada kau jugak sebab berkasar tadi," ujar Jongin.
Wendy mengangguk perlahan. "Tak apa. Aku pun nak minta maaf sebab menjerit pada kau,"
Dia tak faham dengan kedua pasangan ini. Asyik bergaduh 24 jam tapi akhirnya boleh jadi secomel ini. Jongin sempat mengelus pipi Seulki untuk menghapuskan air mata gadis itu. Wendy menggeleng kecil. Macam-macam betullah.
Chanyeol datang dan duduk disebelah Wendy. Gadis itu juga sudah mengantuk setelah dua jam mendengar cerita Seulki.
Kepalanya terlentok pada bahu Chanyeol.
"Ced.. nanti kejut ya?" ujarnya. Tak sedar yang itu bukannya Cedric.
Chanyeol mengiyakan sahaja kata-kata Wendy.
Bunyi dengkuran halus kedengaran. Chanyeol tersenyum mendengarnya. Dia menoleh memandang Wendy yang tidur dengan mulut ternganga seperti bayi kecil.
Rambut Wendy yang menutupi separuh wajahnya dialihkan.
Chanyeol boleh sahaja memuji Wendy tapi dia tak mahu.
Dia membiarkan Wendy tidur dibahunya untuk selama mana yang gadis itu mahukan. Chanyeol menenyeh matanya yang terasa mengantuk juga. Perlahan-lahan, dia terlentok dan menyandar pada kepala Wendy.
...
Bella merenung rantai yang diberikan oleh Chanyeol itu. Dia pelik sebenarnya kenapa Chanyeol nak sangat dia memakainya padahal dia sudah mempunyai rantai sendiri.
Akhirnya, rantai lamanya itu digantikan dengan rantai Chanyeol.
Cantik juga bila dilihat dari dalam cermin. Setelah itu, rakan sebilik Bella terus bising kerana melihat rantai baharu tersebut. Kecoh satu dorm perempuan dek kerana pemberian Chanyeol itu. Bella tersenyum pendek.
Manakala Chanyeol dan Wendy, keduanya masih belum pulang ke dorm masing-masing.
Keduanya sedang diperhatikan oleh seseorang dan menunggu masa sahaja untuk menyerang.
Cedric memerhati Mr.Ethan yang berada berhadapan dengannya. Kehadirannya masih tidak dikesan oleh lelaki itu. Dia perlu menjaga Wendy dengan lebih ketat nanti.
Dia yakin, guru lelaki tersebut adalah makhluk yang ditakutkan sekarang.
Didalam dewan pula, Sehun merenung pintu dewan sambil menekan bulu pelepah sehingga habis kotor bukunya. Dia menantikan kedatangan Wendy setelah gadis itu pergi untuk mendapatkan Seulki. Jongin sudah pun memaklumkan bahawa dia akan membawa Seulki ke bilik gadis itu.
Sehun mengeluh perlahan. Chanyeol turut sama keluar dari dewan tadi. Jadi, Wendy bersama Chanyeol ke sekarang ni?
Memang dia sentiasa bernasib buruk ke dalam bercinta?
"Eh bro. Ni hadiah dari Lisa eh?" soal Jongdae sambil menunjuk kearah bracelet ditangan kirinya. Sehun menunduk memandang tangannya. Terus bracelet itu dibuang dan disimpan didalam poket.
"Kau gaduh lagi dengan dia kan? Honestly, I don't even know what was your reason to date her if you don't love her. Frickin' waste your time. Girly were indeed obsessed with you,"
"Shut up, Kim Jongdae."
to be continued
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantasyAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12