mama she said to me
don't play with
jealousy
••
R A N I A C H E M P A K A
••
Bibirku diketap menahan rasa yang membelenggu jiwa. Kertas di tangan aku remukkan sebelum dicampak ke lantai. Lalu aku bangun ke meja solek. Laci ditarik dan pemetik api dicapai. Kertas tadi aku ambil dan langkah diatur ke tingkap. Pemetik api dihala pada kertas itu. Bila api sudah terkena kertas, cepat tangan aku melepaskan kertas itu.
Padan muka.
Nafas aku ditarik menenangkan diri. Berani dia hantar surat ini pada aku. Selepas setahun dia gantung aku tidak bertali, akhirnya dia berhajat nak melepaskan aku?
Aku tidak akan biarkan Luth lepaskan aku! Itu janji aku!
Langkah kaki menghampiri Rizqi di atas katil lalu dahinya aku kucup penuh kasih. Keluhan berat aku lepaskan. "Papa tak boleh lepaskan mama, Rizqi. Mama janji, nanti Rizqi jumpa papa ya?"
Bagasi di dalam almari berkonsepkan emas itu aku capai. Tangan aku menyelongkar almari baju. Aku hanya ambil beberapa helai tudung dan baju kurung lalu dimasukkan di dalam almari tanpa berlipat.
Sempat aku menukar pakaian kepada pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat sebelum menarik bagasi itu keluar dari bilik.
"Jagakan Rizqi. Saya ada hal penting nak diuruskan." Kata aku pada dayang yang berjaga di depan pintu.
Tanpa membangkang, dayang itu terus berlalu masuk ke dalam bilik aku. Aku terus ke pintu istana. Mujurlah tak terserempak dengan bonda, kalau tak mampus tak tahu nak bagi alasan apa. Mesti dia ingat aku buat istana dia macam hotel. Bila nak datang, datang. Bila nak keluar menonong je.
Ah, lantak ah. Peduli apa aku.
"Where are you going, Puteri Chempaka?" Seorang pengawal yang berjaga di depan pintu istana menyoalku hairan. Matanya memandang bagasi di tangan aku.
Aku tersenyum sinis. "Bawa saya ke airport."
Patuh dengan arahan puteri, dia terus mencapai bagasi aku dan dibawa masuk ke dalam salah sebuah kereta. Lalu aku terus masuk ke dalam kereta itu.
Rizqi, mama pergi sekejap sahaja. Bila semuanya sudah pulih, mama akan ambil Rizqi semula.
Bonda, Chempaka memang gila kerana masih mengharapkan cintanya. Tapi apakan daya bonda. Cinta itu yang Chempaka mahukan dari dulu lagi.
Sampai di airport, aku terus ke pelepasan antarabangsa. Aku dah minta pembantu peribadi bonda untuk uruskan pelepasan aku ke Malaysia, termasuklah sediakan kapal terbang peribadi untuk aku.
•
•
Aku turun dari kereta dengan bagasi. Kesemua pengawal yang berjaga di hadapan pintu itu terkejut melihat kehadiran aku. Salah seorangnya, Farid.
Dia berjalan mendekati aku, "Kenapa datang tak bagitahu? Boleh saya jemput Puteri di airport." Masih jugak nak berputeri dengan aku. Rasa nak bernanah telinga aku dengar gelaran tu tahu tak.
"Tak akan nak balik rumah sendiri pun kena inform?" Kening aku diangkat memandangnya.
Farid hanya tergelak kecil dengan jawapan aku. Bagasi di tangan aku beralih tangan. Pagar dibuka dan kami melangkah masuk.
Saat pintu pagar dibuka, yang paling menarik perhatian aku adalah kereta bewarna pink dekat garaj. Sejak bila pulak Luth beli kereta pink ni. Dapat anak kurang upaya terus nak jadi pondan ke apa?
YOU ARE READING
Heartless ✔️
عاطفيةmempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...