you are my sunshine,
my only sunshine.••••
[RANIA POV]
Aku tergamam sendiri melihat pantulan diri aku di cermin. Rasa macam ini bukan aku. Ini bukan diri aku yang selalunya bertshirt lengan panjang dan seluar jeans ataupun selalunya berbaju kurung cotton. Ikutkan hari ini juga aku nak gayakan baju kurung aku, tapi disebabkan Luth suruh pakai baju yang dia beli, aku pakai je lah.
Tapi, kenapa aku nampak cantik pakai macam ini. Kemeja bewarna putih yang aku tigh-in ke dalam seluar palazo yang ada dua garis putih ini menampakkan kematangan dan elegant yang tidak pernah aku cuba.
Cuma satu sahaja yang aku tidak suka dengan palazo ini. Ada belahan di bahagian kiri seluar menampakkan betis aku. Selama ini betis aku tersorok je. Tak biasa lah macam ni. Tapi kalau tak pakai nanti singa tu baham aku. Ingat best ke tengok Luth marah?
Seronok lagi tengok dia senyum dan baik. Lebih tenang dan mendamaikan. Tambahan, dapat tambah cinta aku pada dia. Ya Allah, Rania. Sejak bila kau jiwang ni?
Mata aku mengintai jam di dinding. Sudah jam lapan pagi. Nanti Luth sampai pula. Tangan aku terus mencapai sling bag di atas sofa. wKemudian aku berlalu menutup semua suis di dalam rumah ini. Barulah aku keluar.
Automatik bibir aku tersenyum sebaik sahaja pintu rumah aku dibuka. Mata aku terpaku melihat Luth yang lengkap bersut kerja. Dia nampak lebih kacak daripada biasa. Nampak berkarisma, kacak dan tenang.
Bibirnya sedikit terbuka melihat penampilan aku. Kalau aku sendiri terkejut, apatah lagi dia. "Baju ni sesuai dengan kau! Kau nampak cantik."
Erk.
Sepanjang perkenalan dan selama aku jadi sahabat dia, sumpah itu kali pertama dia puji aku cantik. Aku pernah cuba make up sedikit dan dia langsung tidak suka. Siap suruh aku hilangkan make up lagi.
Mata emerald itu merenung aku tidak berkelip. Tangannya disilangkan pada tubuh menampakkan lagi kekacakan sedia ada.
"Well, I think kau memang dah cantik. Tapi aku yang baru perasan."Gulp.
Dada aku sudah macam nak pecah. Hujung jari aku menguak rambut ke belakang telinga. Malas nak melayan Luth yang pelik itu, aku terus menutup pintu.
"Jom lah. Nanti lambat sampai pejabat." Ajak aku apabila dia masih lagi statik bersandar pada dinding koridor macam tidak ada kerja lain. Tangan aku mencapai sandal putih yang juga dibeli bersama Luth minggu lepas.
Luth tersenyum senget sebelum tangannya selamba menarik tangan aku ke lif. Kebetulan, ada pasangan berbangsa cina iaitu jiran rumah aku. Mereka berdua menayangkan senyuman buat kami.
"Hye, you berdua yang baru pindah rumah sebelah tu kan?" Soal si perempuan cina itu. Dia tersenyum manis pada kami berdua.
Aku memandang Luth meminta dia memberi jawapan. Macam mana nak cakap yang itu rumah aku. Bukan rumah Luth. Tapi, nanti dia fikir lain pulak kan.
Luth tergelak kecil. "Yeah, itu rumah dia je. But she is my girl friend so I selalu check keadaan dia."
LOL.
Pasangan cina itu saling berpandangan sebelum si perempuan tergelak juga. "Oh, sorry. I ada nampak you berdua masuk rumah sama - sama masa first day hari tu."
"Tak apa. Hari tu I cuma hantarkan barang je." Jawab Luth dan perbualan terhenti apabila bunyi lif kedengaran.
Kami berempat masuk ke dalam lif. Aku hanya diam dengan tangan Luth yang masih menggenggam tangan aku erat. Dah biasa, tapi lepas dia cakap aku ni teman wanita dia macam kekok pula.
YOU ARE READING
Heartless ✔️
Romancemempersembahkan- if feels as if i'm healing myself just by loving you. ••• bertahun kawan. hanya kerana satu perasaan. dia tak mahu jauh dari gapaian. ••• puteri rania chempaka, mencintai lelaki itu adalah racun yang tidak berhenti menyakiti. tapi j...