that's us
in the frame
keep smiling•
•R A N I A C H E M P A K A
•
•Hujung baju aku genggam erat. Aku memandang Doktor bernama Kasih yang memandang aku dengan pandangan simpati itu. Tolonglah. Tolong. Jangan katakan sesuatu yang meragut kebahagiaan aku.
Tuhan.
Doktor Kasih mengukir senyuman nipis. "I tak tahu nak cakap macam mana, Rania." Suaranya mula kedengaran setelah hampir lima minit dia mendiamkan diri di hadapan aku. Doktor berwajah kacukan cina itu memandang aku lama sebelum dia menghembuskan nafasnya perlahan.
"You isteri Tengku Luth, lelaki yang berpengaruh and..."
Aku memandangnya tajam. "Tak boleh ke awak terus bagitahu saya?" Keras suara aku memotong percakapannya. Aku sudah terlalu takut untuk mendengar berita itu.
Doktor Kasih hanya tersenyum nipis. Dia menyandar tenang. "Hasil check up tadi, kami dapat mengenal pasti yang..." matanya memandang aku seakan cuba menyalurkan kekuatan. "kami tak nampak kaki bayi Puan."
Pang!
Terasa tamparan pada aku. Aku menarik nafas sedalamnya sambil memejamkan mata. "Jadi..." Tak mungkin mimpi aku betul. Tidak mungkin.
"Kami tak boleh terus kata ya, Puan Rania. Mungkin kedudukan bayi, tapi dah dua kali check up. Sebelah kaki bayi tak kelihatan." Doktor itu menyambung lagi.
Aku meraup wajah kasar. Apa aku nak kata pada Luth kalau anak ini betul - betul cacat? Apa aku nak jawab? Macam mana kalau dia terus tak mahu terima anak ini.
"You boleh teruskan berdoa, Puan Rania. Mungkin kedudukan bayi yang buatkan kami tak nampak."
Kepala aku mengangguk lemah sebelum mengangkat wajah memandangnya. "Thanks." Aku terus bangun dengan lemahnya. Rasa terbeban dengan hasil pemeriksaan tadi.
Bayi di dalam kandungan aku sudah hampir sembilan bulan. Aku hanya perlu tunggu masa untuk bersalin. Pintu bilik aku buka perlahan dan mata aku menangkap seorang lelaki yang sedang duduk santai menunggu aku.
Dia tersenyum manis pada aku. "Dah tahu jantina?"
Okay, tenang je Rania. Kata - kata Doktor tu tidak semestinya betul. Mungkin anak aku memang tak nak tunjuk kaki dia lagi sebelah. Hmm, relevan juga alasan tu.
Bibir aku mengukir senyuman manis cuba menutup kegusaran hati. Aku tak mahu Luth tahu apa - apa. "Belum, kan awak kata nak surprise?" Balas aku.
Luth tersengih lalu mengangguk laju. "Haah, aku lupa. Excited sangat tadi." Tangannya naik merangkul pinggang aku selamba. Pandangan pesakit dan staf klinik dia buat tidak peduli. "Doktor kata apa tadi?"
"Anak kita sihat." Bohongku dengan senyuman gembira yang dipalsukan.
Makin melebar senyuman dia jadinya. Bibir Luth mengucup lembut dahi aku. "Thank you sanggup mengandungkan anak aku."
Aku hanya tersenyum nipis lalu meleraikan pelukannya. Tangannya aku tarik keluar dari klinik.
"Kau okay tak ni?"
Kening aku diangkat memandangnya dengan riak wajah yang acah- keliru. Pertama kali, aku mahu sembunyikan sesuatu dari dia. Dan sesuatu itu adalah keadaan anaknya sendiri. "Saya okay je. Kenapa?" Soalku.
Luth tersenyum segaris. "Nothing, you look sad."
Sangat sedih.
Aku cuba mengukir senyuman selebar mungkin dan tangan aku memeluk lengannya. "Saya... tak sabar nak lahirkan anak ni."
Luth tersenyum manis lalu tangannya jatuh pada kandungan aku. "Aku pun tak sabar."
•
•walau kita berbeza
tak serupa pendapat•
•Peluh di dahi aku seka dengan belakang tapak tangan. Baru nak menanam sikit dah berpeluh. Aku teruskan menanam benih ke dalam tanah. Yeay, nanti naiklah pokok bunga mawar aku!
