[RANIA POV]Mataku terasa panas melihatkan Kak Alia yang ceria hari ini. Yang paling aku perasan, bibirnya tidak pernah lekang dek senyuman. Jujur aku tidak pernah lihat Kak Alia sebahagia ini. Haih, Rania. Siapa sahaja tidak bahagia di hari pernikahannya.
Malam ini Kak Alia akan sah bergelar isteri kepada Abang Am. Dan rumah papan yang semakin buruk binaannya ini pula hanya tinggal aku. Entah mengapa aku jadi takut untuk tinggal sendirian di rumah ini.
Haih.
"Nia."
Aku menoleh ke sisi. Bibirku mengukir senyuman melihat dia mendekati aku. Kerusi sebelahku ditarik.
"Adik okay?" Soalnya tanpa memandangku. Matanya sibuk memerhatikan segenap rumah yang kian buruk binaannya ini. Mungkin memerhatikan sesuatu yang dia bakal rindui nanti.
Kepalaku mengangguk perlahan. Aku okay mungkin. Jap, Rania. Kenapa ada mungkin? Sebab aku rasa aku tak okey, tapi aku kena okey. Ha kau. Faham tak tu.
Kak Alia mengeluh berat. Dengan tiba - tiba dia menarik tanganku dan digenggam erat. Mataku direnung lembut.
"Rania."
Aku memandangnya. Rasa sebak mula mencengkam hati aku. Manakan aku tidak sebak jika aku bakal kehilangan seorang kakak yang terlalu baik dengan aku. Kak Alia sudah jaga aku dari aku kecil. Dia cuba memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang supaya aku tidak merasa kosong. Dia cuba bekerja keras supaya aku tidak perlu lagi hidup bersusah payah.
Dan kini, manusia yang terlalu aku sayang akan pergi jauh tinggalkan aku. Tidak mungkin dia akan datang menjaga aku seperti selalunya. Kan?
"Akak happy hari ni. Malam nanti akak nak akad nikah. Tapi, akak rasa akak teruk sangat Nia. Akak tak jaga amanah ibu." Luahnya sebak. Matanya yang berkaca itu merenungku tenang.
Pantas aku menggeleng. Bibirku dipaksa mengukir senyuman supaya hilang segala resah dan kerisauan Kak Alia. "Akak, Nia dah besar. Nia yakin, ibu pun akan happy tengok akak akan bahagia dengan abang Am. Akak janganlah risau. Nia boleh jaga diri sendiri." Pujukku.
Sedangkan aku sendiri belum tahu bagaimana aku hendak jaga diri sendiri yang serba kekurangan ini. Duit makan, nak masak semua tu. Aku nak harapkan siapa lagi?
Kak Alia tersenyum nipis. Kepalaku dibelai lembut. "Harap - harap Luth dapatlah selalu tengokkan adik."
Dahiku berkerut. "Kenapa Luth?"
"Dia kan selalu jagakan adik masa akak tak ada. Harapnya lepas ni dia tolonglah tengokkan adik, kan?" Jelasnya penuh harapan. Memang dari dulu lagi aku sudah nampak yang Kak Alia benar - benar percayakan Luth untuk jaga aku.
Yelah. Sejujurnya Kak Alia memang mengawal ketat pergaulan aku. Hatta dengan siapa aku berkawan sekalipun. Banyak kali juga Kak Alia melarang aku berjumpa dengan berberapa bekas teman aku. Katanya, aku ditindas. Tapi bila dengan Luth, semua boleh. Luth nak bawa aku keluar berdua je pun boleh. Macam Luth tu ada kuasa pula.
Aku tunduk menekur lantai. Kalaulah... manusia dilahirkan tanpa hati yang punya cinta. Tentu aku tidak perlu rasa begini.
"Adik." Pegangannya di tanganku dieratkan.
Aku senyum.
"Luth is a good boy. Dia memang lelaki yang terbaik sebab boleh lindungi adik. Dan akak kagum dengan persahabatan korang, but Rania... jangan hancurkan persahabatan sebab cinta. I know that feeling, cinta boleh menghancurkan bila - bila masa sahaja. Sometimes, menyembunyikan itu lebih baik dari memberitahu. Takut sebab kejujuran tu, semuanya retak." Kak Alia tersenyum.
Dan... aku hanya menunduk menekur lantai. Perempuan naif dan lemah seperti aku ini, masakan dapat cinta dari lelaki idaman seperti Luth? Luth tu nak pandang perempuan pun susah. Inikan nak jatuh cinta pada aku.
