•
•[LUTH POV]
Kepala aku kusut. Naik serabut apabila panggilan aku tidak dijawabnya. Selama ini punyalah senang nak angkat panggilan. Apa kena dengan minah tu?
Masalahnya bukan baru sehari, malah sudah hampir seminggu Rania tidak mengangkat panggilan aku. Rambutku disebak ke belakang. Dahiku dipicit picit. Minah itu tidak akan tiba tiba sahaja berkelakuan begini. Mesti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Aku merengus kasar.
Sedaya boleh cuba buat tidak endah, namun entah mengapa aku tidak mampu hidup dalam soalan begini. Sehari aku tidak mendengar suara itu, seakan maut bakal menjemput aku.
Tshirt hitam aku dikemaskan sebelum tubuhku disarung dengan jaket jeans. Telefon di atas meja aku capai. Laju langkah aku keluar dari bilik.
"Luth, where are you going?" Soal seorang wanita tua yang sangat aku kenali itu. Dia mendongak memandang wajahku.
Aku mencebik. "None of your bussiness." Balasku kasar. Terasa sempit dada aku apabila melihat wajahnya. Seakan dia benar - benar jahat di mata aku.
Dia menundukkan wajahnya. "Nanti mama nak bagitahu papa apa?"
"Siapa mama aku, bodoh?! Mak aku dah mati!" Jerkahku sebelum kaki aku diayun laju meninggalkan rumah yang tersergam indah bak istana ini. Indah di luaran. Siapa tahu yang manusia di dalamnya penuh dengan kelambu hitam?
Aku memilih untuk naik kereta memandangkan cuaca sangat panas hari ini. Laju keretaku meluncur di tengah jalan raya. Ada rasa kurang senang di hatiku. Seakan sesuatu bakal terjadi. Ah... bodoh je perasaan tu.
Tepat lima belas minit sepuluh saat, kereta mewahku terparkir di depan rumah kayu yang kian buruk binaannya. Berbeza dengan binaan rumah aku yang gah bersinar di celahan bandar.
"Assalamualaikum!" Laungku kuat.
"Eh. Luth?" Kak Alia, kakak Rania menegurku mesra. Dia berlari anak mendapatkan aku. "Cari Rania ya?" Soalnya seakan tahu tujuanku datang ke sini.
Aku masih tidak dapat menyorokkan wajah hairanku apabila melihat rumah yang dulunya kosong kini penuh dengan beberapa peralatan dan objek yang aku rasa aku tahu untuk apa.
"Pergi lah bilik dia. Tapi Nia tu demam tau." Pesannya sebelum hilang ke dapur.
Pelik sebab dia benarkan aku masuk ke dalam bilik adik dia? Ya aku mengaku yang aku tidak pentingkan batasan. Yang penting aku tahu, aku tiada niat aneh sedikit pun terhadap manusia naif bernama Rania.
Sedikit sebanyak, hatiku khuatir apabila dikhabarkan Rania demam. Selama ini aku ada dan jagakan. Ini kenapa dia langsung tidak beritahu aku? Kan aku yang jagakan dia.
Pintu biliknya aku tolak perlahan. Mataku memandang simpati tubuh yang menggigil di dalam selimut nipis yang sudah kelihatan lusuh itu. Laju aku mendapatkan Rania.
Dahinya aku rasa dengan belakang telapak tangan. Panas. Selimut yang membaluti tubuhnya aku selak ke bawah. Mahu keluarkan haba panasnya.
"Aduh, Rania. Panas sangat demam kau ni." Keluhku resah.
Perasaan takutku tidak dapat disorokkan lagi. Aku takut kalau insan yang sentiasa menemani aku ini akan meninggalkan aku.
"Nia..."
Seruku risau melihat tubuhnya yang menggeletar hebat. Boleh dikatakan ini pertama kali aku melihatnya demam begini.
Rania membuka perlahan matanya. Dia tersenyum nipis. "Ke...napa awak datang?"
"Bodohlah perempuan ni!"
Dia senyum lagi seperti biasa. Dia langsung tidak pernah ambil kira jika aku memakinya sekalipun. Namun tangannya cuba untuk menggapai tanganku.
Laju aku menggenggam erat tangannya. Wajah pucat lesi itu aku tatap lama. "Kita pergi klinik eh?"
"Tak payahlah, Luth. Saya nak berdikari. Saya tak nak susahkan sesiapa... termasuk awak." balasnya tersekat sekat.
