dan aku tak akan
pernah putus asa
dengan dirimu•
•[RANIA POV]
••••••
Hujung jari aku naik menyentuh kelopak matanya yang tertutup itu. Aku mahu matanya dibuka. Aku rindukan warna mata itu. Aku rindukan dia. Sangat.
Sejak malam itu, Luth bertambah sibuk. Sibuk dengan rancangannya. Aku mahu tahu isi rancangan dia, namun untuk bertanya juga aku tidak sempat. Dia terlalu sibuk. Rancangan ini terlalu penting untuk dia.
Entah jam berapa dia pulang dan tidur di sebelah aku. Aku sendiri pun tidak sedar.
"I miss you, Luth." Bibir aku menyentuh keningnya.
Aku tersenyum manis melihat wajah lenanya. Tangan Luth yang merangkul erat pinggang aku itu aku usap perlahan. "Kenapa kesakitan lebih mendapat keutamaan dari kemanisan, Luth?"
Saat tangan aku bersentuh dengan tangannya, ada satu rasa yang menyerap ke dalam hati aku. Rindu yang memberat di dalam jiwa aku diganti dengan satu perasaan yang semakin bercambah buatnya.
Hujung jari aku menyentuh perlahan pipinya. Dia lelaki berwajah hampir sempurna. Dia lelaki yang digilai. Kerana dia juga lelaki gila. Setiap kali nafasnya menyentuh wajah aku, ia bagaikan angin bayu yang menenangkan. Cinta itu gila dan aku sukakan kegilaan ini.
Jari aku jatuh pada seculas bibirnya yang terbelah itu. Bibirnya merah macam pakai lipstick. Aku cemburu dengan bibir cantiknya. Bibir aku pucat, wajah aku sawo matang. Jauh di sudut hati, aku mahukan kesempurnaan wajahnya. Tapi aku tahu, aku cantik.
Aku patut bersyukur kerana aku tiada kecacatan. Aku manusia yang lengkap tubuhnya, tapi siapa sahaja tidak ada perasaan cemburu. Terutama sekali pada lelaki seperti Luth Zariel. Dia lelaki, tapi wajahnya jauh lebih sempurna berbanding aku.
Mata emerald dia, rambut keperangan dia yang jatuh menyentuh dahinya itu, hidung tajamnya dan seculas bibir merah seperti cherry dia. Rasa beruntung meresap ke dalam jiwa aku.
"Dia untukku bukan untukmu." Bibirku menyanyi kecil. Aku rindukan suara lelaki itu menyanyikan lagu itu untuk aku. Lagu kita. Lagu kami.
Tanpa aku sedar, air mata aku jatuh mengalir laju. Mungkin air mata ini juga rindukan manusia yang akan menyekanya untukku. Rindukan dia. Hati aku dambakan dia.
"Dia milikku, bukan milikmu."
Tersentak. Aku memandang hairan Luth yang sedang tersenyum manis sedangkan matanya masih tertutup itu. Dapat aku rasakan rangkulan pada pinggang aku dieratkan.
"I miss you too, Rania." bibirnya menyentuh lembut dahi aku. Kelopak matanya dibuka dan terus mengunci tautan mataku padanya.
Aku tersenyum lebar. Kedua belah tangan aku memegang tepi kepalanya. "I miss your eyes." Sudah lama kami tidak berkeadaan begini. Mata bertentang mata dan hanya kau dan dia di dunia khayalan kami.
Kebelakangan ini Luth terlalu sibuk. Di pejabat aku hanya berinteraksi dengan dia kalau ada hal penting. Kadang - kadang dia ada meeting di luar urusan kerja, jadi Farid yang akan hantar aku pulang ke rumah.
Luth turut tersenyum lebar. Tangannya naik menyisir perlahan rambut panjang aku. "Lepas semua benda ni habis, kita pergi bercuti okay?"
"Okay."
"Aku nak kau cakap sesuatu, Rania." Pintanya tiba - tiba.
Jantung aku berdegup kencang. Dia nak aku cakap apa. Cakap apaaaa.
"Apa?"
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Roman d'amourmempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...