••••
[RANIA POV]
Lehernya aku peluk erat. Kepala aku labuhkan di bahunya. Aku hanya menahan bibir aku dari tersenyum lebar kerana ini bukanlah saat yang tepat meskipun jantung aku sudah berdegup laju. Bayangkan crush sendiri dukung kau di dalam hutan. Hati mana yang tidak berbunga?
"I love you." bisikan itu seakan mimpi pada aku. Namun aku masih lagi membuka mata. Bibir aku perlahan - lahan tersenyum manis. Mungkin bukan buat aku, namun bisikan itu tetap menjadi lagu merdu yang membuatkan tidur aku lena di bahu dia.
Tengku Luth Zariel.
Mata aku terbuka saat cahaya dari sekeliling menembusi mataku. Rupanya kami sudah sampai di tapak perkhemahan. Aku hanya memandang kosong pelajar - pelajar lain yang merenung aku dan Luth semacam.
Luth terus meletakkan aku di dalam khemah. Kemudian, dia hilang entah ke mana. Aku membaringkan kepala aku lemah. Penat sebab hilang. Penat sebab mencintai seseorang yang aku tidak patut cintai.
"I said tell me! Tell me the truth! Why you push her!"
Jantung aku berhenti berdegup. Suasana di luar kembali sunyi sepi bagaikan tiada siapa berani melangkah walaupun setapak lagi. Dengan kekuatan yang ada, kaki aku terinjut - injut keluar dari khemah. Mata aku terbeliak melihat tangan Luth yang mencengkam leher Ayu kuat sehingga terangkat kaki gadis itu dari tanah.
Mata Ayu membulat memandang Luth. Bibirnya terketar - ketar ketakutan. Tangan Ayu pula hanya memegang lemah tangan Luth yang mencengkamnya. "Lu...th."
"Kau sakitkan dia! You bitch! I said no one can hurt her except me!" Dan cengkamannya dilepaskan sehingga tubuh Ayu terjatuh lemah ke atas tanah. Namun itu bukanlah satu pengakhiran.
Luth duduk mencangkung di hadapan gadis itu. Tangannya naik menepuk perlahan pipi Ayu. "Kau... sakitkan dia dekat kaki kan? Kau nak tak rasa hidup tak ada kaki macam mana?" Bibirnya mengukir senyuman misteri.
Prof Farah mula mendesah ketakutan. Saat itu, tiada siapa berani mendekati Luth yang seperti kerasukan itu. Agaknya selangkah mereka menapak, nyawa mereka melayang dulu.
Ayu menggeleng lemah. Wajahnya sudah basah dengan air mata. "Aku minta maaf... aku cuma nak..."
"Nak apa?!"
Tangan kekarnya menarik kasar rambut Ayu sehingga gadis itu menjerit kesakitan. Tangannya menggenggam tangan Luth minta dilepaskan.
Dengan kaki yang terinjut - injut ini, aku melangkah laju ke arah Luth. Ini bukan Luth Zariel. Lelaki kejam ini bukan sahabat aku. Dia bukan lelaki yang aku cinta. Tangan aku dengan beraninya menyentuh lembut bahu lelaki itu.
Luth menoleh memandang aku. Tangannya melepaskan Ayu perlahan - lahan. Mata emerald itu memandang aku. Dari sinar mata itu, aku nampak sesuatu tentang lelaki ini. Sisi terlukanya, sisi kehilangan arahnya dan mungkin sisi ketakutan lelaki hebat ini.
Dia mengusap lembut pipi aku. Bibirnya mengukir senyuman manis. Lelaki ini... nampak psiko bukan?
"What are you doing here? Kau sakit kaki, kan?"
Air mata aku yang jatuh disekanya dengan ibu jari. Aku mengetap bibirku. Kenapa Luth sangat bahaya seperti ini. Sehingga aku sendiri ada rasa takut untuk berdepan dengan lelaki ini.
"Awak... nak s-sakitkan... dia." mata aku jatuh pada Ayu yang terbaring lemah dengan esak tangisnya. Hanya Prof Farah yang berani mendekati gadis itu. Itupun saat Luth Zariel sudah di hadapan aku ini.
Luth tersenyum. Pinggang aku dirangkul sehingga kepala aku berlanggar dengan dadanya. Dahi aku dikucup lembut. "She hurt you. Tak ada siapa boleh sakitkan kau selain aku, Rania. No one... no one except me."
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...