cause girl
you are amazing
just the way you are•
•
L U T H Z A R I E L
•
•Aku hanya memandang Rose yang berlari mendapatkan abangnya. Rose memang sebiji perangai dengan mama dia, tapi muka dia ikut aku. Dia terlampau protective terhadap abang dia. Kalau ada orang kutuk abang dia, mulalah dia karate orang tu.
Sampai aku dan Rania sendiri dah tak tahan asik kena panggil pergi bilik disiplin sebab Rose asik belasah anak orang. Sampai patah kaki bagai. Tapi ingatkan sejuta kali pun macam tu jugak. Alasan dia tu yang tak ada sesiapa nak bangkang. 'rose cuma pertahankan abang'. Lepastu buat muka tak bersalah.
Perangai mak dia sangat.
Lain pula dengan Rizqi yang lebih sopan dan pendiam. Dia selalu merendah diri kerana kekurangan dia. Senang cerita, Rizqi ni pun ikut Rania. Tapi perangai Rania yang dulu tu lah. Sekarang ni...
Heh. Sabar jap.
"Rose! Amboi sesuka hati engkau pijak kerusi mama ya! Dah lah berlari dalam rumah! Terlanggar pasu mama siap kau!" Tu dia heroin yang anda sanjungi sekalian. Rania keluar dari dapur dengan senduk di tangan. Senduk tu dia buat macam senjata pulak.
Rambut diikat gaya sanggul serabai. Lengan baju disingsing sampai ke belakang siku. Ini memang Rania versi mak - mak.
Rose yang sudah mendapatkan Rizqi hanya menayang sengihan tidak bersalah. "Rose nak cepatlah mama. Tak sengaja. Relaks lah."
Tergelak aku mendengar jawapan Rose. Menjawab memang nombor satu budak ni. Ikat dekat tiang nanti baru tahu.
Rania sudah bercekak pinggang mendengarnya. Matanya dijegilkan pada anak dara yang satu itu. "Kau ni Rose, mama rasa nak sumbat dalam jamban tahu tak."
Inilah yang jadi bila mak sendiri brutal. Anaknya pun...
"Eleh, jamban je pun. Loji lagi busuk!" Rose terus memapah abangnya ke ruang tamu. Sambil mulut kecilnya mengomel mengutuk mak sendiri.
"Isy, Rose! Abang ada kaki lah tak payahlah papah!" Rizqi mengerutkan dahinya. Dia menolak perlahan tangan adiknya di bahu sendiri. Rose ni buat dia macam tak ada kaki pulak. Kaki palsu dia ni okay lagi lah.
Macam biasa, Rose hanya buat tidak tahu. Dia membantu abangnya duduk di sofa sebelum mendapatkan aku. "Papa, kaki palsu abang tu dah tak muat lah. Beli barulah, melecet lutut abang nanti."
"Iya? Lah, kenapa Rizqi tak bagitahu papa?" Mata aku jatuh pada Rizqi yang sedang berehat di atas sofa. Dia hanya buat muka tidak bersalah.
"Elok lagilah pa. Rose tu yang memandai."
Ceh. Macamlah aku tak tahu yang dia sengaja tak nak bagitau aku. Kononnya tak mahu susahkan ayah dia. Ayah dia ada duit tahu tak, relaks lah.
Aku menggeleng perlahan mendengarnya. "Nanti papa beli yang baru."
Nak tak nak, Rizqi hanya mengangguk setuju. Nak dibantah memang bukan sikapnya. Yang suka membantah tu perangai Rose!
•
•
•
Dari depan pintu, aku hanya memerhatikan Rania yang duduk di depan piano itu. Tangannya menekan nekan kekunci piano itu. Tapi, masih tiada lagu yang dihasilkan. Perempuan itu seakan memikirkan sesuatu.
Sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apa. Sejak dia kembali ke pangkuan aku, Rania bukan lagi Rania yang mudah aku tebak isi hatinya. Rania yang ini lebih banyak memendam rasa, lebih banyak mendiamkan luka. Tapi dia tetap seorang wanita yang tidak pernah berhenti mencintai aku.
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...