lying isnt better than silence,
[RANIA POV]
•••
Telefon nokia aku masukkan ke dalam poket baju kurungku. Peluh yang di dahi aku lap menggunakan hujung baju. Mana tidak berpeluh kalau cuaca di luar panas terik begini. Luth boleh pula lambat hari ini. Aku naik teksi je lah kalau dia lambat macam ni.
Aku mengeluh lagi. Sudah hampir sepuluh kali aku mendail nombor Luth, namun hanya peti suara yang menjawab. Sampai habis kredit aku semata - mata menelefonnya. Sudah hampir dua puluh minit aku berdiri di depan rumahku dengan bagasi merah jambu ini.
Perlahan - lahan bibirku mengukir senyuman apabila mataku menangkap kereta mewah bewarna hitam yang aku sangat kenali itu masuk ke perkarangan rumahku.
Luth keluar dari keretanya. Aku hanya merenung dia yang menyangkut cermin mata hitamnya di kolar bajunya. Sepasang mata emerald itu memandangku dingin seperti kebiasaannya.
"Kau masuk kereta. Aku angkat beg."
Aku hanya mengikut arahannya. Menapak masuk ke dalam kereta mewahnya di bahagian hadapan. Sejuk. Bau aroma perfume Luth di segenap kereta ini.
Haruman bau itu aku sedut perlahan. Entah kenapa cinta itu begitu menggilakan. Kemungkinan bau peluhnya juga aku boleh rasa harum seperti ini. Semuanya tentang dia.
Selesai meletakkan bagasi aku di bonet kereta, Luth kembali masuk ke dalam kereta.
"Sorry lambat. Aku bangun lambat." Ujarnya tanpa memandangku. Tangan kekarnya mula menarik handbrek kereta.Aku tersenyum simpul. "Tak apa. Saya pun baru je keluar rumah. Tak sampai lima minit." Bohongku.
Mata emeraldnya menoleh sekilas ke arahku. "Jangan nak menipu. Dahi pun dah berpeluh." Balasnya membuatkan aku cepat - cepat menyeka peluh di dahiku dengan hujung baju. Eh rasanya dah lap tadi. Mungkin panas sangat sampai aku asik berpeluh.
Aku memandangnya dengan sengihan lebar. "Tak apa. Saya memang tak tunggu lama pun." Tetap juga aku masih terus berbohong agar dia tidak perlu rasa serba salah. Padahal, dia tidak menunjukkan sebarang riak bersalah langsung.
Love is blind right.
Luth tergelak kecil. Tangan kirinya mengusap lembut kepalaku.
"Lepastu kenapa kau call aku banyak kali? Aku nak mandi pun tak senang tahu." Tebaknya lagi.Mataku merenung lama Luth yang masih lagi dengan sisa tawanya. Oh kenapa ya dia gelak pun terdengar begitu merdu sekali. Apa kena dengan aku ni. Aduh. Tanganku pantas menepuk dahiku sendiri.
"Kau apahal? Okey tak?" Soalnya dingin namun tetap kedengaran nada risaunya di situ. Seperti biasa, dia terlalu menjaga aku. Atau mungkin aku patut gelarkannya overprotective.
Kepalaku mengangguk perlahan. "Saya o...key."
Dia memandangku sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduannya. "Kau kena ingat, dengan sesiapa pun kau tak boleh berkawan unless kau dapat izin aku dekat sana. Lepastu, kau kena sentiasa rapat dengan aku. Nanti budak - budak nakal yang nak kacau kau, boleh aku siku je kepala diorang."
Hm.
Terfikir juga aku, kenapa dia mahu menjaga aku sampai begini sekali sejak sekolah menengah lagi. Kalau aku pernah suka mana - mana lelaki pun, mesti tidak akan pernah kesampaian sebab dia ni. Apatah lagi kalau ada lelaki yang jatuh suka pada aku. Cepat sahaja lelaki itu diberi amaran keras supaya menjauhkan diri dari aku.
Dia tak tahu ke? Aku pun nak juga hidup berpasangan macam budak budak dekat sekolah itu. Asik berkepit dengan dia je. Ingat seronok ke. Dahlah garang, ganas, kasar, beku dingin lepastu...
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...