Aku merengus kasar. "Kau mengarut apa ni, perempuan?! Kan aku dah cakap yang aku akan ada selalunya dengan kau? Bodoh ke apa kau ni?!" Marahku. Berang dengan Rania yang seringkali merasakan dia perlu berdikari sendiri. Sedangkan aku tidak pernah ambil kisah kalau dia mahu bergantung sepenuhnya pada aku.
"Luth..."
Aku memandangnya.
"Bagi saya mati je lah..."
Bodoh. Baru demam panas dah ada hati nak tinggalkan aku selama - lamanya. "Nia.."
"Lu.."
"Nia!"
Aku jadi kaget apabila matanya tertutup rapat. Lemah tidak berdaya. Laju tanganku mencempung tubuhnya. Kak Alia di ruang tamu memandangku hairan.
"Kenapa dengan Nia?"
"Luth bawa dia pergi hospital. Akak jangan risau." ujarku. Benar, aku yakin aku boleh jagakan dia. Satu satunya orang luar yang berjaya rapat denganku. Manusia naif yang aku jadikan sebagai tempat menumpang kasih dan perhatian.
Dia sahabat aku.
•
•
"Saya okaay..."
Laju tanganku menampar dahinya. Sudah terbaring lesu di atas katil hospital, dia masih bertegas mahu bekerja sebelum menunggu keputusan universiti?
Aku membetulkan dudukku di sisi katilnya. Wajah mendung itu aku pandang lama. "Kau tak payah risau pasal kos belajar kau. Aku boleh tanggung." Cadangku serius.
Sejujurnya, sejak dari sekolah rendah lagi keluarga aku menyara yuran sekolah Rania. Bukan papa yang baik hati, tapi aku memang bertekad mahu papa menyaranya. Kalau tidak, aku lebih rela tidak belajar dari melihat dia kesusahan untuk ke sekolah.
"Tak boleh ke awak biarkan saya sendiri? Sampai bila saya kena bergantung pada orang? Nanti pun saya kena berdikari sendiri. Awak... janganlah manjakan saya sangat." Ujarnya sayu.
Mata bundarnya memandangku penuh harapan agar aku memberikannya ruang untuk berdikari. Tapi, hakikatnya aku tahu yang seorang Rania yang naif tidak akan tahu bagaimana untuk berdikari tanpa aku di sisi.
"Tak boleh."
"Tapi kenapa?"
Aku tersenyum nipis. Wajah kecewanya aku pandang. "Sebab aku yakin yang aku tak akan tinggalkan kau."
Dan kalau pun masa akan membuatkan aku tinggalkan dia, aku tetap akan memastikan dia dijaga seperti mana aku menjaganya saat ini.
Rania tersenyum nipis. "Tapi kakak akan tinggalkan saya, kan?"
Kelu lidahku untuk menjawab. Bukan aku tidak tahu, Rania membesar dengan kasih sayang dan perhatian dari Kak Alia. Jadi, Kak Alia mungkin beribu kali lebih penting padanya kalau nak dibandingkan dengan aku yang hanya berkawan dengannya.
Wajahnya tertunduk sesal. Matanya sudah berkaca. "Mula mula ibu. Lepastu ayah. Sekarang kakak. Nanti awak, kan?" Soalnya.
Pantas kepalaku menggeleng. "Jangan merapu boleh tak?" Tegurku tegas. Selimutnya aku tarik sehingga menutup dadanya. "Get well soon."
Lalu aku mencapai telefonku di sisi katil hospitalnya dan berpaling ke belakang. Terdetik rasa kasihan mengingatkan Rania seorang diri di dalam wad ini. Tapi, kalau aku bagi dia masuk wad kelas biasa nanti menyusahkan aku pula. Lagipun bukannya pakai duit aku nak bayar bil hospital dia. Duit papa juga.
Biarlah dia selesa. Paling utama, aku juga boleh melawat tanpa sekatan. Baru nak tekan punat lif, Kak Alia keluar daripada lif dengan wajah kerisauan. Dia memandangku.
"Wad Nia mana?" Soalnya tergesa - gesa.
"Belok kiri je. Bilik first sekali." Jawabku dan Kak Alia tanpa kata terus berlari anak mencari bilik yang aku maksudkan tadi.
Tanpa ku sedari, bibirku mengukir senyuman nipis. Gembira. Budak naif itu tidak keseorangan.
•
•
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...