pilihlah aku
akan ku belaimu
seumpama ratu
••
L U T H Z A R I E L
••
Aduh.
"I yakin tu kerja bakal janda you tu lah!"
Bingit telinga aku apabila suaranya menjerit di hujung talian. Nasib baik dalam telefon, kalau tak aku dah tampar dah muka plastik dia tu. Sesuka hati menjerit di telinga aku.
"Ya, nanti I settlekan dengan dia." Balas aku malas. Sengaja aku berkata begitu untuk menenangkan dia yang meroyan di sana.
"Sound je dia tu tau-"
Aku terus menamatkan talian. Malas nak mendengar dia membebel. Mata aku jatuh pada Rania yang baru turun ke bawah. Cara jalannya sangat berbeza dengan Rania yang sebelum ini. Dia nampak lebih berani dan yakin dengan kata - katanya.
Dia tepis tangan aku semalam, sedangkan sebelum ini dia belum pernah ingkar kata aku. Tambahan lagi selepas aku dengar dan lihat sendiri apa yang dia lakukan terhadap Gia.
Rania berani, tegas dan melawan musuhnya. Terlalu banyak perubahan pada wanita itu sepanjang setahun terpisah tanpa khabar. Rambutnya yang dulu panjang mencecah pinggang kini hanya separas lehernya sahaja. Dia memang nampak lebih berkarisma apabila rambutnya pendek.
"Kenapa pandang saya macam nak telan?" Rania mengangkat kening memandang aku. Selamba dia duduk di sebelah aku. Remort di atas meja dicapainya.
"Kau yang pecahkan cermin kereta Gia, siap sapu darah lagi kan?"
Sangka aku Rania akan buat riak terkejut takpun menangis apabila dituduh, namun telahan aku silap sekali. Rania yang di depan aku ini sangat sukar untuk ditejermah. Dia sangat sesuatu.
Rania mengangkat bahunya. "Bukan saya yang buat." kemudian dia mengukir senyuman sinis. "Tapi memang saya yang upah orang." Balasnya tenang. Siap mengaku lagi tu.
Aku mengetap bibir sendiri. Dia licik, dia pelik dan berani menentang. "Kenapa kau buat macam tu?" Soal aku sekadar ingin mengujinya.
Hairannya, dia bagaikan tahu aku ingin mengujinya. Malah, matanya tajam menikam ke dalam sepasang mata aku. "She start the game, I'm just play along." Bibirnya mengukir senyuman tajam yang terlalu misteri.
Dia bukan Rania yang dulu.
"Kenapa kau balik?"
"Untuk kembalikan Luth saya." Yang masih tidak berubah, cintanya pada aku. Kenapa aku masih lagi menjadi raja cintanya sedangkan aku yang mengubah dia menjadi Rania di hadapan aku ini.
Aku mengeluh berat. "Kau dah banyak berubah." Kecewa. Kalau akulah penyebab dia berubah menjadi wanita seperti itu, aku kecewa dengan diri sendiri.
Rania tergelak lucu seolah - olah aku baru sahaja buat lawak. Dia menyandarkan badannya dengan tenang. "Awak baru perasan macam mana kesakitan mengubah seseorang, Luth Zariel?"
Luth Zariel.
Mata aku memerhatikan tingkah Rania yang tenang itu. Siap bersilang kaki lagi.
"Kita sama - sama berubah. Tapi kita ke arah bertentangan. Saya jadi Puteri Chempaka yang kuat dan tidak mudah ditindas lagi, saya akan pertahankan rumah tangga saya sampai akhir nafas saya." dan matanya jatuh pada mata aku. "Dan awak."
"Awak jadi lebih lemah dari Tengku Luth Zariel yang menyelamatkan puterinya itu. Awak berlagak seperti Tuhan tak faham kemahuan awak. Hakikatnya, awak jadi lebih lemah bila awak jauh dari Tuhan. Berlagak macam awak raja bila awak keluar masuk club. Fikir awak hebat ke bila tunduk pada nafsu? Layan perempuan sana sini, bawa masuk bilik yang awak tidur dengan isteri awak yang sah!"
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...