28

750 57 10
                                    

janganlah kamu
terlalu sayang


              L U T H     Z A R I E L


Prang!

Farid, Kay dan beberapa pengawal peribadi yang lain hanya menundukkan wajah mereka. Barangkali gentar dengan amarah aku yang menggunung.

Wajah aku diraup kasar. Pasu yang berkecai di lantai aku sepak kasar. "Mana isteri aku?!" Jerkah aku kuat. Hampir separuh mati aku kebuntuan mendengar berita kehilangan Rania.

She is my life.

She is my world.

Mata aku jatuh pada Kay yang berdiri merenung lantai. Dari tadi air matanya tidak berhenti mengalir. Aku tak simpati dengan air matinya, apatah lagi kasihan. Yang aku tahu, dia orang terakhir melihat isteri aku.

Langkah kaki diatur mendekati Kay. Tanpa amaran, tangan aku terus menarik kolar bajunya sehingga tubuhnya terkedepan. "Mana isteri aku?! Kenapa kau cuai sangat?!" Jerkah aku di hadapan wajahnya. Sepasang mata hitamnya memandang aku gerun.

Aku tak peduli dia takut atau tidak. Yang aku peduli, dia yang tak jaga isteri aku!

"Tengku, this is not the right way." Suara Farid tegas di sebelah aku. Matanya memandang tajam tangan aku pada kolar baju adik perempuannya.

Bibirku tersenyum tajam. Tangan aku masih di kolar baju adiknya. Mata aku dikalih memandang Farid tajam. Hanya lima saat memandang mata aku, Farid kembali menundukkan wajahnya. "M-maaf Tengku."

"Kau takut adik kau mati di tangan aku?" Soalku sinis.

Farid meneguk air liurnya seram. Dia masih mendiamkan dirinya. Dan... ya. Aku benci orang buat bisu bila aku bertanya.

Kolar baju Kay aku lepaskan. Aku menolak kasar bahu Farid. "Jawablah! Kau takut adik kau mati ke?!" Jerkah aku sehingga bahunya terjungkit terkejut.

Pengawal peribadi aku yang lain hanya menikus. Kalau tak mahu mati di tangan aku, baik diam.

"Ya, s-saya takut." Farid menjawab perlahan. Matanya dipejam menahan getaran di dadanya melihat aku yang seperti dirasuk. Baru beberapa bulan ini aku bersikap baik, kali ini Luth yang dulu kembali.

"Macam tu lah aku takut isteri aku mati di tangan sesiapa, Farid." Perlahan - lahan aku berpaling. Wajah aku diraup kasar. Aku ada Tuhan. Aku ada Allah. Aku kena sabar. Ini ujian, bukan?

Pantas aku menghalau pelbagai isi hati yang mengatakan Tuhan itu kejam pada aku. Tuhan tidak kejam, namun Tuhan ingin memberi balasan kepada aku. Tuhan mahu uji sejauh mana hamba-Nya masih bersujud padaNya.

"Aku nak kauorang cari dekat mana Rania aku. Kalau boleh siasat Tengku Alex sekali. Aku nak solat isyak." Langkah kaki aku atur ke tingkat atas. Bilik tidur aku dan Rania dituju.

Rania.

Aku akan selamatkan engkau.

Selesai mengambil wudhuk aku terus menghamparkan sejadah. Tiba - tiba rasa rindu mahu solat berjemaah dengan Rania. Aku tersenyum segaris. Ya Allah, hanya padaMu aku bergantung harap.

Habis menunaikan solat empat rakaat, aku terus menyalin pakaian yang lebih ringkas. Malam ini, aku kena berusaha mencari di mana isteri aku. Tak kisahlah kalau tak tidur malam sekalipun.

"Tengku." Farid menundukkan badannya melihat aku turun tangga. Dia bangun mendekati aku. Ipad di tangannya dihulurkan kepada aku. "Ini last seen phone Rania. Aku rasa diorang dah buang telefon Rania."

Heartless ✔️Where stories live. Discover now