"Baiklah, harini kita akan buat posyen baru. Posyen Polyjuice. Siapa nak bagitahu apa fungsinya dalam kiraan tiga dua satu,""Untuk merubah diri?" jawab Wendy dalam sekelip mata sebaik sahaja Profesor Snivellus masuk ke dalam kelas.
Disaat pelajar lain kalut membuka buku, dia sendiri sudah pun bersedia dengan pengetahuan didalam mindanya. Profesor Snivellus merenung Wendy sejenak dan menepuk kepala gadis itu.
"Good," katanya dan meneruskan langkahnya ke hadapan. Wendy tersenyum sinis. Profesor Snivellus tak beri point kepada rumah Hufflepuff seperti biasa lagi. Hm. Diskriminasi terhadap rumahnya.
Saat itu, Chanyeol datang duduk disebelahnya kerana terlewat. Wendy terkejut namun cuba untuk mengawal dirinya. Dia masih belum selesai merungut dengan Profesor Snivellus.
"Bagus Miss Granger-Shon," sambung Profesor Snivellus seolah-olah menyindir Wendy. Senyuman gadis itu hilang. Dia kembali menunduk.
"Dan kamu Park Chanyeol!"
tuk!
Kayu nipis dibaling ke kepala lelaki itu.
"Lewat sekali lagi, masuk kelas tahanan," ujar Profesor Snivellus. Chanyeol menunjukkan isyarat meminta maaf. Dan sekali lagi, tiada markah ditolak dari rumah Slytherin. Hm.
Kelas diteruskan dengan bebelan Snivellus lagi tentang perkara yang akan dia ajari hari ini. Dia juga menunjukkan cara-cara untuk membuat posyen tersebut.
Chanyeol menoleh ke gadis disebelahnya. Kenapa dia tak pernah nampak sebelum ni ya? Siku Wendy disentuh dengan sikunya. Wendy menoleh.
"Kau siapa?" bisik Chanyeol.
Kening Wendy hampir bertaut. Dahinya berkerut.
"Ha? Siapa apa?"
"Nama kau siapa? Aku tak pernah nampak kau sebelum ni?" soal Chanyeol semula.
Wendy terdiam. Tak pernah nampak dia? Bukan selama ini mereka sekelas ke? Atau selama ini dia halimunan dan tak ada siapa pun perasan?
Hati Wendy sedikit tergores. Rasa seperti ada sesuatu yang mengikisnya dengan pisau dan batu-batuan tajam. Kalaulah dia ada wajah Bella, mesti lain jalan ceritanya.
"Woi? Mengelamun pulak. Jawablah!" arah Chanyeol.
"Wendy. Shon Wendy," jawabnya dingin.
Chanyeol mengangguk perlahan.
"Budak baru eh? Muka kau ni macam nerda yang selalu kena buli dulu lah. Aku tak pernah tahu pun bila kau masuk—"
"Aku dah ada dekat sini sejak tahun pertama lagi," bidas Wendy dan mengalihkan pandangannya kearah Profesor Snivellus semula.
Chanyeol tersentak. Dia nampak riak wajah Wendy berubah. Dia ada salah cakap ke?
Maaflah kalau ada. Manalah dia perasan. Dia bukannya Harry Potter si mata empat.
"Sorry. Aku—"
"Mr. Park kalau rasa nak berbual, sila keluar dari kelas saya sekarang!" marah Profesor Snivellus.
Chanyeol menunduk kerana malu dimarahi oleh gurunya itu. Pelajar-pelajar lain mentertawakan dia. Chanyeol terpandang Bella yang sedang ketawa kearahnya.
Cantik. Dia tak sedar pula Bella ini cantik selama ini.
Disisi lain, Cedric memerhati semuanya. Dia memberikan perhatiannya pada Wendy yang nampak tidak selesa itu. Menyesal dia tidak duduk disebelah rakan baiknya itu.
YOU ARE READING
(C)The Lost Witch |Wenyeol|
FantasyAhli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12