4

941 68 0
                                    

[LUTH POV]

kita adalah masa
yang tepat
di waktu yang salah...

•••

Sumpah pertanyaan Rania tempoh hari masih lagi membelenggu minda aku. Tak akan lah dia tanya sebab dia sukakan aku? Tapi aku kenal Rania. Dia tidak akan tanya kalau tidak ada sebab.

Ah. Mungkin dia hanya mahu tahu. Tidak semestinya dia betul - betul jatuh cinta pada aku, kan? Aduh, si Rania ni selalu buat aku tak bernafas. Dia buat aku sakit kepala memikirkan soalan dia sendiri.

Dan aku...

Mengharapkan dia tidak mencintai aku. Sebab seorang Luth Zariel terlalu jahat untuk dia. Aku tak nak dia tersakiti sebab diri aku. Aku bukan lelaki yang baik, malah aku lelaki yang terlalu jahat.

Aku tak nak perempuan senaif Rania sakit kerana mengenal erti cinta. Dari kecil aku mengenali dia, sehabis baik aku cuba untuk melindungi seorang Rania. Baik hatinya ataupun jasadnya, aku akan berdiri teguh dan menghalang setiap serangan untuknya.

Jadi...

Mengenali erti cinta itu bakal menyakitkan sekeping hati miliknya yang aku lindungi saban hari. Wajahku diraup kasar. Kenapa, Luth Zariel? Kenapa aku nak sangat lindungi gadis naif itu. Dia bukan sesiapa di dalam hidup aku.

Rania.

Toktok.

Ketukan di pintu bilik menghentikan aku dari lamunanku. Gambar - gambar Rania dan aku yang berselerak di atas katil aku biarkan. Dengan malasnya, langkah kaki aku diatur ke arah pintu itu.

"Luth."

Aku memandangnya tajam. Dan kalaulah pandangan tajam ini mampu membunuhnya, aku bakal jadi seorang manusia yang tersangatlah bangga. "Maybe you're forget that I'm Tengku Luth Zariel, dear maid. Don't ever call me Luth. Never."

Matanya membundar memandangku. Banyak kali. Banyak kali mata itu cuba memberitahu aku yang dia tidak bersalah. Tapi aku yakin, dia dalang di atas kematian insan yang paling aku cintai.

Mama.

"Papa nak jumpa kamu."

"Where?"

"Dekat pejabat dia." Balasnya, perlahan.

Tanpa ucapan terima kasih, aku terus merempuh bahunya dan berjalan laju ke arah satu bilik. Bilik yang menjadi saksi, betapa kosongnya seorang Luth Zariel kerana kasih sayang yang diluang bersama bilik itu.

Pintu bilik itu aku tolak kasar dan mata aku terus bertembung dengan sepasang mata dinginnya. Bila dia bakal memandang aku dengan penuh kasih sayang?

Tidak akan.

"Nak apa?" Mata yang sama warnanya dengan aku itu aku renung tajam.

Tengku Alex nemandangku tajam. Tengku Alex Zackry. Lelaki yang membunuh perasaanku dengan kekejamannya. Aku hanyalah anak di atas kertas. Namun, bukan di realiti dunia yang menyakitkan ini.

Aku hanya seorang Luth Zariel yang dilahirkan untuk mewarisi syarikat dan empayar yang dibangunkannya. Tengku Alex berkahwin dengan ibu aku kerana terpaksa. Dia mahukan anak, bukannya cinta.

Disebabkan ibu aku memang naif, maka dia dengan mudahnya menyakiti ibu aku. Berkali - kali aku lihat mama disakiti di depan mataku. Namun apa yang aku harus lakukan? Apa.

Dan dia juga lelaki yang sama.

Membunuh mama aku hanya kerana mama mempertahankan aku dari nerakanya. Mama mempertahankan aku untuk masuk ke dalam bidang yang aku minati dan dia...

Heartless ✔️Where stories live. Discover now