biarkan saja hatiku bicara
ku masih sayang padamu.[LUTH POV]
••••••
Mata aku jatuh pada muka yang elok landing pada fail kerja aku. Pipi kanan dia penyek sedikit apabila bertemu dengan permukaan fail yang keras. Mulut dia siap ternganga lagi. Tanpa sedar kaki aku melangkah mendekatinya.
Rambut yang menutup wajah putih kemerahan itu aku kuak ke belakang telinganya. Badan aku ditundukkan agar aku dapat meneliti wajah ini dengan sempurna. Aku memang Luth Zariel yang jahat, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tapi aku tidak pernah sekalipun terfikir untuk menyakiti dia. Apatah lagi menganiaya gadis ini macam apa yang kau cuba fikir.
Hujung jari aku bermain di pucuk hidungnya. Cantik. Dia tidak perlukan alatan solek untuk menyerlahkan kecantikan wajahnya. Sememangnya wajah dia ikut ibu dan ayah dia. Tidak hairanlah dia cantik, perempuan siam memang ramai yang cantik - cantik.
"Kau bomohkan aku ke?"
Sakti.
Hujung jari aku naik mengusap kelopak mata yang tertutup rapat itu. Mata dia tidak unik dan cantik seperti mata aku, tapi kenapa? Kenapa mata itu seperti sakti yang bermain dengan kalbu aku. Sakti yang tidak henti memukau aku.
Bibir aku mengukir senyuman lalu dilabuhkan pada dahinya perlahan - lahan. "Perasaan apa yang ada dalam hati aku ni, Rania? Apa kau buat pada aku sampai aku rasa tak boleh hidup tanpa kau. Apa?"
KnockKnock.
Tubuh aku kembali menegak. Sempat aku usha wajah naif itu. Masih lena dibuai mimpinya. Selamat tidur, budak.
"Masuk!"
"Hello dear cousin!"
Alah dia ini ke. Menyesal aku bagi dia masuk. Dasar anak Tengku Fazli. Selalu kacau ketenteraman hidup aku. Fattah senyum melebar. Dia mendekati aku yang masih lagi berdiri di tepi meja Rania.
"Kau makin handsome lah Luth!" Pujinya sambil menepuk bahu aku. Tengku Fattah bin Tengku Fazli, sepupu aku belah mama. Ayah dia abang mama aku. Kami tidak rapat mana sampai berkongsi cerita tapi aku dan dia boleh kata ngam lah. Yalah, dengan siapa lagi kami boleh berkawan selain ahli keluarga sendiri?
Aku tergelak kecil dengan telatahnya. Fattah ni nampak je matang tapi perangai kalah Rania.
"Kau ni aku ingat balik dari Australia perangai makin matang. Last sekali...""Lu... th."
Kata kata aku terhenti. Mata aku dan Fattah jatuh pada Rania yang mengerdipkan matanya. Tangan kanan dia menggosok matanya. Bangun bangun sebut nama aku apahal.
Tanpa menghiraukan Fattah, aku menghampiri Rania. Kepalanya aku usap lembut. "Rania, pergi sambung tidur dalam bilik."
Rania mengerutkan dahinya. Langsung dia tidak tanya tentang keberadaan Fattah. Mengantuk sangat minah ni. "Bilik mana?" Soalnya dengan muka blur.
"Bilik sebelah tandas tu." Jari aku menuding ke arah pintu di sebelah tandas. Bilik itu sebenarnya bilik rehat aku. Kalau penat ke ataupun banyak kerja, tak perlulah aku balik rumah. Sebab pejabat sudah macam rumah aku.
Dengan mamainya dia bangun dan terus ke bilik itu. Bibir aku tersenyum melihat Rania. Baru buat kerja beberapa hari, dah penat. Apalah budak ni.
"Ehem. Tu bukan kawan kau ke? Apa tah nama dia... Ra? Rania eh? Ke Tania?" Soal Fattah macam orang bodoh. Kami satu sekolah, jadi tidak hairanlah kalau Fattah kenal Rania. Cuma mungkin dia nyanyuk, ingatan pun tak berapa betul.
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...