Dahi aku sedikit berkerut apabila pinggang terasa mencucuk - cucuk. Mungkin kerana lama terbongkok tadi. Terus kaki aku melangkah ke rumah. Pengawal upahan Luth hanya melemparkan senyuman pada aku.
Kaki aku terus menjejak ke dalam rumah. Dari depan pintu aku sudah nampak Luth sedang menonton televisyen. "Awwaaaak."
"Apa dia?" Luth menyoal malas. Dia mengangkat wajah memandang aku.
Aku tersengih lalu menapak ke arahnya. Pinggang yang terasa semakin sengal dan mencucuk aku pegang. "Sakit pingganglah. Tolong urut boleh?" Soalku meminta belas kasihan.
Luth apa lagi. Terus tepuk dahi mendengar permintaan aku. Dia mencebik. "Ada nampak muka aku macam tukang urut ke?" Perlinya sinis, namun tangannya tetap juga menarik aku agar duduk di sebelahnya. Badan aku dipusing membelakanginya.
"Luth."
"Apa lagi?"
Haram betul. Jawab elok sikit tak boleh ke.
Aku mencebik dan merungut di dalam hati. Tangan Luth yang mengurut belakang badan sedikit pun tidak menghilangkan sengal yang ada. "Sakit sangatlah..."
"Rania." Panggil Luth dengan nada yang keras. Tangannya berhenti mengurut aku. Dia terus memusingkan badan aku menghadapnya. "Air apa yang menitik dari luar tu?"
Dan mata aku terus jatuh pada lantai. Benar apa yang Luth katakan, ada beberapa titik air jernih jatuh seperti dari aku. Aku terus menunduk memandang kain yang aku pakai.
Shit. Damn. Bongoklah!
"L-luth." Tangan aku menggapai Luth. "Ni macam... dari saya."
Luth tersentak. Dia memandang aku bingung sebelum dia mengerus kasar. "Kau tak rasa sakit apa - apa ke?"
Aku menggeleng laju. "Sakit pinggang je adalah."
"Tu air ketumban lah Rania!!!!" Jeritan Luth menghentikan nafas aku. Air ketumban tu yang... macam dalam drama masa nak bersalin itu kan.
Luth apa lagi. Dia terus menyarung tshirt ke tubuh sebelum tangannya laju mencepung tubuhku dengan kalutnya. Relaks sudahlah, bukannya sakit sangat pun.
Steady.
Dia meletakkan aku di tempat duduk belakang bersamanya dan Farid yang memandu. Tangannya kuat menggenggam tangan aku.
"Tahan sikit tau?"Aku menepis tangannya dengan jelingan tajam. "Relakslah."
Makin pening Luth dengan gelagat aku. Dia nak kata aku hanya sakit perut biasa, tapi air ketumban dan pecah. Masalahnya, aku tak ada pula rasa nak beranak sekarang ni. Rasa lenguh pinggang adalah.
Sampai di hospital, laju Luth mencepung tubuh aku dan dibawa ke wad kecemasan. Aku diletakkan di atas katil hospital sebelum ditolak entah ke mana.
Lima minit menunggu dan doktor Kasih memeriksa bukaan aku, dia terus mengarahkan aku untuk ke bilik bersalin. Katil ditolak ke bilik yang mengerikan itu. Di dalamnya ada beberapa orang jururawat dan juga suami aku.
Luth setia berada di sisi aku. Tangannya menggenggam kuat tangan aku menyalurkan kekuatan untuk melahirkan anaknya.
Bila Doktor Kasih mengarahkan aku untuk teran, aku meneran sehabis daya.
"Push lagi!"
"Arghhhh!" Kepala aku mendongak menahan kesakitan yang aku rasakan. Makkkk. Sakitnya!
Makin kuat aku genggam tangan Luth sampai merah tangan dia.
"Push!"
"Argh!"
Hampir sejam bertarung , akhirnya seorang bayi selamat dilahirkan. Aku melepaskan nafas lega dengan keletihan. Luth mengucup lembut dahi aku. "Thank you sayang."
•
•
saya tak bersalin lagi. susah nak buat scene bersalin ni. berterabur dah HAHAHA. okay stay tune.
cause everytime
you hurt me
the less that i cry
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...