Mustahil.
Ada betulnya kata Kak Alia. Lebih baik aku diamkan perasaan ini. Takut nanti kerana cinta, Luth salah sangka pada aku.
•
•Dari kejauhan dan diterangi cahaya bulan purnama, aku dapat lihat seorang lelaki sedang berjalan selamba ke arah aku. Tangannya dimasukkan ke dalam poket baju melayunya. Bibirku tanpa sedar telah mengukir senyuman manis.
Wonderful.
Dia lelaki yang sempurna di setiap lekuk tubuhnya. Wajahnya sahaja mampu menggentarkan banyak hati. Termasuk aku. Seorang Rania yang dalam diam memuja kesempurnaan Luth Zariel.
Dia semakin mendekati aku. Wajahnya seperti biasa, beku tanpa senyuman. Ah aku terlupa. Senyuman Luth sangatlah limited. Siapa yang melihatnya sangatlah beruntung. Dan orang yang beruntung itu, aku.
"Kau okay?" Soalnya sebaik melihat wajahku. Memang tak ada soalan lain ke nak tanya.
Aku mengangguk perlahan. "Saya okay."
Luth tergelak kecil. Tajam mata emeraldnya merenung wajah aku. "Kau cakap je macam tu. But, you're not." perlinya sinis.
Mata aku asik merenung sepasang mata cantik dia. Tuhan, kenapa harus ada cinta dalam hati penuh kelemahan ini. Aku tahu, aku langsung tidak layak buatnya. Nak jadi kawan pun tidak layak. Apatah lagi seperti anganku untuk jadi permaisuri hatinya. Sungguh aku tidak layak.
"Kenapa pandang aku macam tu?" Soalnya hairan. Sepasang mata emerald itu dikalih ke tepi. Mengelak dari bertembung dengan mata aku. Dia malu ke tu.
Cutenya.
Cepat - cepat aku mengalihkan mataku juga. Dia perasan pula aku tenung mata cantik dia tu. Bibir bawahku digigit.
"Kau ada something nak cakap ke? Or something in your mind, Rania?" Tangannya mencengkam kuat lengan aku.
Shit.
Aduh. Sejak bila aku pandai mencarut ni. Salah si Luth lah ni. Suka maki dan mencarut dekat aku. Hasilnya, aku yang suci ni dah kotor macam dia. Mulut tiada insurans.
"Apa awak merepek ni?" Dalihku.
Tidak faham mengapa Luth selalu sahaja menebak aku. Selalu tahu maksud tersirat di sebalik tingkah laku aku. Dia ni ada sihir ye.
Luth tersenyum sinis. "Kalau kau gigit bawah bibir, maknanya sesuatu sedang menggaggu pemikiran kau. So, apa benda tu?"
Kan aku dah kata. Dia sentiasa tahu maksud tersirat di sebalik tingkah laku aku. Memang dia kenal aku sangat ke. Tapi dia sendiri masih belum tahu tentang perasaan aku pada dia.
"Hm, Luth."
Dia memandangku. "Cakap je lah."
Nafasku ditarik perlahan lahan. Menghilangkan gundah di dalam hati. Patut atau tidak aku tanya ini ya. Luth di sebelah hanya mendiamkan diri.
"Apa jadi kalau... saya jatuh cinta pada awak?"
Mata emerald itu membesar. Wajah kacak itu berubah tegang. Rahangnya diketap. Cukup menakutkan aku tentang soalan tadi.
Tanganku cuba menggapai tangan kekarnya. "Luth..."
Luth menarik kasar tangannya. Dia memandangku tajam. Renungannya sahaja sudah mampu membuatkan aku tidak bernafas. Sesak di dalam renungan seorang Luth Zariel yang terlalu berkuasa.
Breathless.
"Luth."
"Jangan pernah ada perasaan pada aku, Rania. Kau sendiri tahu. Mencintai aku bakal menyakiti kau. This Luth Zariel... is a broken pieces." Jawabnya sebelum berjalan laju meninggalkan aku sendiri.
Aku hanya mampu menghela nafas perlahan sambil melihat lelaki itu hilang ke dalam perut keretanya. Luth Zariel...
Mungkin aku bakal lupa bagaimana rasa kesakitan dengan mencintai kau. Segalanya baru bermula.
Kita.
Aku.
Kau.
•
•
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romantizmmempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...