cinta ini selalu untukmu
rasaku takkan pernah habis.[LUTH POV]
••••••
Bibir aku diketap. Wajah Farid yang kelihatan hairan dengan cerita aku tadi dipandang. "Betul, Farid. Dia buat macam itu."
Farid terlopong. Dia mendekatkan wajahnya ke tengah meja. "Maksud Tengku, dia sengaja berlakon sakit depan Kay?" Soalnya macam orang bodoh. Isy aku dah cerita tadi. Nak cerita berapa kali.
Aku memandangnya tajam. "Yes, Farid. Bukan itu je. I can feel that..."
"She want to tell Kay yang Tengku dia punya?" Tembak Farid. Badannya bersandar tenang pada kerusi. Ini yang aku suka pada dia. Bijak dan pintar walaupun dia lembab sedikit pada mulanya.
Aku mengangguk laju. Dahi aku berkerut. "Iya."
Ibu jari Farid bermain dengan dagunya. Dia memandang aku tajam sepertinya dia mendapat jawapan kepada sikap Rania semalam. "She... is something."
Entah kenapa, aku hanya tergelak kecil. Wajah naif Rania dan juga cara pandangannya terhadap Kay bersilih ganti muncul di dalam benak fikiranku. "Dia anak Maharani, Farid."
Farid tersenyum simpul. Jarinya mula bermain dengan pen pula. Tak reti duduk diam ke tangan dia ni. "Yeah, itu lah Rania yang sebenar."
Dahiku berkerut. "Which one?"
Sekali lagi senyuman kami bersatu. Farid merapatkan wajahnya denganku. "Maharani adalah satu - satunya perempuan yang tolak Tengku Alex, right? Dia juga seorang wanita yang dikenali sebagai Ratu Keberanian. Tiada siapa dibenarkan menyentuh hak dia, kalau tak... orang itu akan mati. Kalau Tengku perasan, Maharani tu licik. Dia juga ada auranya sendiri."
Betul. Aku akui, wanita tua itu hanya mengeluarkan aura saat dia memandang aku. Aku perasan, dia tidak perlu mengarahkan dayangnya untuk sesuatu. Hanya matanya tajam membawa maksud sesuatu, dayang istana sudah berlari menunaikan permintaannya.
"And... Rania...""Dia pun sama. Dia hanya pandang Kay untuk beritahu yang Tengku hak dia. Dia bukannya sound Kay depan - depan, kan?" Jelas Farid apabila aku masih lagi kelihatan keliru.
Aku tersenyum nipis. "Aku kena balik Malaysia secepat yang mungkin." Putusku lalu teringatkan rancangan aku seterusnya.
Farid tersenyum penuh makna. "She will be strong, Tengku. Kita tengok nanti, siapa yang terkejut." Ucapnya membawa maksud yang tersendiri.
Tawa aku pecah. Wajah Rania berlegar di mata aku. "Dia tu manja, Farid. Tak akan dia tak takut?"
Tangan Farid mengetuk perlahan dahi aku. Matanya memandang aku tajam. "But she is Puteri Chempaka."
Cerita dan kisah tentang Maharani Narani mula bermain di mindaku. Maharani Narani, pemerintah wanita yang mampu membuktikan kekuatannya melebihi pemerintah lelaki. Di dalam ketegasan dan keberanian, ada sisi lembut yang disembunyikan.
Senyumannya umpama darah mangsa. Matanya umpama helang. Tangannya bagaikan sakti bumi. Walaupun dia hanya menyentuh mangsanya dengan hujung jari, musuh boleh pengsan dengan sentuhan itu.
Sejenak aku terfikir lagi, adakah Puteri Rania Chempaka yang aku nikahi itu tidak ubah seperti bondanya? Benarkah sifat semula jadi Rania hanya tersembunyi?
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...