bagaimana
harus ku katakan
yang aku amat
mencintaimu.[RANIA POV]
•••••
Keluhan berat dilepaskan saat aku mengangkat tudung saji di atas meja. Habuk pun tak ada, yang letak benda alah ni buat apa. Hiasan?
Memang lah tak ada makanan, baru pindah masuk semalam kan. Aduh aku ni pun. Jari aku mengetuk dagu sendiri cuba memikirkan macam mana nak makan sarapan pagi nanti. Luth tu dari subuh tadi tidur mati. Aku kejut lepas solat pun dia tak nak bangun. Lantaklah.
Tapi sebagai isteri solehah, aku kenalah bagi suami aku sarapan kan? Hah, itulah masalahnya. Aku mana reti masak!
"Masak simple je lah. Takkan bodoh sangat tak tahu." Lalu kaki aku melangkah ke dapurnya. Kabinet atas aku buka dan akhirnya aku mampu tersenyum senang. Paket maggie aku keluarkan. Ambil dua. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Luth kesayangan.
Tapi kan...
Mana bagus makan maggie kari ni pagi - pagi. Dibuatnya putera kayangan tu cirit birit macam mana. Aku juga yang dipersalahkan. Masalahnya... nak masak maggie goreng pun aku tak reti. Malas pun ya jugak.
Aku tersenyum simpul. "Makan maggie kari je lah. Nak sangat kahwin dengan aku, kan?"
Bahaha kejam juga aku ni.
Selesai masak maggie kari dua mangkuk, aku terus naik ke bilik. Katil dah kosong walaupun bersepah. Putera kayangan dah bangun lah tu. Tangan aku pantas mengemas cadar dan katil. Tegangkan cadar dan susun bantal cantik - cantik, kemudian aku terus meneruskan plan aku tadi. Nak cari Luth sebab nak ajak sarapan.
"Luth!"
Senyap. Tak ada dalam bilik lah ini. Mesti dekat bilik gym dia tu. Aku tersenyum sendiri. Bagus. Bijak. Aku naik ke tingkat atas lagi. Dari tangga aku sudah nampak tubuh yang bermandi peluh itu sedang buat bumping di dalam bilik gym yang hanya berdinding kaca.
Tshirt yang dipakai Luth basah dengan peluhnya. Rambut dia pun dah serabai. Tapi itulah. Messy but hot tu yang aku suka tu. Aku berhenti di depan tangga. Mata aku memerhatikan setiap gerakannya sehingga rambutnya jatuh menyentuh dahi. Rambut keperangan itu bergerak mengikut arah bayu.
Handsome. Charming. Toxic.
Aku terus memerhatikannya sehingga mata emerald itu bertempung dengan mata aku. Dia bangun dari posisinya. Hujung bajunya dibetulkan, namun matanya langsung tidak dikalih daripada aku. Membuatkan aku yang terpaksa menunduk kerana tidak tahan dengan renungannya.
"What are you doing here?" Sekelip mata dia hujung jarinya bertembung dengan hujung jari kakiku. Hujung jari yang penuh magis itu menarik dagu aku sehingga mata kami bertaut. Hujung bibirnya ternaik tajam.
Aku menggigit bawahku. Kenapa kalau dengan dia aku jadi macam perempuan lemah yang tidak pandai berkata - kata? Kenapa bukan diri aku yang tadi.
"Nak p-panggil awak..."Luth tergelak kecil sebelum tangannya ditekap pada tepi kepalaku. "And then pandang aku macam makanan?"
Hm, betullah tu.
Aku menolak tangannya. "Jomlah makan. Saya dah masak sarapan." Ajak aku. Agaknya kalau melayan Luth ni sampai esok pun tidak habis.
Dia hanya diam dan menarik tangan aku turun tangga. Aku perhati je lif di tepi tangga itu, rosak ke? Kenapa Luth tak pernah guna lif. Dari malam semalam dia naik menggunakan tangga. Oh lupa! Luth mestilah nak jaga badan dia. Nak tegap, sado dan...
Pap!
Tangan aku mengusap perlahan dahi yang dijentik. Belum sempat bersuara tentang dahi aku yang sakit dijentik, tangannya terus mengangkat tubuh aku.
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Storie d'amoremempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...