7

833 54 1
                                    


[RANIA POV]

••••

Kain yang berlipat kemas ini aku letakkan di tepi kaki aku yang sedang bersila melipat banyak lagi kain bajuku Petang - petang begini, aku hanya perlu uruskan diri sendiri dan berehat. Selalunya Luth akan menelefon aku jika dia mahu ke taman untuk bersenam. Dia mahu aku teman, itu yang dia sering kata tatkala aku menolak keras arahannya.

Tapi siapa yang boleh melawan lelaki itu? Mata hijau emeraldnya sahaja sudah mampu mengunci bibirku. Haih, dan kenapa pula minda aku perlu teringat akan lelaki itu di petang yang tenang dengan air hujan menyembah lantai ini. 

"Rania."

Aku tersenyum nipis menyahut panggilannya. Pertama kali sejak seminggu aku di sini, teman sebilik aku menegur. Tidak silap aku nama dia...

"Aku nak tanya something dekat kau, boleh?" Soal Ayu lembut. Penuh sopan dan sesuai sekali dengan nama yang diberi padanya. Cuma, hakikatnya bahasa dia agak kasar pada aku. Mungkin kebiasaannya memang menggunakan bahasa begitu, cuma aku yang terlalu sensitif kerana tidak bergaul dengan dunia luar.

Bibirku mengukir senyuman. Mataku membalas pandang Ayu yang memandang aku dari katilnya. "Tanya je lah." Balasku. Agak kurang mesra bersamanya dan aku tidak pernah pula terfikir mahu berbual mesra dengannya. Maklum sahaja, Luth sering bawa aku keluar universiti sehingga aku masuk ke dalam bilik ini hanya untuk keperluan harian sahaja.

Ayu tersengih malu. Tangannya bertaut di antara satu sama lain. "Kau dengan... Tengku tu, couple ke?"

Harapnya.

Entah mengapa, minda aku terus menayangkan seorang lelaki yang tidak pernah luput dari sekeping hati. Matanya, hidungnya, bentuk dagunya, dan wajahnya. Bukankah itu boleh didefinisikan sebagai sempurna? Dan tidak mungkin gadis yang hanya menumpang kasih seperti aku dapat takhta di hatinya.

"Rania."

Sentuhan tangan Ayu pada bahu aku menghentikan lamunan aku terhadap si dia. Gadis itu sudah pun beralih tempatnya ke sisi aku. Matanya membundar memandangku hairan. "Kenapa tak dijawab?"

"Kami cuma kawan. Kenapa?" Timbul rasa ingin tahu aku apabila perempuan di hadapan aku ini begitu bersungguh mahu tahu hubungan aku dengan Luth. Kalau aku dan dia bercinta, mengapa. Dan kalau bukan, kenapa. Kenapa dia perlu ambil tahu tentang itu.

Ayu tergelak kecil. "Hurm kalau macam tu, aku nak minta tolong boleh?" Soalnya penuh mengharap. Matanya bersinar memandang aku.

Aku memandangnya dengan pandangan hairan dan penuh dengan syak wasangka. Apa yang gadis ini mahu dari aku. "Apa?"

"Tolong aku pikat Tengku."

Seluruh duniaku terasa terhenti. Pandangan aku gelap serta merta. Hati aku mula terlupa caranya untuk berdegup.

Sakit.

Mataku terpejam sebentar cuba menyalurkan ketabahan ke dalam sudut hati. Bibirku mengukir senyuman yang cukup perit sekali. "Saya tak janji."

"Tapi kau still akan tolong, kan?"

Pertanyaannya aku balas dengan senyuman peritku. Dengan bersahaja punggungku diangkat bersama kain yang aku sudah lipat tadi. Langkah kaki aku diatur ke almari bajuku.

Perlahan - lahan tangan aku meletakkan kain lipatan itu supaya tidak terjatuh dan berselerak.

"Kau suka dia kan?"

Terhenti.

Kepala aku berpaling memandang Ayu yang sedang duduk bersimpuh di atas katil aku. "Apa... awak merepek ni?"

Heartless ✔️Where stories live. Discover now