ada masanya tiada
mampu bertahan
bersandarlah di bahuku.[RANIA POV]
•••••••
"That's mean I love you. I love you, Rania. I love you..."
Sudu aku mengacau - kacau air kopi di dalam mug. Kepala aku masih terngiang - ngiang suara lelaki itu berbisik merdu di telinga aku. Masih lagi aku ingat hembusan nafasnya yang menghentikan semua saraf aku.
He is a magic.
Tanpa sedar, senyuman aku melebar. Bayangkan perasaan yang aku tanam untuk dia selama bertahun - tahun lamanya. Kemudian, semalam dia kata dia cintakan aku? Bukankah seperti mimpi menjadi kenyataan. Bukankah itu impian semua wanita.
Cinta yang dibalas. Impian setiap insan di dunia ini, bukan? Termasuk aku dan beruntungnya... Luth Zariel jatuh ke dalam tundukan cinta aku.
"Amboi tersengih - sengih ni fikir apa?" Seorang wanita berpalazo dan kemeja lengan panjang masuk ke dalam pantry dengan senyuman sinisnya. Tidak silap aku nama dia Laila, accountant syarikat. Sebab ada beberapa kali jug dia masuk ke dalam bilik Luth.
Gelas aku letakkan di meja pantry. Mata aku memandangnya bingung. "Saya... tak fikir apa - apa."
Laila tergelak kecil sebelum menarik kerusi di hadapan aku. Mata aku ditenung tajam. "You are stupid enough, Rania. Apa pun hubungan kau dengan Tengku Luth Zariel, I just want to say that you are so naive. Kau tak patut jatuh pada lelaki macam dia. Kaki clubbing, main perempuan, minum arak... solat pun entah entah tak ingat?"
Lidah aku terkelu tanpa bicara. Apa yang dia cakap pasal Luth ni. Selama aku berkawan dengan Luth, tidak pernah sekali pun lelaki itu menyakiti dan menganiaya aku. Tak pernah nampak pula Luth tidur dengan mana - mana perempuan ataupun mabuk? Tapi kalau betul macam mana? Tak akan dia nak mabuk depan aku?
Jadi, Luth cintakan aku atau tidak sebenarnya?
"So I just want to tell you that... jangan percayakan kata - kata Tengku Luth Zariel even just one word." Perempuan itu tersenyum tajam sebelum mug di tangan aku bertukar tangan. Dia keluar dari pantry dengan mug aku selamba badak.
Daser.
"Rania, berapa lama kau nak berkhayal kat pantry ni?"
Aku mendongakkan kepala memandang dia yang sedang bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Wajahnya dingin dan beku seperti kebiasaan. Tapi masih lagi aku terfikir, ada ke perempuan yang nak lelaki serupa singa kutub macam dia ni?
Wah, Rania. Anda baru sahaja mengutuk diri sendiri.
Aku tersenyum nipis. "Saya tak berkhayal lah... s-saya nak pergi sambung kerja." Mengelak. Aku takut aku akan tanya soalan yang tak patut pada Luth dan akan membuatkan dia marah. Bila Luth marah, semut pun takut nak lalu.
Belum sempat tubuh aku melepasi pintu pantry, tangannya menarik lengan aku kasar sehingga aku ke belakang kembali. Mata emerald itu merenung aku tajam.
"Kau sorokkan something dari aku?"Air liur aku ditelan kesat. Gugup jadinya bila lelaki ini sudah mulakan acara psiko. "M-mana ada..."
Luth tergelak sinis sebelum tangannya naik memegang tepi kepala aku. "Kau jadi pelik. Berkhayal dekat pantry... kau kenapa? Okay ke tak ni?"
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...