a whole new world
a new fantastic
point of view•
•R A N I A
•
•Aku mengeluh berat. Hari ini Luth kata dia sibuk. Tapi, itulah. Aku dah lapar sangat nak makan jajan ni. Tanpa menunggu lagi, aku terus mencapai tudung sarung. Tak lupa juga stokin. Kemudian, aku terus terkedek - kedek turun ke bawah. Kay mesti tengah layan sinetron dekat bawah.
"Kay!"
"Ye, Puan!" Kay terus meletakkan tangannya di dahi. Konon gaya hormat gitu. Dia tersengih mengusik.
Mentang - mentang perut aku dah ke depan ni. Tak boleh nak sepak je dia tu. Sabar je lah. Aku terus mendekati Kay yang sedang duduk dengan tenang di sofa rumah aku. Kalau ada Luth, nak jejek masuk pun takut!
"Jom pergi kedai runcit." Ajakku dengan sengihan minta simpati. Sejak mengandung ni, selera makan aku lain macam sungguh. Dekat rumah ni mesti kena ada berpaket - paket makanan ringan. Keropok ke kerepek ke coklat. Kalau habis, mulalah aku tak senang duduk.
Luth sekarang ni baiknya bukan main. Apa aku nak semua dia bagi. Fuh. Seronok kalau mengandung seumur hidup macam ni.
Kay buat muka bosan. "Saya nak tengok sinetron ni, Rania." Rungutnya lalu matanya mengerling pada pelakon lelaki indonesia di televisyen. Tak habis - habis dengan Randi Pangalila dia tu. Sinetron tu dah sepuluh tahun lepas dah.
Laju tangan aku memukul lengannya geram. "Saya suruh Luth potong gaji awak nanti!" Ugut aku dengan senyuman jahat.
Pantas Kay mencapai remort televisyen. Punat off ditekan. Dia tayang sengihan tak bersalah. "Nak saya belikan je ke?"
"Saya nak beli sendiri, nanti awak beli yang tak best." Balas aku lalu dengan selambanya berlalu keluar rumah. Sandal aku sarungkan dan terus menapak ke kereta Mustang milik Luth. Naik kereta mewahlah senang. Hahaha.
Kay dari jauh sudah menggeleng laju. Kunci kereta dikeluarkan dari poketnya sebelum berlari ke kereta ini.
"Nak pergi kedai runcit mana ni?" Soal Kay sambil topinya dikibas pada muka sendiri. Sebelah lagi tangannya memutar suhu aircond.
Aku di sebelahnya hanya memerhati gerak geri Kay. Personaliti Kay ni menarik juga. Ganas dan kasar tapi lembut juga. Macam... daebak!
"Pergi kedai Pak Haji tu lah. Kedai dia banyak pilihan sikit." Putus aku lalu mengeluarkan telefon. Nak whatsapp Luth minta izin. Walaupun dia dah pasang tracker dekat telefon aku, baik aku cakap je. Nanti mengamuk pulak orang tua tu.
Kay tersengih. "Aye aye captain!"
Aku hanya menjelingnya pasrah. Banyak songeh adik Farid ni. Sampai di kedai, aku terus membuka tali pinggang keledar. Fuh eksaited tengok kedai runcit.
"Jom."
Mata aku memandang Kay pelik. "Tak payah ikutlah. Sibuk je."
"Mana boleh, nanti Luth marah saya."
Aku buat muka tak bersalah. "Bukan marah saya! Bye Kay!" Aku terus melangkah keluar dari kereta.
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...