11

762 50 1
                                    

i like your eyes,
you look away when you
pretend not to care.

••••

[RANIA POV]

Tiga tahun kemudian...

Bibir aku tersenyum pahit melihat mereka yang berpelukan bersama ibu dan ayah. Ada yang berborak kencang dengan kawan - kawan. Tapi tidak untuk aku. Siapa yang nak datang hari ini.

"Kau ada aku." Tangan aku diraih. Bibirnya yang tersenyum manis itu menarik perhatian aku. Tak sangka juga aku sudah berjaya meraih ijazah walaupun bukan di dalam bidang yang aku mahukan. Tapi aku tetap bersyukur kerana masih ramai lagi di luar sana yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Tangannya aku genggam kemas. Kami sama - sama memerhatikan gelagat manusia di sekeliling yang bahagia sesudah tamat belajar.
"Kenapa kita tak boleh join diorang celebrate?" Aku maksudkan teman - teman sekuliah kami yang teruja tangkap gambar bersama - sama.

Luth senyum. Tangannya naik memeluk bahu aku sehingga kedudukan kami sekarang membuatkan jantung aku berdegup lebih laju daripada biasa. "Sebab kita tak perlukan diorang dalam hidup kita pun."

Dahi aku berkerut. "Habistu, kita nak kena asingkan diri dari diorang ke?" Soal aku lagi. Wajahnya yang dingin memandang mereka yang aku maksudkan aku renung dalam.

Matanya jatuh pada wajahku. Tajam seperti helang.
"Kau tak suka ke hidup berdua je dengan aku?" Soalan aku dibalas dengan soalan. Aku sedar Luth mahu perangkap aku dengan soalannya.

Bibir aku diketap. Bahaya betullah Luth ni. Aku tanya sikit dia dah nak psiko aku.
"Bukan macam tu, tapi bila awak nak ada girl friend kalau asik dengan saya je? Sama jugak macam saya... bila je nak ada boy..."

"Tak akan. Kau tak akan ada kekasih sampai waktu yang aku izinkan."

Aku menjauh beberapa tapak darinya. Bibir aku diketap menahan rasa. Mata emerald itu aku renung dalam. "Sampai bila awak nak seksa saya macam ni? Awak tak boleh kawal hati dan perasaan saya jugak!"

"Rania!"

Tangannya mencengkam kuat tepi bahu aku. Pandangan serong orang asing dia hiraukan. Matanya tajam menembusi iris mata aku. Nafasnya deras menyentuh wajahku. "Kau... tak akan lari dari aku. Never. Kau akan kekal di sisi aku no matter what! Kau faham ke tak?!"

Hujung bibirku terangkat. "Jadi macam mana... saya nak berhenti cintakan awak, Luth. Macam mana... isk isk." Air mata aku jatuh mengalir. Aku sudah tidak tahan menahan rasa yang aku simpan selama bertahun - tahun lamanya. Aku yakin, satu masa nanti dia harus tahu isi hati aku dan masa itu sudah tiba. Dia perlu tahu, di sebalik keakraban hubungan ini, ada hati yang jatuh ke dalam api cinta.

Cengkamannya dilepaskan. Sepasang mata emerald itu dilarikan dari memandang aku. Nafasnya dihela perlahan. "Jom." Dan tangannya pantas menarik tangan aku ke keretanya tanpa berkata apa - apa. Nak membantah, aku langsung tidak mampu.

Pintu keretanya dihempas kuat. Matanya memandang aku tajam membuatkan aku hampir tidak bernafas.
"Bagitahu aku, kenapa kau cintakan aku? Kenapa?!"

Bahu aku terangkat mendengar jeritannya. Bibir aku terketar - ketar. "C-cinta tak perlukan sebab, Luth..."

"Kenapa? Rania, cinta tu sakit. Cinta tu racun! Kau tak boleh rasa asid cinta, Rania! No way! Kenapa kau cintakan aku, kenapa?!" Buat pertama kali di dalam hidup aku, aku melihat seorang Luth Zariel yang hampir berputus asa untuk hidupnya. Kepalanya disandarkan lemah. Tangannya tidak henti menumbuk stereng kereta.

Tangan aku perlahan - lahan meraih tangannya. Bibir aku mengukir senyuman nipis. Wajah kacaknya aku renung dalam. "Dan mungkin ini racun yang paling indah di dalam dunia, Luth. Sebab saya terlalu nikmati cinta tu. Cinta yang..."

Heartless ✔️Where stories live. Discover now