26

728 54 3
                                    

aku tercipta olehNya
untuk selalu cintai kamu


                L U T H

Nafas aku mendengus resah. Puas satu rumah aku cari Rania, tapi tiada di mana - mana pun. Telefon pun tak berjawab. Bila aku call Kay pun tak berjawab. Elok sangatlah tu. Phone yang aku bagi tu nanti campak je dalam sungai. Suruh ikan yang pakai.

Aduh, bengong dah aku ni.

Aku meraup kasar wajah aku. Terbayang pertelingkahan kami minggu lepas. Tak, bukan pertelingkahan. Hanya aku yang marahkan dia dan dia cuba faham aku. Tapi bila aku nak fahami dia?

Sejak munggu lepas, aku terus abaikan Rania. Aku sengaja pulang lebih lewat dari biasa. Layanan aku pada dia kasar dan dingin.

Rania.

Dia tak lari kan?

"Saya tak pernah terfikir untuk tinggalkan cinta saya."

Senyuman aku melebar. Rania tidak akan tinggalkan aku. Dia hanya keluar dan mungkin dia terlupa untuk bagitahu aku ke mana dia pergi. Rania yang aku kenal, tidak akan meninggalkan aku.

Aku duduk di sofa bertentangan dengan televisyen. Tv3 pun jadilah. Belum sempat mata aku terpejam, aku tertarik dengan drama yang dimainkan. Si isteri kononnya mengandung mengidam benda pelik - pelik lepastu suami dia...

layankan sahaja.

Aduh.

Keluhan berat aku lepaskan. Aku bodoh, aku terlampau fikirkan apa yang aku rasa. Aku rasa dunia ini terlalu jahat pada aku. Masa lampau itu akhirnya menikam perlahan jiwa aku sampai aku tidak mahu aku jadi ayah yang sama seperti Tengku Alex. Hakikatnya, aku berbeza.

Kasihan Rania, semasa tempoh dia hamil ini. Aku tidak berikan dia perhatian yang dia sepatutnya dapat. Aku juga tak ada masa dia mengidam nak makan apa atau nak benda pelik - pelik.

"Assalamualaikum!" Laung suara dari luar. Tapi bukan suara Rania. Aku terus bangun membuka pintu. Buka sahaja pintu, mata aku menangkap tubuh Rania yang berdiri di belakang Kay. Tangannya memegang bungkusan plastik, tapi tak tahu apa benda.

Aku memandang Kay tajam. "Kau bawak isteri aku keluar, kau tak bagitahu aku pun!" Marah aku.

Kay hanya buat muka tidak bersalahnya. Dia tersenyum senget. "Sorry, Tengku. Saya tertinggal phone dekat dalam rumah."

Bibir aku diketap menahan geram. Mata aku merenung Rania yang masih setia di belakang Kay. "Phone kau pulak... mana?"

Lama tak cakap dengan isteri sendiri, jadi pelik pula dah. Macam baru nak bercinta pun ada.

Rania tersenyum segaris. Entah kenapa aku rasakan senyuman dia cukup pahit sekali. "Sorry, phone saya habis battery. Awak ada call ke?" Soalnya lalu kaki menapak ke dalam rumah.

Pintu rumah aku tutup perlahan. Kay di luar hanya menayang sengihannya. Jangan kacau. Aku nak bincang hal rumah tangga ni.

"Kau tak pernah keluar tanpa izin aku."

"Awak bukannya ambil kisah." Perlahan suara Rania menyentuh gegendang telinga aku. Dia melangkah ke ruang tamu dan duduk di situ.

Heartless ✔️Where stories live. Discover now