29

705 52 10
                                    

ku tuliskan
sebuah cerita.

R A N I A C H E M P A K A


"Luth."

Sejak kejadian minggu lepas, Luth lebih banyak mendiamkan diri. Tidak pelik mana kerana aku tahu, dia memang seorang yang memendam apa yang dia rasakan. Kejadian tempoh hari pasti memberi impak terhadapnya.

Tengku Alex sayangkan dia. Namun, hati Luth selalu menidakkan perkara itu. Farid ada beritahu aku, Luth memang sudah merancang untuk mendengar pengakuan sayang dari mulut Tengku Alex sendiri sebelum Tengku Alex ditangkap.

Disebabkan kesalahan dan jenayah Tengku Alex terlalu banyak, dia akan dikenakan hukuman gantung tidak lama lagi. Isterinya, ibu tiri Luth pula dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pastinya, Luth rasa sedih sekarang. Seorang demi seorang ahli keluarganya diambil.

"Nak apa, sayang?" Tangannya menarik aku supaya duduk di atas ribanya.

Aku tersenyum manis. Berharap senyuman aku mampu menghapuskan kekusutan dan kesedihan padanya. "Awak okay?" Tangan aku mengusap lembut bahunya.

Luth mengerutkan dahinya. Dia memandang aku hairan. "Aku nampak macam sakit ke?" Soal dia, buat - buat tidak faham.

Damn, Luth.

Mata aku memandang Luth tajam. "Awak memang sakit." Balas aku.

Mata emerald itu dikalih dari memandang aku. Bibir Luth mengukir senyuman pahit. "Apa kau merepek ni, Rania?" Tangan yang di pinggang aku berhenti mengusap belakang badan aku.

Aku tersenyum sinis. "Yang sakit tu," jari telunjuk aku bawa ke dadanya. Mata aku merenung matanya. "Sini, kan?" Hati. Hati dia pedih dengan hidupnya sendiri. Entah kenapa, aku mahu dengar lelaki ini meluahkan apa yang dia rasa sepanjang hidupnya.

Bibirnya melekap pada pipi aku sebelum Luth tersenyum nipis. "I think so."

Nak main teka - teki dengan aku pulak.
Dahi aku dekatkan dengan dahinya sehingga desahan nafasnya berlanggar dengan nafas aku. Tangan aku mengusap lembut pipinya. "Luahkan pada saya. You need someone, Luth." Bisik aku perlahan.

Aku sendiri tidak faham mengapa dia sentiasa merasakan yang dia terlalu kuat. Baginya, seorang Luth Zariel tidak memerlukan sesiapa mendengar keperitan hidupnya. Dia juga tidak perlu meluahkan kepahitan di dalam hatinya kepada sesiapa. Baginya, dia sudah cukup tabah mengharungi semuanya sendiri.

Luth menolak perlahan tangan aku di pipinya. "Aku okay, Rania." Tegas sahaja suara dia. Huh sombong! Aku rasa nak lempang sahaja Luth ni. Dah sendu tu cakap je lah. Halamak aihhh!!!

"Tak nak cerita tak apalah. Nampak macam... you don't need me, right?" Dan seorang Rania sentiasa pintar menggunakan cara halus. Aku bangun dari pehanya dan berpaling sebelum telinga aku menangkap Luth merengus geram.

"Aku lahir di dunia ni macam aku tak ada bapa. Mama selalu back up aku, sayang aku, dia selalu ingatkan aku yang Tengku Alex.... sayang aku."

Mendengar suaranya bertukar serak, aku mendekati Luth. Kemudian aku kembali duduk di ribanya. Kepalanya aku tarik supaya bersandar di bahu aku. Kepalanya aku usap perlahan - lahan.

Luth melepaskan nafasnya berat. Tubir matanya berair cuba ditahan seupaya mungkin. "Dia kadang - kadang muncul di rumah, but selalunya dia tiada. You know, sakit sangat bila aku lihat kawan - kawan sekolah rendah aku ada ibu bapa hantar pergi sekolah tapi aku. Ada driver je." Dan lelaki itu tergelak kecil dengan ayat terakhirnya. Tangannya naik memeluk erat pinggangku.

Heartless ✔️Where stories live. Discover now