mungkin kau
bukanlah jodohku
atau bahkan
bukan takdirku
•
•
R A N I A C H E M P A K A
•
•Langkah kaki aku terhenti di depan pagar istana. Pagar ini tertutup rapat dan dikawal oleh tiga orang pengawal di dalamnya. Aku mendekati pagar. "Boleh saya masuk?"
"Who are you?" Amboi garangnya tanya.
Aku mengukir senyuman nipis. "Saya Puteri Chempaka."
Ketiga - tiga pengawal itu terdiam. Mereka seakan memikirkan sesuatu sebelum salah seorang dari mereka beredar menjawab panggilan.
Tangan aku menepuk perlahan peha Rizqi. Matahari sudahlah terik, dari Airport ke istana, aku hanya berjalan kaki sahaja. Kasihan anak mama, mesti panas kan?
Pengawal yang menjawab panggilan tadi kembali datang mendekat. "Maharani Narani said she is her daughter." Mata pengawal itu jatuh pada aku sebelum dia menunduk hormat. "Princess, please wait for a car."
Aku hanya mengangguk setuju. Jauh juga istana dari pagar ni. Mana mungkin aku kena jalan kaki ke sana pula. Tidak lama, hampir lima minit menunggu, sebuah kereta sampai. Mereka menjemput aku duduk di tempat duduk belakang.
Sampai sahaja di depan istana, pengawal istana membukakan pintu kereta untuk aku. Lalu aku dibawa oleh dayang di depan pintu untuk ke bilik aku. Katanya, Maharani Narani ada hal untuk diuruskan.
Sampai di bilik yang disediakan untuk aku, mereka hanya menghantar di depan itu. Aku melangkah masuk bersama Rizqi. Biliknya penuh dengan perabot mewah berkonsepkan Emas dan Klasik. Seriau juga sebab ada beberapa hiasan kaca di dalam bilik ini.
Aku meletakkan Rizqi di atas katil bersaiz King itu. Tepuk sikit pehanya, dah lena balik. Senang nak jaga Rizqi ni, tak pernah menyusahkan aku.
Niat di hati nak membersihkan diri, namun aku sendiri tidak tahu selok belok bilik ini. Jadi, ada baiknya aku tunggu kedatangan bonda sahaja. Tidak manis kalau bonda masuk semasa aku sedang mandi. Aku tersenyum melihat Rizqi yang tidur dengan lena itu.
Rizqi, mama tidak akan bencikan Rizqi sebab Rizqi tidak sempurna. Tapi, mama juga tidak akan buang cinta mama kepada papa Rizqi seperti mana dia buang mama dari hidupnya.
Air mata yang mengalir di pipi aku seka dengan belakang tapak tangan. Suatu hari nanti, Rizqi. Dia pasti datang untuk menjemput kita semula. Tidak kiralah bila sekalipun.
Aku akan tetap tunggu.
"Chempaka."
Seorang wanita dengan baju kurung cotton masuk ke dalam bilik aku dengan senyuman manisnya. Dia terus menutup rapat pintu bilik. "Anak bonda."
Entah mengapa, air mata aku jatuh lagi. Aku terus berlari mendapatkan ibu kandung aku. Tubuhnya aku peluk erat. Bonda... aku perlukan kekuatannya.
Bonda mengusap lembut pipiku. Bibirnya mengukir senyuman manis buat aku. "Chempaka pasti letih, bukan? Silakan berehat, kita bertemu malam ini sahaja."
"Jangan." Aku menahan bahunya dari meninggalkan aku. Air mata aku makin deras mengalir aku biarkan. Esakan aku makin menggila dan bonda terus menarik aku rapat.
"Bonda ada, Chempaka. Bonda di sini." Bisiknya di telinga aku.
Aku melepaskan pelukannya dan mengukir senyuman buat insan yang telah melahirkan aku ini. "Boleh Chempaka duduk di sini buat sementara waktu?"
Bonda mengerutkan dahinya. "Pasti boleh, puteriku. Istana ini untukmu juga. Bonda gembira kamu datang bersama putera kecil." mata bonda jatuh pada Rizqi yang sedang tidur di atas katil.
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...